Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

3.1.09

Teresa Kok berkokok...lagi?


Dalam tulisan beliau yang bertajuk 'Home Ministry hijacks "Allah" decision' , rasanya beliau hanya menyerlahkan kejumudan pemikiran beliau. Bagaimana orang Seputeh boleh mengundi YB Teresa ni, Harimau pun tidak faham. DAP memang dipenuhi orang-orang yang pendek akal dan rasanya Teresa ini layak menjadi Penghulunya. Kenapa Harimau mengatakan YB Teresa Kok sebagai seorang yang jumud dan penghulu orang pendek akal?

Larangan penggunaan nama "ALLAH" dianggap seumpama melarang orang Melayu memanggil bapa mereka dengan perkataan "ABAH". Bagi beliau, ABAH sama dengan ABBA. Adakah pemikiran jumud beliau akan menyamakan Perodua KRISS dengan CHRIST? Atau menganggap Pemuda UMNO bukan menjulang KERIS tetapi menjulang Tuhan Orang Kristian? Teresa harus faham, kemiripan sebutan tidak membawa maksud persamaan terjemahan.


Kejumudan beliau ditambah-tambah lagi apabila menganggap bahawa larangan ini adalah salah satu dari penafian kebebasan bersuara.


Puan Teresa, yang kamu saman Utusan, Chamil dan Khir Toyo tu, bukan kah salah satu penonjolan kamu dalam penentangan kebebasan bersuara?


Kita tidak mampu menghalang YB Teresa dari terus bersuara kerana kita juga menyanjung hak untuk bersuara (dengan batasan yang tertentu), tetapi yang mampu kita lakukan adalah berdoa agar Pakatan Rakyat menendang parti DAP keluar dari persekutuan mereka. Dan wajar kita berdoa agar seluruh umat Islam di dunia dan di Malaysia khususnya bersatu hati dan mempunyai vokal yang satu. Tutup mata terhadap perbezaan tetapi menfokuskan terhadap persamaan. Harimau percaya dan amat yakin, kita sebenarnya berada di hadapan titik pertemuan cuma buta dek kealpaan, kerakusan dan kedegilan.


Harimau Menaip



Glosari


Pendek akal = tidak berfikir panjang

19 comments:

Anonymous said...

teresa kok kok ni patut ditangkap dan dijual ke rumah pelacuran...

Harimau-Menaip said...

Saya menyiarkan komen saudara kerana ingin menegur.

Kalau saudara orang Islam, ketahuilah bahjawa pelacuran itu haram, apatahlagi menjual gadis-gadis atau ibu kepada gadis-gadis.

Ia salah di sisi agama dan undang-undang Malaysia.

Adakah saudara pasti bahawa masih ada market buat YB Teresa di rumah yang saudara katakan tadi?

Oleh itu, hati-hatilah. Sila mohon maaf kepada YB Teresa.

Harimau : tindakan tukang komen tadi adalah salah jika dilakukan.

Taminsari said...

Salam Harimau Menaip..

Menghairankan mengapa puak Kristian mahu gunakan kalimah ALLAH dan Bahasa Malaysia didalam penerbitan majalah mereka selepas lebih 50 tahun merdeka. Adakah ini peluang terbaik mereka apabila melihat orang Melayu yang beragama Islam sesama sendiri berbalah. Adakah disebabkan sokongan ( lampu hijau )yang diberikan oleh Khalid Samad dan Anwar untuk menggunakan nama Allah membuatkan mereka semakin besar kepala.

Tidakkah kedua-dua manusia yang bertopengkan ugama ini boleh dianggap petualang bangsa dan ugama sehingga membuatkan puak Kristian sudah berani cuba memijak kepala umat Islam dinegara ini . Adakah dengan kemenangan mereka didalam pru-12 lepas memberi mereka " lesen besar " untuk menyakitkan umat Islam dinegara ini? Ditambah pula dengan sokongan hebat kedua-dua petualang bangsa ini?

"Anwar berkata sejak generasi rakyat Malaysia membesar menggunakan Bahasa Malaysia sebagai medium komunikasi, beliau melihat tiada sebab mengapa penganut Kristian Malaysia tidak boleh menggunakan istilah Bahasa Arab untuk Tuhan- ‘Allah’ dalam ritual mereka."

