Cuba bandingkan penerbitan Sinar Harian Edisi NS/Melaka, (mukasurat N6, Nasional @ Sinar tarikh 22hb Februari 2009) dengan penulisan-penulisan Harimau Menaip.
Tulisan Harimau Menaip : Jika Melayu berterusan memilih dan mengangkat pemimpin korup (atau bekas pengkorup), percayalah bahawa walau dirangka seribu pelan sebaik dan sehebat DEB, pasti Melayu tetap miskin dan tidak mampu menggapai dan menikmati kekayaan (secara total) di negara sendiri.
Tiada pilihan ataupun ultimatum; kita wajib berani jika mahu parti anutan kita relevan dalam peta politik Malaysia. ( sini )
Tulisan Harimau Menaip : Ianya benar dan ia adalah antara asbab mengapa Pemuda UMNO diremehkan oleh golongan Muda yang "berakal". Rasanya, yang ramai di cawangan-cawangan UMNO adalah yang tidak berakal. Sekiranya ada kelapangan, Tuan/Puan boleh ambil masa sejenak untuk bertanya apa itu perjuangan UMNO khususnya kepada pemuda-pemuda di cawangan, pasti terkebil-kebil mata budak-budak muda yang hadir di mesyuarat cawangan kerana kehadiran mereka rata-ratanya dek kerana sogokan dan "duit teh" Ketua Cawangan . { sini }
Tulisan Harimau Menaip 1 : Kedengaran agak bagus walaupun hasilnya belum tentu. { sini }
Tulisan Harimau Menaip 2 : Antara pengakuan dan pendapat paling hebat pernah diucapkan oleh pemimpin UMNO adalah yang keluar dari mulut "suci & cute" Khir Toyo iaitu:
" Pemuda UMNO membawa suara kerajaan dan Pemuda Pakatan Rakyat membawa suara rakyat". { sini }
" Pemuda UMNO membawa suara kerajaan dan Pemuda Pakatan Rakyat membawa suara rakyat". { sini }
Tulisan Harimau Menaip : Jika di Indonesia, khabarnya pemilihan pemimpin akan berpaksikan kepada ajaran agama Islam dan pemimpin wajib pandai mengaji Al-Quran. Kedengaran agak bagus walaupun hasilnya belum tentu. { sini }
Harimau: mungkin beliau pun pembaca blog Harimau tetapi nyatakanlah sumbernya dipetik dari mana. Apapun, tiada dendam antara kita.
Assalamualaikum Tok Rimau.
ReplyDeleteIni terang terangan plagiat.
Saya cadangkan Tok Rimau saman Sinar Harian!
Dah malap le kalau kes ciplak macam ni!
Tak bersinar langsung!
Grrrrrrrrrrrrrr!!!!
Mahaguru58 bersama mu Rimau!
Go for the jugular man!!!
Tuan Mahaguru,
ReplyDeleteSaya halalkan kerana itu periuk nasi mereka tetapi janganlah diulang lagi. Nyatakan saja sumbernya...kan senang.
Saya kagum dengan pencapaian Mahaguru sehingga nama pun disebut oleh Datuk Zahid Hamidi di kaca televisyen.
Wallahulam.
Salam TokHarimau,
ReplyDeletePencuri dah nak jadikan sinar sebagai utusan meloya.
Anak sapa agaknya?
Tahniah, TokHarimau memang kuat iman, sanggup menghalalkan. Itulah kekuatan seorang mukmin.
Tuan Doktor,
ReplyDeleteKita kan manusia. Tak lari dari berbuat salah. Mungkin beliau kesempitan masa dan "terpaksa" salin dan tampal. Di harap, beliau tidak mengulangi lagi. Sekurangnya, nyatakanlah sumbernya.
Ini sudah masuk kategori Plagiarisme. Sayang kerana ia dilakukan oleh seorang Editor.
editor suratkhabar ini nak cedok pun jgn la bulat2 kan ..
ReplyDeleteaku mmg tak minat suratkhbar ini kerana berita dia byk setempat ..dan berita pun spt baca harakah dan suara keadilan ..aku lebih suka membaca UTUSAN
Assalamualaikum Tok Rimau.
