Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

1.1.09

Pengukuhan Kuasa Politik Melayu Islam


{letakkan semangat perkauman ditepi sebelum meneruskan pembacaan}


Kuasa Politik Melayu Islam tidak wajar hanya dipandang pada gerombolan barisan ahli Parlimen Barisan Nasional tetapi harus juga difokuskan kepada barisan Politik Pembangkang. Jika pada tahun 1999, PAS menjadi Ketua Pembangkang, ia terpusing 360 darjah pada tahun 2004 di mana kerusi tersebut dirampas 'manja' oleh parti DAP.


Pada tahun 2008, umat Melayu Islam tidak boleh selesa dengan kedudukan PKR sebagai Ketua Pembangkang kerana sejak akhir-akhir ini, jika di baca di akhbar Utusan Malaysia dan stesen Buletin Utama, keutuhan parti tersebut mula menampakkan keretakan (walaupun tidak seteruk MRR2).


Seandainya Tuan Punya Dunia merestui perpecahan tersebut, maka tidak boleh tidak, DAP akan menjadi parti dominan di barisan Pembangkang. Nyata, kerusi Ketua Pembangkang tidak lagi diduduki oleh politikawan Melayu Islam.


Apa tindakan kaum Bumiputera Islam? Suatu pelan kawalan perlu diwujudkan dan gerakan pengukuhan adalah terlalu vital disaat sekarang. Namun, ada pihak yang terpaksa dikambing-hitamkan. Lokasinya? Sudah tentu di Pilihanraya Kecil Kuala Trengganu.


Pelan Kawalan


Umat Melayu Islam perlu memastikan parti PAS memenangi Pilihanraya tersebut. Dengan ini, ia akan meningkatkan jumlah Ahli Parlimen PAS dari 22 orang kepada 23 orang (sumber http://www.parlimen.gov.my/dR-statistik.htm).


Secara dasarnya, Barisan Nasional perlu memastikan mereka kalah di Pilihanraya tersebut. Ia bukanlah kekalahan tersirat, ia hanya tersurat. Yang tersiratnya, Parti UMNO telah melakukan pengorbanan besar terhadap Bangsa Melayu. Dalam bahasa Jepun, ia mungkin disebut 'Kamikaze".


Walaupun 23 orang tidak cukup untuk menandingi jumlah Ahli Parlimen DAP yang berjumlah 28 orang, sekurang-kurangnya umat Melayu Islam sudah menuju ke arah Penyatuan.


Ahli Parlimen PKR juga dialu-alukan untuk menyertai PAS dan jika ini menjadi realiti, Umat Melayu Islam di Malaysia tidak akan digoyah dari segi Kuasa Politik selama 100 tahun lagi.


Persoalan seterusnya, sudah bersediakah kita berkorban segalanya untuk Agama, Bangsa dan Tanahair?


Harimau Menaip

5 comments:

melayuangkat said...

Assalamualaikum anakku,

Alangkah baiknya jika UMNO dan PAS bergabung menjadi SATU parti Melayu Islam di Malaysia ini kan??

Rasanya inilah satu satunya yang kita semua harapkan. Maklumlah kitakan sama sama semua mengaku bersaudara sebab kita berkiblat yang sama, berRasul yang sama.

Kita akan disoal dalam kubur nanti siapa saudara kita.

Takkan kita nak jawab, saudara kita dari parti politik A atau B kan.

Mungkin semua maha guru dan cendikiawan Melayu Islam sekarang ini mesti memikirkan ke arah KESATUAN kita semua dan bukan ke arah PEMECAHAN antara kita.

Buang yang keruh ambil yang jernih.

Tidak mustahil.

Anonymous said...

Salam saudara Harimau

Alhamdulillah,

Hebat..!!! Satu analisa dan titipan yang cukup mampan. Tahniah!!!.

Salam takzim

Admin said...

Salam Tok Ghimau...

Den dah lamo kato...PAS ni ngan UMNO kena bertolak ansur...kito samo-samo bersunat...ini borobut jugak...habih la!

Anonymous said...

Walau apa pun sebagai orang Islam kita perlu pegang bahawa, Ketua tidak semestinya melayu, tapi wajib seorang Islam.

Wallahualam

Anonymous said...

ini komen saya yang pertama kepada saudara..sebagai ank jati perak,saya rasa sungguh terkilan dgn perkembangan terbaru di negeri tercinta..saya antara salah seorang pengundi pakatan rakyat yg mengharapkan perubahan tp sayangnya,langit tidak selalu cerah..amat saya harapkan saudara dapat bersama-sama blogger yg lain dlm menyeru kepada perpaduan antara umno dan pas..kerana itulah sja cara terbaik bg menyelamatkan umat islam di negara ini..ALLAHUAKBARR......