Mutiara Kata
Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)
“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)
Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)
Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"
7 comments:
sokong... kuatkan lagi ngauman harimau. pakteh akan support. maklumlah dah tua.
Assalamualaikum wrt. wbt. Tok Ghimau,
Just to share something which you may find interesting to read.
A reflection on Yahud atrocities in relations to divine plan
Saying that, it does not mean that it is alright for us just to give in to all this injustices. It is our responsibility to support our brothers and sisters; either because they are of same faith or because they are just human being.
Keep up the good work.
Syabas anakku, Mak Cik doakan umur kamu akan terus panjang dalam keberkatan dan keridaan Illahi.
Dilimpahi rezeki yang banyak, baik dan halal yang sumbernya kamu sendiri pun tak ketahui dari mana. Sihat Walafiat dan dapat menyumbangkan yang terbaik untuk semua. Amin!
Salam Tok Rimau,
Alhamdulillah setakat ini semua barang amerika bukan kegemaran saya kecuali filem yang disiarkan di kaca TV baik yang swasta dan kerajaan. Saya masih lagi bertenaga dan sihat tanpa semua ayam goreng amarika, kopi atau pizza
kerajaan malaysia ni memang membantu yahudi...tgk la harimau...rakyat malysia terutama yang memperjuangkan islam telah melaungkan boikot untuk barangan yahudi...tapi media media kerajaan masih lagi mempromosikan dan menayangkan lagi barangan yahudi seperti mcdonalds...ape la pemimpin2 kerajaan malaysia yang menyokong yahudi ni...apa menteri penerangan buat?oooiiii menteri penerangan...ko ni yahudi kerrrr
setuju, coca cola boleh digantikan dengan produk tempatan yang tidak kurang hebatnya, Radix Cola.
He har har har har..Salam Tok..
Tampa Coca-cola..minum ler Mecca Kola, Radix Cola..
Starbuck ganti dengan kopi kapal api...
Colgate gunakanlah halalgel, muslimim..
MacDonal..makanlah Ramly Burger...
BicMac..ganti dengan Double Dack Ramly
KFC..makanlah ayam Wira..tak pun nasi ayam ..har har har...
Ambe lama dah cuba gunakan barangan Orang islam yang buat ..Cocacola dah lama tak minum sejak ade cerita pasal Cocacola jadi air bangla masuk tangki ..hehhehehh
Salammmmm
Post a Comment