Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

23.1.09

Usah Mempolitikkan Segala Yang Ada

Gambar di atas ialah gambar mayat mendiang S.Kuhan, 23 tahun yang mati dalam tahanan Polis di Balai Polis USJ 8, Subang Jaya. Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar mangsa mati kerana 'penyakit paru - paru berair'. Berdasarkan kenyataan Ketua Polis Selangor mangsa mati mengejut selepas diberi minum air. { sini }

Harimau meminta maaf kerana pekerja-pekerja kilang airmata Harimau sudah bercuti sempena Tahun Baru Cina dan atas sebab itulah kurang airmata yang berguguran di atas berita ini. Mungkin Penyelia bahagian production sudah mengajar anak buah mereka agar meng"khas"kan pengeluaran airmata buat Rakyat Palestin dan saudara seIslam yang menderita di seluruh dunia. Dek terlalu banyak airmata yang tertumpah ketika melihat kekejaman Israel, ia agak kurang apabila melihat berita kekejaman yang lain. Ini adalah jawapan Harimau terhadap soalan dari pembaca blog Harimau Menaip yang dikirim melalui emel.

Tok, mengalir airmata saya bila tengok gambar kematian OKT. Tok tak nak komen apa2 ker?

Walaubagaimanapun, Harimau tetap bersimpati dan menumpang rasa sedih bersama keluarga mereka di atas kehilangan Mendiang.

Cuma, usahlah kes sebegini dipolitikkan. Rasa mual dan muak dengan tuduhan-tuduhan terhadap parti politik khususnya UMNO semakin menjadi-jadi terutama apabila terbaca komentar pembaca di blog Chegubard yang berbunyi :
it's a anti indian war started in malaysia ! UMNO is using police fuckers to kill indian...a big disaster waiting for UMNO idiots..indians are not angry wt malay or other race but wt Umno n Police { sini }



Tertanya di kepala; mengapa MIC tidak dituduh walhal mereka juga sebahagian daripada Barisan Nasional? Tolong letakkan politik di raknya dan kemanusiaan di tempatnya. Jangan campurkan kerana tidak mungkin minyak kan bersatu dengan air. Berfikirlah dengan rasional dan buka mata seluas-luasnya dan bijaklah dalam membezakan yang mana politik, perkauman dan isu agama.

Jangan nak tembak semacam sahaja.

Tetapi tertanya juga benak Harimau, kesan-kesan pada badan Mendiang itu, adakah dari kesan paru-paru berair atau kesan kudis buta? Biar betul PDRM ni.

tambahan jam 8:40 : Harimau ingin tambah dan menjawab komentar dari Aku Oku yang berbunyi :

dato harimau pernah pi demo atau pernah kena jadi OKT atau kena soal siasat di bwh ISA?. kalau pernah pasti tahu kalau tak pernah kami nak bagi tau kebanyakan polis yg mcm samsing dan berperangai lebih dari binatang tu adalah Melayu yg mengaku Islam.

dah memang polis ni dibwh kerajaan BN yg diketuai oleh united malay national organisation. MIC dan MCA mana ada power semua org tahu.....

tak pelah kalau tok rimau tak de air mata lagi... Nabi SAW suruh kita hormati jiran tak sebut pun apa agama dan bangsanya, JIRAN....

Tuan Oku, Harimau bukan tiada simpati atau terlalu kejam. Apa yang tersirat dari penulisan Harimau adalah, di kala ini terlalu banyak pencabulan hak, kezaliman dan pembunuhan. Sebagai manusia yang mempunyai keupayaan yang terhad, tentunya Harimau tidak mampu untuk menangisi semua penderitaan yang ada kerana terlalu banyak airmata yang telah tertumpah ketika membaca penderitaan Palestin.

Peguam Negara juga dikhabarkan telah mengesahkan bahawa ia adalah bersifat atau suatu kes pembunuhan! Maka, Harimau MENYOKONG tindakan untuk mengheret pembunuh- pembunuh tidak kira mereka dari PDRM atau siapa sekalipun.

