Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

1.1.09

360 darjah di Tahun Baru

2009 muncul sudah. Menjanjikan tahun yang pasti membawa lelah. Pakar ekonomi berfirasat, ekonomi pastikan penat, Malaysia mungkin selamat tetapi wajar beringat. Politik mungkin dilanda Tsunami lagi, tetapi dari arah bertentangan. Badai ganas yang menghempas pantai politik Malaysia dan menjahanamkan kredibiliti Pemerintahan Barisan Nasional, akan menerajang pula kaki-lima Mahligai Pakatan Rakyat.

Orang kata, UMNO sedang mengumpul lemak. Menguatkan diri. Bagi Harimau, ia memang benar cuma jangan tersilap, UMNO memang sedia kuat. UMNO terlupa menggunakan kekuatannya di PRU yang lalu. Itulah bukti orang akan bodoh sekali-sekala walaupun kelihatan bijak.

Senjata Pakatan Rakyat makin kelihatan tumpul. DSAI perlukan penasihat kelas pertama, ia compulsory atau angan-angan memerintah Malaysia akan hilang di bawa arus masa. Tahun silih berganti, masa makin suntuk. PKR wajar menendang keluar orang bijak yang telah berubah bodoh. Dalam politik, tiada belas-kasihan. Politik bukan kebajikan. Kebajikan hanya layak menjadi slogan.

Benar kata kerajaanrakyat, PKR perlu direformasikan. Harimau percaya, Anwar Ibrahim memang mendengar dan faham cuma persoalan di benak, mampukah Anwar Ibrahim menendang politikus bidan terjun sepert MB Selangor, Budak Kamera, Macha Estet dan lain-lain yang bersepah-sepah di dalam Hirarki PKR?

Janganlah pula Pakatan Rakyat terutamanya PKR dipandang tempat pembuangan sampah golongan pemimpin yang telah di'reject' dari UMNO, MCA dan MIC! Kita mampu berkata tidak namun hakikat kan selamanya menjadi hakikat. Cuma sedikit bernasib baik, PKR tidak sehina dan sebusuk Semangat 46.

PAS tidak sudah-sudah menunjukkan kedunguan dalam bersahabat. PAS wajar menjadi tunjang Pakatan Rakyat tetapi memilih menjadi budak suruhan. Umur PAS yang terlebih matang telah diletak tepi. Jika berterusan begini, 2 kali kiamat pun, tidak mungkin PAS akan memerintah Malaysia. PAS bukan sahaja perlu direformasikan malah perlu di tsunamikan!

DAP adalah budak cerdik berlagak bodoh. Mengaut untung di kala teman-teman yang lain sengsara. Harimau tidak mahu cakap banyak mengenai DAP kerana semakin mual dengan perilaku mereka. PAS silap, memilih syaitan dari jin. Menolak UMNO tetapi memilih DAP. Bukankah banyak jin yang Islam, tetapi adakah Syaitan yang Islam?

2009 akan meriah. Perdana Menteri mungkin akan diganti. Tidak semestinya Najib kerana rezeki ditangan sedangkan boleh jatuh sebelum selamat masuk ke mulut. Biarlah siapapun Perdana Menteri kita nanti, kita doakan yang baik-baik sahaja. Amin.

Wassalam.

Harimau Menaip

17 comments:

Anonymous said...

kita anak malaysia!!

Anonymous said...

Salam saudara Harimau,

Saya amat bersetuju pandangan saudara terhadap PAS.

Berkaitan PKR saya masih menaruh harapan, tetapi jika mereka lalai dan layu, saya akan humbankan mereka jauh ke hujung benua.

Semoga hijrah saudara berhasil dan diberkati NYA.

Selamat Tahun Baru dan salam takzim.

Harimau-Menaip said...

Tuan Kulup,
Kita selamanya anak Malaysia.

Tuan Sofi,
Semoga harapan menjadi realiti. Kita hanya boleh berharap, ketentuan tetap di tangan Nya.

ISA said...

Baca posting ni teringat kat Zaiton Sameon "Menaruh Harapan".

Masih adakah harapan untuk perubahan??? poning... den poning dengan sandiwara ni semua

Harimau-Menaip said...

Teringat kat lagu takpe...jangan teringat kat orangnya..

Parah nanti. Jadi orang Pilah lah ..

Pemuda Pelapis said...

Salam HM,

Fuh! Khutbah politik awal tahun ke ni? Syabas! Bernas.

