Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

31.1.09

Hantar Pemuda UMNO sorang ni ke ISRAEL!

Pertama, mereka sanggup menjual perjuangan bangsa. Kedua, mereka sanggup menjual agama. Kesanggupan menjual perjuangan bangsa boleh kita lihat dengan jelas apabila mereka bersekongkol dengan pembangkang demi menentang program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI). { sini }

Entah otak apa yang dipakai oleh penulis ruangan "Penulis Tamu" di laman web Pemuda UMNO. kalau sebeginilah mentaliti sempit yang diguna-pakai dan disanjung oleh pemuda UMNO, tidak perlulah menunggu PRU 13, kamu sudah tewas dan ranap sekarang. Berdosa dan salahkah jika pendokong/pejuang Bahasa Melayu menyuarakan suara kegusaran mereka melalui demonstrasi? Kamu yang kononnya pejuang Bangsa, kenapa menikus dan senyap sejuta bahasa?

Ohh, mungkin aku lupa, kau belum hilang penat dek berdemonstrasi marahkan SPRM menyiasat pemimpin-pemimpin UMNO.

Tidakkah jika mengikut logik kumpulan ini, Allah SWT zalim kerana menyusahkan anak-anak daripada pelbagai kaum untuk mempelajari al-Quran dan ajaran Islam itu sendiri? Malah kenapa pula Allah SWT menurunkan al-Quran kepada umat manusia bukan dalam bahasa Arab harian yang biasa sebaliknya di dalam bahasa Arab yang mempunyai nilai kesusasteraan yang tinggi?

Bab PPSMI pandai pula kau petik ayat-ayat suci tetapi apabila perihal agama dan bangsa, tidak pernah pula kau keluarkan kejantanan kau nak berdebat dengan Parti PAS/PKR.

Harimau tak mahu ulas panjang. Bawak dia jauh-jauh. Hantar dia ke Israel!

7 comments:

iam_khufu said...

Yang ditentang adalah pengajaran Sains dan matematik dalam bahasa Inggeris bukan menentang pembelajaran bahasa inggeris secara keseluruhannya. Mempelajari bahasa arab selain daripada mengetahui tentang agama, ia penting untuk menambah keimanan kerana apabila kita mengetahui bahasa alquran kita dapat menikmati keindahan bahasa alquran dan mengetahui bahawa alquran bukan ciptaan manusia atau makhluk lain. Alhamdulillah saya seorang melayu yang fasih berbahasa arab yang mengetahui makna alquran secara umum tanpa melihat terjemahan dan dapat menghayati keindahan bahasa Alquran. Sungguhpun begitu kebanyakan bahan bacaan saya tentang agama adalah terdiri daripada buku yang menggunakan bahasa melayu sebagai perantaraan kerana lebih mudah berbuat begitu. Perbezaan dalam kontek malaysia adalah mempelajari bahasa arab adalah untuk mengetahui bahasa arab itu sendiri dan untuk membolehkan seseorang individu islam membaca alquran. Manakala PPSMI pula bertujuan untuk memperkayakan istilah sains dan matematik sahaja dan menyebabkan banyak masa terbuang di sekolah padahal banyak hal atau perkara menjadi lebih mudah dan senang jika dipelajari dalam bahasa ibunda. Jikalau hendak tahu apa maksud "banyak masa terbuang" ini pergi ke sekolah dan lihat sendiri apa yang saya maksudkan kerana saya tidak dapat menerangkan secara terperinci tentang hal tersebut di atas alasan ruang dan waktu yang terhad. Semua itu belum lagi melibatkan dasar pendidikan yang berteraskan kepada peperiksaan, tahap pengusaan tatabahasa dan istilah kata pelajar. Banyak lagi perkara yang pincang jika kita berbicara tentang isu ini walaupun ada kebaikannya. Maaf tuan punya blog kerana komen yang panjang ini.

Zolkharnain Abidin said...

Lempar dalam kandang harimau pun boleh juga kot? Israel tu jauh sangat dan lambat sampai... :)

Harimau-Menaip said...

Tuan iam,

lagi panjang lagi bagus.

Tuan Zolkharnain,

Nanti cepat sangat putus nyawanya.

Tai said...

kenapa nak belajar dalam b.i encik? bm tak bolehkah?

Anonymous said...

Tiger,

Saya mohon menyokong PPSMI. Tapi saya tak maki hamun sesiapa; tak keluar skrip agama dan tak juga berdemonstrasi.

Sekian saya,
Che Eduardo (banyak Che sekarang)

melayuangkat said...

Assalamualaikum anakku,

Kaum kita ni memang cepat sangat nak 'give up'. Susah sikit tak boleh.

Mak Cik tak pandai nak ulas isu ini sebab kurang fakta mengenainya.

"Terfikir" juga kalau diajarkan kedua pelajaran ini dalam dwi bahasa iaitu BM dan Inggeris dan beri pilihan pada murid-murid itu sendiri atau sekolah sekolah tertentu itu sendiri.

Katakanlah Sekolah A tu murid murid seratus peratus Melayu dan di Pendalaman pulak, tidak terdedah langsung pada Bahasa Inggeris, Malah guru-guru pun tak speaking. Malah BM mereka punloghat mereka sendiri-jadi elok sahaja ajar mereka ini dalam BM.

Sekolah B pula di Bandar yang mana komposisi murid berbilang bangsa dan mereka sendiri majority berbahasa Inggeris bila bercakap. Jadi mata pelajaran Sains dan Maths di sini boleh di ajar dalam BI.

Maknanya hanya penghantaran Ilmu itu dalam 2 bahasa tetapi ISI ILMUnya sama dan SAMPAI pada para Pelajar. Jadi mereka juga ada pilihan nak jawab dalam BI atau BM.

CUMA guru guru kena ada kebolehan mengajar dan menyampaikan mata mata pelajaran ini dalam ke dua bahasa pilihan ini iaitu Inggeri atau BM.

Memang nampak macam rumit tapi rasanya kalau diberi peluang untuk pilih bahasa apa akan menarik murid mempelajari ke dua subjek2 ini.

WaAllahuAlam. Mak Cik tak mahir langsung soal ini cuma pandangan peribadi. Dari kita berdemonstrasi lebih baik kita fikir atau sumbang fikiran yang mungkin boleh dikongsi dengan orang lain yang sudi.

*Kita humban dia dalam kandang Harimau pun belum tentu Si Pak Belang mahu baham dia sebab Pak Belang sekarang dah pandai memilih*

Harimau-Menaip said...

Waalaikumussalam Ibu,

Bagi saya, susah dan senang bukan perkara utama. Yang utama adalah jati diri. BM kurang buku rujukan? Itu kita belasah DBP kerana bengap.

Yang saya marah Penulis Tamu itu, mengapa dia nak kaitkan benda tu dengan politik?

Orang lain bukan dia, sampai taik yang nak masuk lubang IWK pun dibanci samada taik itu beranutan PKR atau PAS atau UMNO!

Itu yang saya marah.