ReplyDeleteSaya sebenarnya acah je tu tentang nak saman menyaman ni.
Nak buat macamana?
Dunia kewartawanan sekarang bole dikatakan tidak lagi berpegang kepada prinsip prinsip mengutamakan kebenaran dan kesahihan sumber.
Tuan mungkin boleh bertolak ansur terhadap perbuatan tidak beretika begini tetapi bagi editor itu memang amat buruk kelaku sungguh bila ia berlaku begitu!
Jika dunia media massa perdana sedar akan perkara ini, saya kira nama nya sudah tentu tercemar dikalangan mereka.
Saya berharap editor terbabit memohon maaf secara terbuka kepada Tok Rimau dan tidak mengulangi lagi kerja plagiat begini.
Tentang Datuk Seri Dr Hj Ahmad Zahid Hamidi menyebut nama saya didalam program Dailog@TV1, ianya disebabkan saya telah diundang oleh Rocky Bru untuk bersama Menteri Hal Ehwal Agama di Jabatan Perdana Menteri dan Ketua Ketua Pengarah JAKIM, IKIM dan Ketua Hakim Syariah Malaysia untuk bermuzakarah mengenai beberapa perkara melibatkan hal ehwal agama didalam pertemuan khas di Putrajaya.
Kehadiran saya adalah diatas peranan yang saya jalankan didalam dunia blog negara dan menerajui Muslim Bloggers Alliance.
Saudara Rocky Bru @ Ahiruddin Atan berbesar hati menyampaikan jemputan Menteri pada saya kerna beliau rasa pandangan saya juga diperlukan demi membantu pihak berkuasa agama negara untuk menangani seteru seteru Islam kita dewasa ini berikutan pelbagai agenda musuh musuh Islam menghuru harakan suasana siasah di negara ini.
Selaku Blogger Muslim, saya tidak akan gentar membantu pihak berkuasa agama untuk menyelesaikan kemelut yang ditimbulkan puak puak kuffar di Malaysia ini.
Petang tadi saya di wawancara RTM TV1 untuk program Galeri Perdana yang menyentuh bab pesakit HIV dan AIDS dan cadangan JAKIM untuk menyaring pasangan Muslim yang hendak mendirikan rumahtangga untuk memastikan mereka bebas penyakit merbahaya itu?
Saya sempat pulak menyampaikan kebenaran agama kepada jurukamera RTM Encik Veeran yang sudi duduk bersama saya untuk beberapa minit juga.
Saya sedang cuba untuk memuatnaik ke Youtube tetapi oleh sebab saya menggunakan wireless router dirumah maka bermasaalah bilamana uploadnya terhenti sekejap.
Esok ajelah!
Mahaguru,
ReplyDeletePasti ramai yang akan menantikan video tersebut. Sebab itulah apabila saya mengesyaki ada blogawan yang menyerong dan menyonsang, saya rujuk pada Tuan.
Semoga yang baik-baik sahaja buat umat Islam.
Amin.
Askm,
ReplyDeleteKalau begitu kisahnya, sepatutnya akhbar Sinar tu kenalah mohon maaf secara terbuka kpd Tok Rimau. Dah kira nasib baik byk dah tu sebab Tok Rimau ni pengampun orgnya... sikap terpuji!
Red Rooster,
ReplyDeleteIni perkara kecil cuma melanggar etika penulisan.
Saya tak suka bercakap hal etika kerana penulis anonymous macam kita sering dilabel penulis kelas bawahan.
Label itu tak pe cuma wartawan perlulah menjadi tauladan.
Wallahualam.
hurm....kagum den....tu nasib yb perasan...agaknya..dah brapo banyak agaknya hasil tangan yb diplagiat? mano tau sebelum ni dah banyak kali berlaku hik hik hik tak pun surat khabar borneo post ka oriental daily dah lamo tibai idea tuan..hik hik hik
ReplyDeletePet,
ReplyDeleteDen pun tak kisah tapi bagilah kredit. Tuan Zoobli pun nak jugak kredit. Bukan apa, itu idea di benak dan kepala hotak, mana mungkin sama.
