Semua parti politik wajar menyertai dan lokasinya perlu diadakan ditempat yang lebih agung. Ia perlu disiarkan secara langsung dan disiarkan di stesen television rakyat tanpa sebarang tapisan.
Apa impak yang dapat kita perolehi nanti?
- Pemimpin yang bijak politik dan berfikir
- Parti yang berdaya-saing
- Parti yang megotakan janji-janji
- Suara orang bawahan diangkat dan diperjuangkan
- Rakyat yang matang berpolitik dan dapat membezakan antara politik, agama dan bangsa.
- pembentukan minda merdeka
- kehancuran pemikiran-pemikiran jumud dan sempit
Tidak boleh tidak, rakyat Malaysia perlu mengakui bahawa Dato' Seri Abdullah adalah pemangkin kepada "sebuah skrip" era Politik Keterbukaan cuma ia di"pentaskan" oleh Menantu beliau, YB Khairy Jamaluddin.
Tidak boleh tidak juga, kerjasama barisan pembangkang yang diterajui oleh Dato' Seri Anwar dengan diperkuatkan lagi oleh barisan pemimpin berakal seperti YB Husam, YB Saifuddin, YB Mahfuz, YB Nik Nazmi dan lain-lain; banyak menyumbang kepada kejayaan pembentukan politik keterbukaan.
Yang gagap, yang bengap dan yang lembap tu, ke mana agaknya tempat mereka? Pandai-pandailah bawa diri. Pintu keluar terbentang luas.
Wallahualam.
Harimau Menaip
No comments:
Post a Comment