Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

24.1.09

Wan Farid Membela Diri

Apakah saya sentiasa meninggi diri? Barangkali pengawal di Masjid Negara boleh juga memberitahu bahawa saya sentiasa membawa kereta sendiri untuk solat subuh dan sunat terawikh kerana dia lah yang menunjuk tempat yang sesuai kepada saya untuk memarkir kereta saya. Atau kakitangan MAS, AirAsia dan Firefly juga boleh mengesahkan bahawa kadang-kadang walaupun semasa menjadi Timbalan Menteri, saya membuat daftar masuk sendiri.


Leka bercerita tentang kemenangan YB Mohd Abdul Wahid Endut, membuat kita terlupa apa untung nasib calon BN yang kalah di Pilihanraya Kecil Kuala Trengganu. Apa agaknya jawapan beliau terhadap tuduhan-tuduhan dan cakap-cakap yang mengatakan beliau elitis, tidak mesra rakyat, meninggi diri dan tidak mempunyai hubungan baik dengan Allahyarham Datuk Razali.

Semunya dapat diikuti di http://www.wanahmadfarid.com/?p=500

2 comments:

Anonymous said...

Apa nak buat Wan Farid, yang mulakan cerita tu orang UMNO sendiri, itu lah budaya UMNO, tak kan saudara tak tahu musoh dalam selimut.
Dalam UMNO tu suka pakai keris jadi main tikam tikam lah dari belakang.
Janganlah masih tak sedar sudah lah!!! know your enemy and know yourself -Tsu Szu brother jangan lupa. dh9753

Tai said...

Tak larat nak bacalah encik. Kurang sihat sikit pasai beberapa hari ni, dok pekena ais. Esok pulak nak raya.