Yang tak tahan, siap tulis kononnya dia terperangkap kat mesyuarat Pemuda cawangan.
Membohong lah tu. Kalau editor dah membongak, macamano ngan anak buah dio?
Den tak kisah tapi ini point den kalau sesapa kutuk blogger macam kau ngan den nanti.
Terima kasih Pet.
ps: lamo pi minum?
Jika akhbar Sinar Harian gemar hasil tulisan Harimau Menaip, mengapa tidak menawarkan satu kolum untuk kau, kan lebih baik? Tahniah rimau kerana buah fikiran kau diangkat untuk tatapan umum.
ReplyDeleteTuan Ayor,
ReplyDeleteBetul jugak tapi sudah bersedia kah akhbar mainstream (Sinar Harian ni kira perdana kot?) menerima penulisan orang yang tidak memihak?
Memihak jika dirasakan betul tetapi menegur jika dirasa salah?
Sebenarnya, saya malas nak kecoh-kecoh cuma tak bolehlah Guru curi tulisan Murid. kalau murid yang curi, lainlah cerita..
Saya tak kisah cuma tak molek nampaknya.
Saya tak fikir Sinar Harian akhbar mainstream walaupun edarannya meluas. Diterbitkan pelbagai edisi mengikut kawasan/negeri, Sinar Harian lebih suka memanggil diri mereka akhbar komuniti. Media Arus Perdana (MSM) termasuk Berita Harian, Utusan Malaysia, Harian Metro (BM), The Star, NST (BI), dsb.
ReplyDeleteIni dipetik daripada rencana SH sempena pelancaran Edisi Perak:-
"Sebagai akhbar yang telus dan prihatin, Sinar Harian akan tetap menekankan berita yang diperlukan oleh pembaca dengan jaringan berita yang adil dan bermaklumat yang sukar dibaca dalam akhbar arus perdana."
Banyak lagi perkataan yang baik-baik di dalamnya.
Perbuatan memplagiat bahan orang lain bukanlah sesuatu yang seharusnya dibuat oleh SH dan saya rasa mereka perlu minta maaf daripada Harimau Menaip, sekurang-kurangnya secara peribadi.
Untuk membayar kesilapan itu saya cadangkan SH menawarkan satu kolum khas kepada Harimau Menaip. Saya kira SH tentu tidak keberatan kerana memang mereka sukakan hasil penulisan blogger tersebut. Dan saya fikir Harimau Menaip juga tentu gembira dengan perhormatan seperti itu.
(Entri blog saya)
Apapun tak kisah. Cuma jangan terlalu nampak dan berulang.
ReplyDeletePenghormatan Untuk HM? Tak perlu kerana saya menulis bukan untuk itu. Saya ikhlas.
Bagus juga bila mengetahui Editor SH membaca blog murah ni.
asalamualaikum,
ReplyDeleteni lembu punya susu sapi dapat nama la....
alangkah bagus kalau ada kredit untuk tuan
saya cadangkan paper tu ambik je abg rimau dan jdkan blog ni ruangan sisipan "BILA HARIMAU SUDAH MENAIP"..baru kelas, jd wartawan rasmi..huhuu
ReplyDeleteSalam Bro Harimau,
ReplyDeleteBetul tu bro.Seharusnya sesape yg nk pinjam artikel perlu letak sumber maklumat asal.
Tak pun ada option lain iaitu Disable right klik.org xleh copy artikel kita.
Kalau rasakan bro perlukan script tu.sy ada.mintak la ye jgn malu² hehehe.
Di satu sudut positif,bro rimau harus berbangga blog HM ni turut di baca oleh editor SH.wahhh bangga nye hehehe:)
Tok rimau, mengapa orang selalu menganggap bloggers macam kita ni penulis murahan? Salahkah no nak salurkan pendapat melalui tulisan no?
ReplyDeleteAssalamualaikum Tok Rimau.