SALAM PERJUANGAN TAHUN BARU 2009.

Harimau-Menaip said...

Tuan Pemuda Pelapis,

Lama dah tak menulis. Asyik menyindir dan sinikal pun, penat juga. Sekali sekala, bagi straight, orang pun tak sesat.

Mogen Ali Rico said...

Salam tok rimau,

Rasa pedas bagi yang makan,
nampak cantik bagi yang pandang,
Tahun 2008 banyak kenangan..
tahun 2009 banyak kemungkinan..

Selamat tukar kalender..Ada tarikh yang kan menjadi sejarah.

Anonymous said...

0rang memilih PKR bukan kerana PKR bagus tetapi muak dengan BN.

Sudah 50tahun memerintah dan menjadi sombong belaka. Tak dengar jeritan rakyat malah menindas rakyat untuk jadi kaya.

Kerajaan PKR tak janji bagus tapi kita perlu tukar semua kroni2 di BN dahulu.

BN macam seluar dalam kita, kalau pakai 50tahun tak tukar pasti busuk tak terhingga...

Seluar dalam perlu ditukar supaya kita boleh cuci betul2!

Tai said...

Bn harus dikejutkan dari tidok. DAP pula kena usaha untuk dicampak dalam tong sampah sebab ianya adalah virus yang amat-amat bahaya.

Harimau-Menaip said...

Sedingin Salju bernafas satu tempo dengan Harimau.

LESONGINDEK said...

Wow....wow....wow , Harimau menaip (HM) kau bantai dan hantam juga cik gu ekonomi dan pensyarah ekonomi aku (MB Selangor Sekarang - kanu suruh Nuar tendang keluar), bidang terjun lah ?. Jangan HM mencetuskan api untuk brantam antara gerombolan partai politik. Ikutlah 30 nasihat Imam Shafie. Tukang gambar -kita tahu kes sensasi, macha estet itu olang juge. UMNO ke?, PKR ke?, PAS ke ? sama juga untuk KUASA dan HARTA. Kalu tak ada harta mana bisa politik di gerak oleh pimpinan nya untuk dapat sokongan. Ye tak? mesyuarat perlu minum dan cetak minit, turun padang perlu wang belanja teh, isi minyak, beri bantuan dan sebagainya. Mau kencing pun bayar , mana boleh pancut merata - rata. jangan marah HM.

Harimau-Menaip said...

Tuan Sepial,

Jangan main api. Ekonomi dan poltik macam langit dengan bumi.

Perkara yang sama juga berlaku buat Tan Sri Nor Yaakob. Huduh bila berpolitik.

Jangan marah-marah pagi-pagi ni. Nanti rezeki payah nak masuk.

UMNO PARTI PENJARA said...

Jangan sebut sangat pasal jawatan tu..

Tuhan dah tentukan semuanya..

Kita mungkin silap menilai.. Tapi Tuhan tak pernah silap :-)







Selamat Tahun Baru :-)













(( Renungkan )) Ke Mana Kita Mahu Pergi?
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
Forum Generasi Muda
http://Forum1Malaysia.blogspot.com
Pakatan Antara Parti Lawan Tidak Kekal
http://pro-faizal.blogspot.com

Harimau-Menaip said...

Tak boleh sebut jawatan PM? Solilah.

Lidah ni gatal sangat.

Its me said...

selamat tahun baru

semoga lebih cemerlang gemilang dan terbilang

Anonymous said...

salam

istilah jin dan syaitan je ke yang boleh dipakai?Bagaimana istilah ini:

1)bukan islam dan islam

2)yahudi dan zionis

3)iluminati dan yahudi

4)yahudi dan israel

5)nasrani dan kristian

cuba kita telusuri balik dakwah politik wali songo.Mereka minoriti tapi menguasai.Di Malaysia, kita majoriti tapi adakah kita menguasai?Tidak semua bersetuju dengan politik Wali Songo seperti Syeikh Siti Jenar.Cara kedua-dua wali itu berbeza tapi tujuannya ingin emngembangkan Islam.

Memang syaitan itu tidak islam tapi mengapakah Allah ciptakan syaitan sekiranya dari awal lagi Allah tahu Azazil itu akan menjadi Iblis?

Setiap makhluk didunia ini ada fungsinya untuk dijadikan renungan dan pengajaran bagi manusia melainkan dia taknak bertadabur memahami mengapa Allah aturkan semua ini.

moga jiwa Siti Jenar dipelihara Al-Haq

wasalam

Pemerhati