Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir (born 14 January 1948) is the eleventh Yang di-Pertuan Besar of Negeri Sembilan, Malaysia.
"Untuk makluman semua, keputusan mesyuarat atau kerapatan kami adalah 100 peratus atau sebulat suara," katanya bagi menjelaskan salah laporan terutama oleh penulis-penulis blog berhubung pelantikan Tuanku Muhriz. { sini }
Blog mana pula yang mempertikaikan ni? Perlantikan Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan adalah di bawah bidang kuasa dan hak Undang Yang Empat. Adat Perpatih tidak sama dengan Adat Temenggung.
Apa yang susahnya? Biar Harimau ringkaskan. Sistem pembesar peringkat pusat di Negeri Sembilan :
- Berasaskan atau mengikut adat Perpatih.
- Dibahagikan kepada daerah dan jajahan (Luak).
- Ketua dipanggil Undang, Penghulu, Lembaga, Buapak. Contoh: Undang (Luak) Rembau, Sungai Ujong, Jelebu.
- Undang memilih atau melantik Yamtuan Besar.
- Terdapat juga Lembaga dan Buapak iaitu gabungan ibu dan bapa.
Orang rumah Harimau dari suku Biduanda Waris, Perut Tok Supai. Harimau pula dari suku "Harimau Mengaum Di Balik Bukit Sambil Melapah Daging Orang Yang Kurang Ajar". Panjang sikit nama suku den.
Siapa yang kurang ajar dan mahu Harimau lapah dagingnya tu? Kalau tak mahu, duduk ontok-ontok.
Rujukan : Warisan Kesultanan Melayu dan Portal Pendidikan Utusan
7 comments:
salam tok ghimau,
bila orang tak emngetahui budaya dan adat setempat.Umpama usaha Amerika bawa demokrasi ke dalam Iraq tanpa menyesuaikan dalam keadaan setempat.
seperti juga usaha meng'arab'kan orang melayu tanpa mengambil kira peranan lokaliti setempat.
'biar mati anak, jangan mati adat'
'adat bersendi syariat'
wasalam
pemerhati
Depa yang tak paham adat ni, dok diam-diam. Toksah dok masuk campok. jaga rumahtangga sendiri. oksah nak memandai.
Betul tu anakku Harimau, kalau mahu duduk, duduk ontok ontok!!
Sebenarnya apa yang nak dipertikaikan? Ini semua rezeki dari Allah swt. Dia beri kuasa pada siapa yang dia kehendaki dan sebaliknya.
Kita rakyat ini, terima sahajalah.
Syukurlah Negeri kita aman sentosa. Ada Raja Ada Perlembagaan.
Salam dari Mak Cik.
Tok Ghimau...
Nasib baik ko kasik clear bondo nih, den pun terkujut jugak ado malaun mano ntah pertikaikan perlantikan ni, katanya ada influence dari menteri besar...Den nak marah, den bukan orang nogori...
Salam.
eden gaso orang yang komlen tu tak tau adat istiadat berkenaan rajo kito..
tulah.. kalau tak tau cerito yang sebonar lobih baik diam yo..
apo pun eden sokong kau ... tak sangko gimau pun ado dialam syber...
salam,
kepada yang memandai mandai mempertikaikan perlantikan tu sila mendalami adat anda sendiri dahulu barulah boleh menyebok ke dalam adat pepatih.....
adat sendiri tak khatam ada hati tunjuk pandai...
*mak saya orang tampin
salam tok ghimau.. tak ponah den donga suku ghimau mengaum di balik bukit tu.. suku baghu ko??
Post a Comment