Cuma, janganlah semua yang buruk disumbatkan ke dalam dunia politik. Itu yang cukup Harimau tidak setuju.

Terima kasih Tuan kerana mengingatkan Harimau.

Wallahualam.

10 comments:

AKUOKU said...

dato harimau pernah pi demo atau pernah kena jadi OKT atau kena soal siasat di bwh ISA?.

kalau pernah pasti tahu kalau tak pernah kami nak bagi tau kebanyakan polis yg mcm samsing dan berperangai lebih dari binatang tu adalah Melayu yg mengaku Islam.

dah memang polis ni dibwh kerajaan BN yg diketuai oleh united malay national organisation. MIC dan MCA mana ada power semua org tahu.....

tak pelah kalau tok rimau tak de air mata lagi... Nabi SAW suruh kita hormati jiran tak sebut pun apa agama dan bangsanya, JIRAN....

tepet said...

hurm...den isu ni kekadang malas gak nak cito...sobab sebulan duo nanti ...abih sonyap...apo pun takdo... contoh nya isu dadah hilang kek johor...yang sampai ado polis yang keno bunuh...diam begitu saja...

Harimau-Menaip said...

Tuan Aku Oku,

Saya jawab di muka depan posting ini. Terima kasih kerana sudi mengingatkan saya.

Tuan Tepet,

Sekarang dah kompom ada unsur pembunuhan. (den tenghok TV la)

melayuangkat said...

Assalamualaikum Anakku Rimau,

Mak Cik pun setuju SIAPA sahaja yang bersalah diheret ke muka pengadilan tetapi tak payahlah menunding jari SEGALAnya pada UMNO.

Kalaupun benci dan dendam kesumat Chegubard terhadap UMNO begitu menebal janganlah hasut orang lain pun turut sama membenci terutamanya dari bangsa lain. Api yang kecil jadi kawan tapi kalau lama lama ditiup nanti kalau besar takut tak terkawal dan mahukan dia bertanggung jawab?

Jawabnya tentu TIDAK dan Polis disalahkan lagi jika apa apa tak baik berlaku akibat hasutan demi hasutan.

Harimau-Menaip said...

Waalaikumussalam Ibu,

Itu yang mahu saya sampaikan. Jangan dibakar kebencian kaum.

Saya minta maaf jika tulisan saya agak straight forward.

Anonymous said...

Tiger,

Kes ini dipolitikkan kerana pembangkang sudah masuk campur.. Cukup jelas apabila peguam-peguam pembangkang berdiri di depan memberikan memorandum. Dalam hal ini, semua orang pun ada salahnya..

Si mangsa itu pun bersalah; sebab itu kena hambat polis..

Polis pun satu yang kasi hambat "saksi kes" sampai mati satu hal pulak; lepas ini jerung besar seludup kereta itu mana nak tangkap?

Pembangkang nak jadi hero; biasalah kena ingat PRU13 nanti..

BN/UMNO; tak sepakat. Timbalan Menteri turun padang nak settle; Menteri Polis tak puas hati.

Jadilah masalah kaum..

Che

unimportant person said...

diharapkan agar semua pesalah yg ditahan di semua lokap dan penjara dilepaskan.PDRM dan sistem perundangan dan kehakiman dibubarkan.kita guna law of the jungle.kalau kereta mewah anda dicuri @ rumah anda dipecah,sila report kpd hindraf.sekian terima kasih

Harimau-Menaip said...

Che,

Terlalu banyak kekejaman dan pelanggaran hak.

Akhirnya, orang jahat jadi hero dan dipuja. Yang membela keadilan menjadi penjenayah.

Jahanam dunia sekarang.

Tai said...

ha jadi, Umno jugak yang kena. Actualy, kalau parti lain yang perintah, it's a same situation will be happen encik. Tapi peguam negara dah kata kes bunuh. Jom tunggu.

Harimau-Menaip said...

Unimportant Person,

Kau memang Raja Lawak...ahaks!

Sedingin salju, saya pun sedang menunggu.