ReplyDeleteVideo sesi Dakwah yang saya rakam semalam dah siap muatnaik ke Youtube.
Saya bahagikan kepada 2 bahagian untuk memudahkan uploading.
Sila ke http://www.youtube.com/watch?v=Hlo0c6B_jrc untuk menontonnya.
Terimakasih.
Editor tu dah minta maaf belum?
Tuan Mahaguru,
ReplyDeleteBelum. Email pun tidak.
InsyaAllah, saya akan ke sana sebentar lagi untuk menonton video tersebut.
Sayang sarawak, qaseh, gafaro;
Saya maafkan walaupun tiada kemaafan yang dipohon.
keji betul editor ni...
ReplyDeleteSebenarnya editor itu sudah pupus idea. Nak kata mandul ideakan nampak kasar pula.
ReplyDeleteWalau apa pun keizinan dari sumber yang sah patut diambil kira sekiranya mereka beretika.
Salam Semua terutama tuan tanah HM.
ReplyDeleteSaya pun menjadi mangsa mereka yang tak tau perit jerih, susah payah kita menerbitkan sesuatu artikel. walaupun kita ni bloggers, tapi seharusnya hormat lah susah payah kita untuk menulis. Bukan sinar hairan, tapi, sesama bloggers jugak yg konon berlakon apa yg dibuat, adalah hasil mereka.
Kalau tak percaya, sila masuk blog ini:
mjc-sejahtera.blogspot.com
dan bandigkan dengan blog saya: ondscene.blogspot.com
Saya bersetuju, seperti anda semua, kalau nak guna, copy paste apa yg kita tulis, amat2lah dialu2kan, tapi, sekurang2 bagitau la dari sumber mana. bukan main paste, lepas tu mengaku pulak sendiri yg bikin...
Tengah bengang ni...
Auuum!
ReplyDeleteJangan marah Bang !
Sinar Harian sudah mula mirip BN dan UMNO Bang ! kelihatannya dia sudah tida berkecuali lagi kan bang!
salam saudara Harimau
ReplyDeletesy memang selalu baca tulisan saudara
artikel saudara memang ada point & berkualiti
sebab tu ada "orang" curi
apapun, saudara jangan risau
semua orang tahu siapa yang betul & siapa yang salah
semua ni ada hikmahnya
mana tahu selepas ni, hit saudara harimau makin hot selepas ni
teruskan menaip saudara
kami semua akan terus menyokong saudara
bak kata Hang Jebat, takkan harimau hilang di dunia
haha
salam..
ReplyDeleteSaya dah stop beli dan baca Sinar Harian. Makin lama makin berat sebelah.
Salam anakku,
ReplyDeleteMak Cik setuju dengan Tuan Mountdweller kita. Memang pupus idea. Sudahkah mereka mohon maaf? Patut mohon maaf WALAUPUN kamu telah menghalalkan.
Terima Kasih doakan buat Mak Cik. Semoga Allah swt ampunkan dosa dosa Mak Cik dan ada jalan keluar dengan Izinnya kepada masalah berat ini. InsyaAllah.
maafkan jelah ..paper nyamuk lah katakan.
ReplyDeleteWaalaikumussalam Ibu dan semua pembaca.
ReplyDeleteMaaf, tiada permohonan maaf dari sesiapa dari Akhbar Sinar Harian walaupun saya telah emel kepada mereka mengenai perkara ini.
Apa nak buat? Memang nasib badan.
ni nak kena masuk blog aku (unexplaine vs Unexpected) nih~ uhuhu.. sabar je harimau.
ReplyDeletenak buat camne,dah hampa sealiran dengan mereka.
ReplyDeletekes cilok memang tradisi mereka
Salam Tok Rimau,
ReplyDeleteTak patut btul la depa ni....
Nak cilok pon, bgtau le sumber nye dr mane...
Takpon rephrase ke ayat tu....Alter2 sket...Tu pon kene bgtau jugak sumber dr mane...
Haiya...kene amik course nk tulis report la depa ni...
paper jamban memang camtu
ReplyDelete