Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

26.1.09

Yang Hebat-Hebat Buat Malaysia

Tahniah kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim kerana menerima seorang lagi anak buah dari negeri Perak. Terus-terang, Harimau tidak mengenali siapa dia Datuk Nasa namun mendoakan yang hebat-hebat sahaja buat beliau. Harimau tidak hairan dengan isu lompat kerana ia adalah hak seorang pemimpin/YB untuk bernaung di bawah mana-mana entiti yang disukainya.

Apa yang Harimau nampak, UMNO adalah ibarat kilang menghasilkan pemimpin. Sepanjang tempoh "production"nya, telah 2 pemimpin Agung lahir iaitu Tun Mahathir dan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Belum ada mana-mana pemimpin keluaran UMNO yang dapat menandingi karisma dan kepimpinan 2 nama besar tadi.

UMNO tidak boleh menidakkan impak yang bakal berlaku atau terhasil dari perpindahan/lompatan Dato' Nasa kerana bagi rakyat, mereka sedang tertanya-tanya dan mencari jawapan samada benarkah UMNO sudah mereput dan bakal terpupus?

Setidak-tidaknya, rakyat akan bersedia menghadapi apa sahaja kemungkinan yang akan berlaku samada Kepimpinan negara yang paling atas bertukar dengan individu sama parti iaitu UMNO atau ditukar secara total dan digantikan dengan kepimpinan Pakatan Rakyat. Walaupun apa kemungkinan yang bakal terjadi, kita doakan yang hebat-hebat sahaja buat Malaysia.

Sesungguhnya doa adalah senjata buat mereka yang beriman. Agak-agaklah, adakah Dato' Nasa cukup jantan untuk menawan Bota sekali lagi tetapi di atas tiket PKR? Kalau ada jantan bagus tapi kalau tiada jantan, terbuktilah bahawa beliau hanya pemimpin lulusan Universitas UMNO yang biasa-biasa sahaja.

10 comments:

Tai said...

Alahai, setelah semua jawatan telah diambil tuhan, baru nak bertukar parti. Lepas tu kutuk parti yang bagi dia jawatan dulu.

Harimau-Menaip said...

Sedingin Salju,

Saya masih tidak kenal dengan Dato' ni. Mungkinkah namanya hebat dikalangan kontraktor di Bota? Wallahualam.

LESONGINDEK said...

Salam Sang Harimau,

Aku tertarik dan teruja perenggan akhir posting Sang Harimau. Itu lah sepatut nya, jangan dibawa sekali,kosongkan dan serah kembali kepada rakyat sejajar demokrasi berpewakilan. Baru lah betul. Tak boleh cara unilateral wajib multilateral (rakyat @ marhaem )

TK dan Maaf andai tersilap.

melayuangkat said...

Assalamualaikum Anakku Harimau,

Bagaimana Kong Hee Fatt Choy di Seremban? Kami di sini dah berkotak kotak Limau mandrin habis. Setahun sekali rasa mandrin oren ini. Vitamin C kononya. Tapi tahun ini Oren nya tak berapa Manis macam tahun lalu dan banyak yang tidak masak sangat dan busuk pulak.

Pasal ADUN Bota Perak ni, Mak Cik setuju saranan kamu. Setiap mereka YB YB ini berhak untuk bernaung dalam Parti Politik masing masing.

Cuma yang tak sedapnya kalau dah tua tua tapi perangai macam budak budak kecil. Budak budak kalau dah leka dapat mainannya, kita tarik sikit, melalaklah dia dan merajuk!!

Pada Mak Cik, Jasa UMNO terlalu Banyak pada Orang Melayu. Ini bukan Mak Cik yang kata dan Reka. Ini adalah sejarah Tanah Air. Kita semua tak bolehlah pura pura lupa.

Kalau nak tubuhkan Parti Politik Baru silakanlah, ini Negara demokrasi yang kita semua laung laungkan, TETAPI janaganlah menidakkan segala Jasa UMNO khasnya pada Melayu dan amnya pada Semua Bangsa Rakyat Malaysia di negara ini.

WaAllahuAlam.

Harimau-Menaip said...

Waalaikumussalam Ibu,

Di harap patung mainan PR lebih mahal dari patung mainan UMNO. Kalau tak, mana pulak Dato' Nasa tu nak lompat...

M Sepial,

Lompat siap dengan title YB barulah lompatan yang penuh gaya...agaknya kot?

PAPA GOMO said...

U ALL TAK BAIK CAKAP DIA TUA TAU!
ADUN BOTA TU BAGUS TAU!
DIA DAH JANJI KAT KITA ORANG UNTUK MEMUDAHKAN PENCARIAN MAKAN KAMI JIKA PAKATAN YANG MEMERINTAH KAT DUN TU!
WALAUPUN DIA TUA TAPI KETAT TAU!!
ADA SKILL LAGI!!

EMMM SEMUANYA BERKAT TUNJUK AJAR BANG NUAR!

TAPI.......

BANG NUAR PUNYA KETAT JUGAK KE???

NAK LOMPAT KENA PANGKAH PUNGGUNG DULU KE???http://gomo-no1.blogspot.com/2009/01/duitduitduit.html

Anonymous said...

UMNO memang banyak jasa juga didalam menyusahkan rakyat.Banyak duit rakyat ditelan oleh kroni2 dan ahli umno..bila dikenang2 jasa umno ni, xsabar2 nak menangkan PR. Tapi masih ramai melayu yang tertipu dengan ketuanan melayu yang dilaung2 UMNO. Ramai antara mereka masih mengenangkan umno berjasa besar. Walaupun mereka susah kerana dasar dan polisi kerajaan yg dinaungi umno yg meletakkan beban atas rakyat, manakala keuntungan mereka kaut. Tiada UMNO pun tak mengapa kerana mereka ni banyak memusnahkan perpaduan antara kaum dengan sikap racist yang menebal sehingga tuan harimau juga terpengaruh. Dasar pecah dan perintah British itu masih diteruskan oleh UMNO untuk memastikan mereka kekal memerintah.

Anonymous said...

Salam saudara Harimau,

Berdasarkan penulisan dan pembacaan sifir politik saudara, jika dibajai dengan baik saudara bakal menjadi pelapis Melayu yang berwibawa.

Harapan saya bila saudara berjaya menapak kehadapan, jangan bertukar warna....

Salam takzim

Harimau-Menaip said...

Salam kembali Tuan Kerajaan Rakyat,

Saya adalah orang bawahan. Bersuara ikut apa yang orang bawahan nampak dan gusarkan.

Terkadang dirasa sini betul, kita sokong. Kalau sana betul, pun kita sokong.

Itulah maksud "Yang baik-baik nuat Malaysia".

Dengan izin Allah, saya selamanya kan begini...

rezqeen hill said...

manusia tamak.
tak penah puas dgn ape yg dimiliki..

berubah utk diri sdr tp mempersiakan harapan org pdnya~