Satu kenyataan paling berani Anwar, bukan berkaitan isu ekonomi, isu sosial, tetapi isu agama yakni berkenaan kalimah Allah.

Kenapa tiba-tiba penganut Kristian di Malaysia begitu terdesak memohon menggunakan istilah Arab "Allah" menggantikan "Tuhan"? Kenapa minta di depan Anwar ? Kenapa baru sekarang dan tidak dari dahulu lagi ?

Kenapa Christian Federation of Malaysia (CFM) tidak memohon kalimah Arab "Rab" yang bermaksud "Tuhan" dan kenapa hanya pohon kalimah "Allah" ?

Saya melihat semua ini mempunyai agenda tersirat yang berniat jahat. Apakah ini bermaksud untuk mengelirukan orang-orang Melayu supaya tidak dapat membezakan kalimah "Allah" dalam Bible dengan kalimah "Allah" dalam Al Quran ? Motifnya seperti mahu merencanakan projek mengkristiankan Melayu secara besar-besaran.

Ya benar seperti didakwa Irene Fernandez, tidak dinafikan bahawa Allah digunakan di dalam Bible Bahasa Arab. Sebenarnya penggunaan Allah telah wujud sejak zaman sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW lagi. Kebanyakan Nasrani (Kristian) pada masa itu berpegang kepada syariat nabi Isa - bukan seperti Kristian zaman sekarang.

Rata-rata orang Arab Kristian memegang kepada kepercayaan Christian Orthodox , seperti di Palestine, Lebanon , Syria , Jordan dan sebagainya.

Namun begitu, majoriti Kristian menafikan kewujudan ‘Allah ‘ terutamanya Bible dalam bahasa Hebrew atau pun Greek.

Maka jelaslah penafian ini menidakkan hujah Sheikh Ahmed Deedat bahwa kewujudan perkataan Allah di dalam Bible sejak dari dahulu lagi. Buktinya baca disini... .

Persoalannya;

1) Mengapa Irene Fernandez dan sekutunya beria-ria mahu menggunakan perkataan ‘Allah’ walhal di dalam masyarakat Kristian sendiri, menolak kalimah "Allah" di dalam Bible asal?

2. Adakah Kristian Malaysia dari negara Arab atau Barat ? Kalau dari negara Barat, kenapa tidak menggunakan kalimah Tuhan yang biasa digunakan oleh majoriti penganut Kristian di sana, kenapa perlu ditukar kepada Allah ?

2) Adakah dengan menggantikan kalimah "Allah", Irene menerima hujah bahawa Allah memang wujud di dalam Bible asal dan menerima kewujudan ‘prophecy of Nabi Muhammad’ di dalam Bible ?. baca disini...

Maka jelaslah, pada saya, usaha penukaran istilah Tuhan di dalam Bible di Malaysia iaitu Tuhan kepada Allah sememangnya mempunyai agenda tersirat yang berniat jahat

Mereka mahu orang Melayu Islam di Malaysia jadi keliru, melihat tiada perbezaan antara Bible dan Quran. Jadi dengan itu, orang-orang Melayu Islam yang akan mudah terpengaruh dan tertipu dengan kalimah Allah di dalam kitab Bible.

Selain itu, hakikat yang perlu kita lihat dari sudut pandangan lain juga iaitu penggunaan dan penukaran istilah di dalam Bible secara sewenang-wenang itu membuktikan bahawa “Bible is Corrupted”.

Bolehkah kitab yang kononnya dipercayai sebagai ‘words of God’ sewenang-wenangnya ditukar mengikut citarasa manusia ?

Bolehkah kitab sebegini dianggap suci dan ‘holy’?

Berlainan dengan AlQuran sebagai Kitab Suci Umat Islam di mana seluruh umat Islam di dunia ini menggunakan hanya satu Al Quran tetapi diterjemahkan ke dalam bahasa asing tanpa menggangu atau mengubah konteks dan susunan serta makna ayat-ayat Al-Quran itu.

