Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

17.1.09

Omak Marah Tolak Joki

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub mendedahkan Barisan Nasional (BN) hari ini sekali lagi melakukan rasuah politik dengan menghadiahkan RM300 kepada setiap wartawan yang datang ke bilik media milik BN kira-kira sejam yang lalu. { sini }

Wartawan yang bijak adalah wartawan yang ambil duit tersebut dan rakyat yang bijak adalah rakyat yang mengambil duit rebet. Period.

Harimau ada seorang sahabat yang boleh dikategorikan sebagai Reformis. Seperti diduga, muka beliau pasti ada di mana-mana bantahan harga minyak dan termasuk juga yang diadakan dihadapan Terminal One Shopping Centre Seremban.

Yang menambahkan 'respek' Harimau pada dia apabila Harimau terserempak dengan beliau di Pejabat Pos Rahang pada bulan November yang lalu. Untuk apa? Claim duit rebet.

Bila ditanya, tidakkah beliau merasa hipokrit atau munafik dengan berbuat begitu, dengan perlahan beliau menjawab " Omak den marah tolak joki, gilo kau, 625 hinggit tu poiit!"

Sememangnya dia adalah sahabat Harimau yang bijak; sebijak Ezam dan Ibrahim Ali.

Harimau mencadangkan, Ketua Pengarang Harakahdaily dipecat dengan notis 24 jam kerana tidak dapat membezakan antara Rasuah Politik dengan Politik Wang.

Glosari

Omak den marah tolak joki = Emak saya marah jika menolak rezeki.

3 comments:

Anonymous said...

Yag rebet tu memang hak rakyat malaysia.cukai pembelian kereta memang tak munasabah kadarnya.ada pulak cukai jalan lagi.dah 30 tahun byr cukai dan tarif2 yg semakin naik.bagi wang pada wartawan ni dah lama sebenarnya.yang malunya cina buat laporan.pasal apa nak bagi duit?nak suruh spin story ke.sampai bila nak ajar budaya mcm ni?rasuah dlm apa bentuk pun tetap rasuah.rasuah bkn rezeki.nak pecat ketua pengarang harakahdaily pecatlah.pecat menteri penerangan sekali sebab rtm tu dibiayai oleh duit cukai penduduk Malaysia.

Mrkolumpo said...

hehehe,,abang ni punyo caro ponulisan mmg tip top..hahaha lawak...lamo dah tak dongar pkataan omak marah tolak joki tu hahaha..toringat sey ngan org kg sey namo ujang kateyyy (katil)hahaha...abg ni oghang mano??pilah ko????

Harimau-Menaip said...

MrKolumpo,

Den orang PD...Tinggal kek Somban.

Dulu belajar kek STJ Pilah.