Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

23.1.09

Formula Sembuhkan Mati Pucuk Politik Dalam UMNO



Ketika luka tersebut masih bernanah...diperahnya pula asam limau ke atas luka tersebut ketika Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu. { sini }

Bagi Harimau, kalau sudah diperah asam limau tu, sudah kira sedap untuk santapan makan malam. Agaknya, UMNO memang kena ratah lah lepas ni.

Mahu atau tidak mahu, pencarian formula memperkasakan UMNO yang mati pucuk menjadi prioriti. UMNO dengan taktik zaman batunya sudah gagal menembusi selera rakyat khususnya golongan muda. Biarlah diatur dan dicanang kemajuan dan pembangunan yang dikhabarkan atas titik peluh UMNO, ia hanya menjadi bahan senda gurau orang bawahan.

UMNO perlu lebih berani dan terbuka. Tidak berdosa rasanya jika ditiru formula Pakatan Rakyat. Ini bukannya peperiksaan SPM dan meniru tidak menjadi kesalahan. Cuma, adakah pemimpin-pemimpin "Glokal" UMNO rela memenuhi selera orang bawahan? Ingat! UMNO sudah mati pucuk. Bersetubuh setiap jam pun belum tentu masuk dan terpancut (sekadar metafora). Setiap pandangan dan pendapat wajar diperhalusi dan diambil-kira.

Suatu pentas untuk berdebat dan berbahas dengan pemimpin-pemimpin atasan Pakatan Rakyat menjadi wajib ketika ini. Tinggalkan pemimpin tiada telor yang sering meminggirkan diri dari berdepan dan bersemuka dengan pemimpin kelas atas Pakatan Rakyat. Di kala ini, ruang buat pembangkang juga 'terpaksa' dibuka selebar-lebarnya di Media Arus Perdana. Hentikan propaganda tahap najis dan taksub. Sebarkan keseimbangan berita di Media Arus Perdana.

Berbalik kepada cadangan Debat Terbuka antara pemimpin UMNO/BN dengan pemimpin Pakatan Rakyat, carilah pemimpin yang bijak berpidato, bernas idea, panjang akal, bermaklumat dan berwawasan bagi memastikan kemenangan hujah-hujah. Ingat! Bidang ini adalah makanan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

Berkempenlah seperti setiap hari adalah hari Pilihanraya Kecil. Jangan jadikan kempen itu bermusim. Kreatif dan tuntas dalam mencari tajuk dan bahan kempen yang baru.

Rehatkan idea-idea lapok seperti Amanat Haji Hadi, Ketuanan Melayu, Isu Babi, Isu Kereta Kerajaan Negeri; kerana rakyat sudah faham dan mual dengan berita dan cerita yang diulang-ulang.

Ada berpuluh lagi pendapat dari Harimau tetapi cuba buat yang ini dahulu. Kalau yang ini pun tidak mampu, potong sajalah 'anu' yang mati itu dan bagi sahaja kucing makan. Sekurang-kurangnya ada juga manfaat 'anu' tersebut.

Harimau : agak-agak, mereka makan nasihat tak?

4 comments:

Anonymous said...

anu tu bagi kucing, kucing pun x nak.
sesame sendiri pun sabotaj.camne nak kuat. camne nak popular.muak la..

fital said...

UMNO mesti berani membuat perubahan radikal jika ingin terus kekal dan mendapat sokongan padu rakyat.Generasi muda sekarang lebih terarah menyokong PR disebabkan terlalu mual dengan isu-isu yang sama dibangkit berulang kali.

Tai said...

ya betul tu encik. Kena berubah. yang tak berani ubah tu, kita buang depa jauh-jauh. masih belum terlambat.

Bagi depa yang tak mau dengaq, kita tolak tepi depa tu encik.

Anonymous said...

ishh..

la nie.. berita mingguan hari ahad lepas.. raja azmi nak buat cerita 'anu dalam botol' ahak!
apa lagi tuan harimau boleh letak kan calon-calon yang hebat-hebat tak?
saya cadang kan
emm @#$%^
emmm *&^%$#
ehh malu lah nak sebut
wakawaka