Sesungguhnya Bible yang wujud sekarang ini adalah bible yang telah di’edit’ dan dikotori oleh tangan manusia. Malangnya manusia yang dulunya berjuang Islam, bernama Anwar Ibrahim sendiri, menyokong tindak-tanduk musuh Islam kononnya atas dasar “FREEDOM OF EXPRESSION”

Apakah niat sebenar Anwar, untuk kebenaran atau untuk mendapat saham politik ? Wajarkah semata-mata mahu meraih sokongan dan populariti, agama dan kalimah "Allah" diperjudikan ?

Oleh itu, tindakan kerajaan Malaysia menolak penukaran istilah Tuhan di dalam Bible kepada Allah memang tepat dan merupakan tindakan yang bijak.

Semoga ketulenan dan kesucian agama Islam serta kesejahteraan umat Islam di Malaysia akan sentiasa dilindungi Allah , Ameen ya rab Al’Alameen.

Berbalik kepada kenyataan Teresa Kok...kalau selama ini beliau suka menyaman sesiapa sahaja yang cuba menjatuhkannya, bagaimana pula jika Umat Islam pula menyaman Teresa Kok kerana kenyataannya menyinggung perasaan umat Islam dan dikuatiri akan menjadi konflik antara ugama kemudian kelak..

Kenyataan Teressa Mangkok menyinggung perasaan umat Islam di Malaysia..kalau dia boleh saman Utusan kerana " azan " mengapa Orang Islam tak boleh menyaman Teresa Kok kerana kenyataan yang tak bertanggungjawab????

Salam perjuangan

Kembara Politik said...

Bila mereka bersuara, mereka dakwa mereka pejuang hak asasi kemanusiaan. Bila mereka pertikai Fatwa pertikai bidang kuasa mahkamah Syariah yang diperuntukan oleh Perlembagaan, mereka kata itu hak mereka.

Tak terfikir pula mereka yang orang Melayu terguris. Mereka kata rakyat dah pandai berfikir dan tak melatah bila depa pertikai. Tak terfikir pula mereka bahawa Melayu marah. Mereka seakan dihalalkan berbicara tentang DEB etc etc yang bersangkut paut dgn Melayu.

Hehehe...tapi lain pula reaksi mereka bila kita pula bersuara untuk memeprtahankan hak kita. Bila kita bersuara mereka label kita rasist. Mereka cakap kita api-apikan perkauman, kalau mereka cakap takde plak mereka mengaku dan cakap mereka mengapi-apikan perkauman...

Dia tuduh kita hasut orang supaya mengamuk. Pandai pula mereka melatah...cakap rakyat dah pandai fikir...dan matang...Pandai betul depa ni twist...

(Ni saya nak ajak semua Melayu amal politik bijak untuk tutup mulut si biadap Teresa Kok ni. Kita gunakan kuasa undi kita dengan bijak pada masa PRU akan datang, jangan bagi muka lagi...

(Nak kempen sikit ni...katakan TIDAK pada Pakatan Rakyat! Jangan bagi undi 1 pun pada Pakatan Rakyat! Pada PAS dan PKR pun toksah bagi..sebab depa jadi balaci DAP. Pakat sokong je la cik Teresa korang tu!)

Pakatan Rakyat ni dah macam dapat HAK EKSLUSIF untuk bercakap perkara sensitif yang di'sorok' dengan perkataan hak asasi dan sebagainya.

Anonymous said...

Harimau-menaip
Well said sir
Salam

Unknown said...

Salam sdr.ku Tok Rimau.

Saya pun heran, di akhir-akhir ni bila saja pemimpin DAP buka mulut membuatkan dada saya terbakar dan kepala saya berasap!

Saya juga berharap kedudukan DAP dalam PR macam saudara doakan.

Admin said...

Langkah-langkah mengelirukan Melayu Islam semakin ketara nih Tok Ghimau, dasyat betul penangan PRU yang lalu!

PAPA GOMO said...

LAHKAHANAT-LAHKAHANAT INI SECARA TERANG-TERANGAN DALAM MEROGOL TANAH MELAYU INI!!!
LAHKAHANAT-LAHKAHANAT INI SUNGGUH LICIK DANTERANCANG SAMA SEKALI!!!
SATU DEMI SATU DIPINTA MEREKA BAGI MENGHAKIS KEISLAMAN DALAM TANAH MELAYU INI!!!

