Tidak mati kalau tidak makan Starbucks. Harga mahal mengalahkan harga kain kapan.
Tidak kebulur kalau tidak minum Coca-Cola. Tidak baik untuk kesihatan.
Tidak kuning gigi kita tanpa Colgate. Banyak lagi ubat gigi jenama lain.
Mahukah kita bersubahat membunuh saudara-saudara kita di seluruh dunia? Kita Boikot! Biar mereka muflis sehingga tidak mampu membeli sebutir peluru pun.
9 comments:
Assalamualaikum
Tok Rimau ... Mintak maaf .. saya copy logo boikot kat atas tu utk dimasukkan ke laman blog saya.
Harap x keberatan
TQ
Assalamualaikum Anakku,
Memang kita semua tengah 'hot' mendidih dengan apa yang berlaku di Gaza. Khabar terbaru setakat ini 560 kematian tak sampai dua minggu Zionist mengganas. Bayangkan!!
Tapi Mak Cik bimbang kalau kita boikot product US di sini seperti Starbucks, Coke dan Colgate, rakyat Malaysia yang berkerja di kilang kilang atau kedai kedai ini pun turut jadi mangsa pula.
Kesian jugak pada pekerja kilang Penggeluaran benda benda ini semua. Anak bini dia orang pun dia orang nak tanggung jugak. Bagaimana pula pekerja pekerja di kedai kedai makanan segera yang rata rata rakyat kita yang mencari rezeki di situ. Melainkan mereka ada alternatif lain untuk tempat cari rezeki.
Lainlah macam Pak Arab yang kaya raya simpan wang di AMERIKA, berbillion ringgit. Mereka inilah yang sebenarnya yang kayakan Amerika dan Israel.
Memang rumit masalah ini kan.
Sama-samalah kita berdoa untuk yang sahid. Memang kesian betul lihat di tv tadi. Rakyat Palestin yang menderita itu hebat betul dugaan masing masing. Sabar mereka ke tahap yang paling tinggi.
Semoga Allah swt ampunkan dosa kita jika kita kurang berSyukur atas segala limpahan nikmatnya pada kita. Kurang bersyukur akan keadaan Negara yang aman tenteram. Jika Kita banyak merunggut dari berTerima Kasih sesama kita, apa lagi berSyukur kepadaNYA.
Saudara Sang Harimau,
heeeee...... dah ramai orang tak minum coca-cola kerana kencing manis . tak minum di Starbuck keran kopi dan teh tarik kurang manis dikedai mamak 24 jam lagi sedap serta ump.... Dah lama tak KFC takut gemuk mendadak. Ini makna nya demo-demo tu sudah lama boikot. Cuma pisang kaki baru tahu produk israel yang dijual oleh sigaporeeeeh baru tau, boikot juge lah.
Tuan Kulat,
Ambillah. Saya tidak pernah memelihara hak-hak penulisan dan gambar-gambar ASALKAN ia untuk tujuan yang baik.
Ibu dan Tuan Sepial,
Betul juga kata kalian.
1. Selagi Palastin tidak kembali kepada sistem Islam maka selagi itulah mereka menjadi ulam Yahudi
2. Selagi tiada yang bersikap Salahuddin Al Ayubi maka selagi itulah Palastin menjadi ulam Yahudi
3. Selagi negara umat islam mengizinkan Yahudi berniaga di negara umat islam maka selagi itulah Palastin menjadi ulam israil termasuklah negara umat islam yang lain cuma masa belum sampai
4. Selagimana umat islam tidak bersatu maka selagi itulah umat islam menjadi ulam kuasa Yahudi dan Nasrani
5. Selagi ada sistem pemerintah yang sealiran dengan barat maka selagi itulah Allah mengajar umat islam supaya membuka mata luas-luas, namun sehingga kini manusia masih buta
6. Selagi sistem islam tidak di laksanakan maka selagi itulah Allah menyedarkan umat islam dengan memusnahkan dan menghina maruah umat islam itu sendiri, lihatlah kenyataannya di seluruh dunia ini yang mana uamat islam sahaja yang menderita dan di bunuh..
boikot tidak reti benda ka ni. komputer/ kapal terbang/ malaysia bolegh buat ke? KFC, MD dll tu ko boikot umpama ko menitakan pekerja tempatan di situ. tempat kami cari makan menyara anak bini keluarga kami. kalau ko boleh sedia tempat pekerjaan saya.... saya 500% sokong untuk boikot bersama
setuju!
pun x kebulur kalau x makan mcD..
makan la beger ramly;p
sama2 kita boikot!
teringin nak makan KFc. sedap tu
http://www.malaysiakini.com/inblogs.php
surat membangkang boycott barangan US kpd malaysiakini.com
ibnu marzuki al firdaus | Jan 8, 09 10:10am
Post a Comment