Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

19.1.09

Tan Sri Sedang Mengigau Atau Meracau?

Tidak dapat tidak, pasti ada kelemahan dalam mana-mana pilihanraya kecil walaupun jentera parti bekerja keras siang dan malam. Tetapi mungkin ada isyarat yang perlu diberi perhatian dengan serius. { sini }

Harimau tidak tahu samada Tan Sri Muhyiddin 'mengigau' atau sedang meracau-racau. Kenyataan beliau yang berbunyi "walaupun jentera parti bekerja keras siang dan malam" semacam membuktikan bahawa beliau juga dijangkiti sindrom penafian. Sahabat Harimau ada ke sana dan melaporkan bahawa Bilik Gerakan UMNO lengang di waktu petang. Punca? Tidak pasti samada kekurangan wang suapan atau ramai yang lari sokong PR.

Ooopss.. Lupa pula. Ada penyokong BN iaitu dari golongan budak-budak yang berpakaian seragam HINDRAF. Harimau tak pasti samada pakaian oren tu membuktikan mereka pro-HINDRAF atau pekerja PROPEL atau peminat Zahid. Tak percaya ke Tan Sri? Yang kat bawah ni apa?

Harimau : sebelum cakap...pandang dulu kiri dan kanan.

8 comments:

Unknown said...

Salam sdr. Tok Rimau.

Berdasarkan pengalaman saya yang lepas, kemungkinan besar duit tidak sampai ke bawah. Duit peruntukan meresap di dalam poket orang atasan.

Tai said...

Jadi encik, apa tindakan yang harus diambil?

melayuangkat said...

Assalamualaikum anakku,

Kalau ada sesipa yang menggigau,Mak Cik harap ianya tidur waktu malam.

Kalau meracau... ini penyakit amat merbahaya. Minta dijauhkanlah..

singamaraja said...

Salam

Gua juga ada kat sana beb, pilihanraya tu macam d sambar geroda, kawan gua SB kata pilihanraya kali ni tak meriah

Saya rasa MB banyak musuh dari kalangan orang dalam

Harimau-Menaip said...

Sedingin Salju, UMNO wajar mendekati orang muda dan pastikan setiap apa yang mereka sumbangkan kepada Parti adalah ikhlas. UMNO wajar belajar dari Parti lain seperti PKR, PAS atau DAP. Belajar yang baik tentu tak salah bukan?

Ibu Melayuangkat, saya pun harap dijauhkan. Sekarang ni ramai yang meracau-racau nak jadi hero.

Singamaraja, MB mana yang tiada musuh?

Tuan Moundtweller, poket kita selalu kontang manakala poket mereka sungguh subur? Biasalah tu kot?

Tai said...

ya, sangat tepat sekali tok. Umno ibarat kuli pada ahlinya. Ahli itu boss. kalaulah boss tak puashati dengan perangai pekerjanya, apa akan berlaku.

Kepada Umno, buang sifat ego. Belajar dari pembangkang. Ingat, walau mereka ada pelbagai kepincangan, tapi mereka pandai didik ahli tau? Bukan macam hampa.

Harimau-Menaip has left a new comment on the post "Tan Sri Sedang Mengigau Atau Meracau?":

Sedingin Salju, UMNO wajar mendekati orang muda dan pastikan setiap apa yang mereka sumbangkan kepada Parti adalah ikhlas. UMNO wajar belajar dari Parti lain seperti PKR, PAS atau DAP. Belajar yang baik tentu tak salah bukan?

Ibu Melayuangkat, saya pun harap dijauhkan. Sekarang ni ramai yang meracau-racau nak jadi hero.

Singamaraja, MB mana yang tiada musuh?

Tuan Moundtweller, poket kita selalu kontang manakala poket mereka sungguh subur? Biasalah tu kot?

Tai said...

Ha, duit lagi. Ini adalah penyakit yang perlu tok najib ubati. Ingat, masuk kubur, duit tak teman. Yang teman ialah ilmu dan amal ibadat.

mountdweller has left a new comment on the post "Tan Sri Sedang Mengigau Atau Meracau?":

Salam sdr. Tok Rimau.

Berdasarkan pengalaman saya yang lepas, kemungkinan besar duit tidak sampai ke bawah. Duit peruntukan meresap di dalam poket orang atasan.

rezqeen hill said...

Berjuang dgn UMNO perlukan keikhlasan sbenanye tp hari ini pemimpin hilang pertimbangan dgn 'menyekat' duit bajet yg seharusnya diberikan pd mereka bekeje siang dan malam utk parti..