Tai said...

Mereka telah mendapat lampu hijau dari orang islam itu sendiri. Inilah semua punca masalah sebenarnya. ubatnya, hapuskan dulu kepalanya. kemudian, barulah anak buahnya.

Anonymous said...

salam

boleh dilihat dari pelbagai perspektif :

1) ruang untuk berdebat mengenai haruskah penggunaan Allah dikalangan non-muslim.

2) sekiranya depa nak guna jugak, depa mesti mengaku Allah itu esa dan Nabi muhammad itu pesuruh Allah seperti yang diceritakan dalam Al-Quran, Bhagavadgita, Taurat, Injil, Bible, Buddha.

Bagi saya, jika orang melihat dari sudut dakwah, ini merupakan peluang yang besar dan pihak yang bertanggungjawab mestilah menyediakan ruang untuk penjelasan yang sewajarnya.

Berbalik kepada sejarah wali Songo, minoriti tetapi menguasai bukan majoriti tetapi dikuasai.

wasalam

pemerhati

Anonymous said...

salam

boleh dilihat dari pelbagai perspektif :

1) ruang untuk berdebat mengenai haruskah penggunaan Allah dikalangan non-muslim.

2) sekiranya depa nak guna jugak, depa mesti mengaku Allah itu esa dan Nabi muhammad itu pesuruh Allah seperti yang diceritakan dalam Al-Quran, Bhagavadgita, Taurat, Injil, Bible, Buddha.

Bagi saya, jika orang melihat dari sudut dakwah, ini merupakan peluang yang besar dan pihak yang bertanggungjawab mestilah menyediakan ruang untuk penjelasan yang sewajarnya.

Berbalik kepada sejarah wali Songo, minoriti tetapi menguasai bukan majoriti tetapi dikuasai.

wasalam

pemerhati

melayuangkat said...

Assalamualaikum Anakku,

Mak Cik pun dalam sibuk sibuk ni macam Tuan Mountdweller kita, terbakar jugak.

Kurang ajar punya Teresa. Orang macam ini pun masih ramai orang Melayu yang sayang.

WaAllahuAlam.

Harimau-Menaip said...

Tuan-Puan Semua,

Asal sahaja ada orang yang kurang ajar terhadap Islam dan penganutnya...kita wajib tentang habis-habisan.

DAP? Dari dulu lagi den dah tentang...

USD said...

Salam, 1 yg aku pelik, napa Macik ni kuar di Kem ari tu, elok ja dia dsimpan situ sampai k*j*l. Maaf...

Anonymous said...

Woi harimau apa masalah nya nak guna Bahasa Melayu!!! Orang kristian pun tuhan nya ALLAH apa beza nya? kecuali mereka masih berpegang kepada Jesus yang kita orang Islam juga percaya.
Jangan lah nak terus jadi Bodoh dan pendek akal.

Harimau-Menaip said...

Anonymous,

Mesti hang bercakap pakai kepala lutut ni...atau hang dilahirkan tanpa otak tetapi berfikir pakai najis...

Dasyat hang anonymous...

Tai said...

Tapi masalahnya encik, ada melayu yang sokong dan puja serta puji encik.

Anonymous said...

betul.. yang beza cuma bahasa. Sama gak Macam kite sebut Tuhan , mat Salleh Cakap God..., bahasa. itu je. jgn nak gelabah plak.

bak kata Tun mahatdir

*Melayu mudah lupa
*Melayu mudah gelabah

Pok Nik Klate said...

Aku tak dengar pun PAS menentang kata2 Teresa COCK ni..sebab apa? Sebab PAS pun sama bangang dgn Teresa Cock. Sebab Husam Musa sayang sangat kpd Teresa COCK. Hehehe ada apa2 ke Husam? Tp elok juga mu bawok tino sekor ni masuk Islam...bagi nama Siti Aisyah ke, Siti Fatimah ke. Tapi kalau lepas kahwin jangan pulok mu pergi cerai dio macam pemimpin PAS lain dok amalkan...Biar reti baso sikit..