21.2.09

Go Go SPRM

Kita mantapkan Sokongan kepada SPRM! Itupun jika mereka menggunakan masa di hujung minggu ini untuk merubah diri dan menyiasat dengan adil dan telus. Takkan jika SPRM adil, masih ada rakyat yang memberontak dan mengatakan SPRM tidak adil?

Ketua SPRM yang bermuka panjang perlulah juga berakal panjang. Jika akal pendek, sia-sia sahaja Allah mengurniakan bentuk muka panjang itu dengan keupayaan dan kapasiti otak yang MUNGKIN lebih dari orang biasa.

Dengar cerita, kerajaan Sabah dah beli Volvo 2.5 sebagai ganti Perdana V6? Jika benar, Harimau suka untuk mengulang kata-kata Datuk A. Kadir Jasin di mana pernah mengendos mana-mana kerajaan Negeri yang tidak menggunakan produk Proton sebagai kereta rasmi layak diklasifikasikan sebagai pengkhianat (lebih kurang begitulah).

Kalau pembelian Camry di Selangor budak-budak SPRM siasat, jangan lupa dengan pembelian Volvo di Sabah. Itupun kalau mahu persepsi bagus dari khalayak.

12 comments:

  1. Salam Tok Rimau,

    Saya setuju!!!
    Dan memang setuju bersetuju dengan Tok.

    Salam Takzim

    ReplyDelete
  2. Salam Tok Harimau.
    Elok lah kita hantar 46 ekor lembu ke pejabat SPRM untuk buat korban sebab mereka complain tak dapat bahagian mereka.
    Inilah konsep melembukan SPRM.

    ReplyDelete
  3. Sangat setuju dengan pandangan Tok. Yg kurang setuju cuma bila diperolokkan wajah orang tu. Nak buat macam mana itu rezeki dia lah bermuka panjang.

    ReplyDelete
  4. Sangat setuju dengan pandangan Tok. Yg kurang setuju cuma bila diperolokkan wajah orang tu. Nak buat macam mana itu rezeki dia lah bermuka panjang.

    ReplyDelete
  5. Setuju TokRimau

    Sokongan padu untuk SPRM.

    Skop yang luas bukan setakat lembu ...volvo...camry....eurocopter...

    Rasuah tetap rasuah walaupun sebesar zarah.

    ReplyDelete
  6. ehh mana boleh siasat, ni kan kerajaan BN yg berwibawa...siapa kata tak patriotik, kami beli volvo ni kt malaysia, bantu kroni tingkatkan jualan volvo, SPRM tolong jgn siasat, kami patriotikla, kpd tok rimau, kenapa dedahkan perkara ni, sungguh tak bermoral kamu!!!

    ReplyDelete
  7. Pendekar Gunung Kriang,

    Saya tak tahu nama dia. Awak tahu?

    Yang kedua, cikgu saya yang ajar, kalau muka besar maka otak pun besar. Tak percaya, cuba tengok muka cerdik pandai seluruh dunia.

    ReplyDelete
  8. anak kp sprm pernah didakwa di australia kerana kes pornografi kanak-kanak. rujuk abc news 8 feb 2008.

    ReplyDelete
  9. biasala..
    orang politik mmg macam tu..

    ReplyDelete
  10. Tidak perlulah buat siasatan..tak caya lah..takkan lah kerajaan sabah nak buat macam tu kot..kita begitu percaya anggota2 kerajaan bn semuanya patriotik..bukankah kerajaan perak (yg lalu) dan selangor dh di cop sebagai pengkhianat dan dihentam habis2an sbb guna camry oleh orang2 umno/kerajaan..tapi kalau mereka berbuat demikian juga, tentulah ada sebab yg "menghalalkan" tindakan mereka tu..biasa lar beb..

    ReplyDelete

Tulislah komen dengan berhemah. Penulis blog Harimau Menaip tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang pelanggaran undang-undang yang terhasil dari penulisan Tuan-Puan samada penulis Harimau Menaip perasan atau tidak.