Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

22.1.09

Rembau Tiada Baitulmal, Yang Ada Kedai Nombor Ekor?


Dah miskin sangat ke Baitulmal sehinggakan orang Melayu yang susah di Rembau pun terpaksa menerima ehsan Magnum? Sadis apabila Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Rembau turut menyokong program sebegini. Adakah ini semua disebabkan kekecewaan KJ terhadap Baitulmal sebagaimana kenyataannya sebelum ini Baitulmal Jangan Pilih Kasih, sehingga beliau merelakan bantuan daripada Magnum Corporation? {klik sini }
Jahanam. Memalukan. Team Setiakawan, ada apa-apa komentar? Team Berani Berubah, ada apa nak tibai?
Jangan penerima bantuan tu kata "Syukur atas rezeki Allah yang halal ini" sudah le.

11 comments:

bungaraya said...

Begitu juga dengan mereka yang makan hasil ladang babi di Selangor dan Kedah.

fital said...

satu penghinaan kepada orang Rembau

abdrahim kassim said...

Pasal dia orang rasa meniaga 4 nombor ekor itu halal....

~PakKaramu~ said...

Salam ziarah dari Pak Karamu

melayuangkat said...

Assalamualaikum,

Memang kalau mereka tak tahu apa ke bendanya Magnum tu tentulah mereka akan kata Syukur Alhamdulillah, sebab kita semua telah dididik dari kecil untuk berTerima Kasih dan berSyukur atas apa juga pemberian yang diTerima.

Besar kemungkinan mereka yang menerima tu tak tahu apa Magnum tu. Lagi pun, orang dah bagi, Ambil sahaja lah!!

Tambak Bunga said...

Tok Ghimau,
saya ingin ceritakan satu perbualan saya dengan seorang kawan...
kawan saya pernah secara berseloroh bercadang utk membuka ladang penternakan khinzir secara besar-besaran walaupun dia seorang muslim kerana katanya itu salah satu fardu kifayah kerana tidak ada orang islam yang buat jadi dia bercadang menjadi pioneernya..
saya mengerti sindirannya kerana apa bezanya kita jika secara diam2 membiarkan unsur2 subahat walaupun
tidak secara terang2an.
seorang melayu yg ugamanya islam menjadi pengerusi kepada Magnum Coporation,Kumpulan Genting dan mcm2 lagi..
KJ nak tumpang glamor ler sebab calon KP,jadi apa pun halal baginya asal menang..lagipun dia kan lulusan oxford bukan Al Azhar mane la nak faham sangat halal haramnya..

Berani Berubah heheheee

Anak Jati Kedah

kulatlapok said...

salam Bro:

Masa bantuan tu diaorang dah bagi siap2 no ramalan yg akan keluar untuk sebulan. Jadi kalau ada yg kena, maksudnya MAGNUM telah membantu masyarakat Rembau di sana. Tapi dalam 10,000 yg beli 10 orang je yg kena TAHI (bahasa kaki no. maknannya kena yg keciul aje). Emmmmm ........hampehhhhhh

Anonymous said...

Salam saudara Harimau.

Baiknya Magnum.
Untung pengundi di Rembau.
Terima kasih juga kepada wakil parlimen Rembau atas daya usahanya sehingga "tiada orang yang susah" di kawasan parlimen Rembau.

Di kawasan Port Dickson Magnum tak menderma ke Tok?

Salam takzim

Harimau-Menaip said...

Tuan Kerajaan Rakyat,

Di PD tak tahulah pula saya. Hometown memang PD tapi main area Somban.

Kiro PD Murtad lah ni..hehehe..

cheguBard said...

salam gambar mu telah di culik ke blog ku...

Harimau-Menaip said...

Chegubard, culiklah. Aiman tak kisah..

Salam persahabatan.