Membuat mimik muka yang "tidak elok", akan membuat peluang Khairy menjadi Ketua Pemuda jatuh merudum kira-kira 9%. Suka Harimau memetik kata-kata penutup Dr. Agus:
Kalau ingin memilih pemimpin,
Yang pertama elok,
Yang kedua pandai.
Secara peratusan yang Harimau selidiki sejak dari awal proses pencalonan Ketua Pemuda, rancangan Hujah pada hari ini pasti akan menaikkan ranking Khir Toyo 13.5% kehadapan dan menjadikan:
- Mukhriz - 45 % akan menjadi Ketua Pemuda
- Khir Toyo - 34% akan menjadi Ketua Pemuda
- Khairy - 21% akan menjadi Ketua Pemuda
Antara pengakuan dan pendapat paling hebat pernah diucapkan oleh pemimpin UMNO adalah yang keluar dari mulut "suci & cute" Khir Toyo iaitu:
" Pemuda UMNO membawa suara kerajaan dan Pemuda Pakatan Rakyat membawa suara rakyat".
Ianya benar dan ia adalah antara asbab mengapa Pemuda UMNO diremehkan oleh golongan Muda yang "berakal". Rasanya, yang ramai di cawangan-cawangan UMNO adalah yang tidak berakal. Sekiranya ada kelapangan, Tuan/Puan boleh ambil masa sejenak untuk bertanya apa itu perjuangan UMNO khususnya kepada pemuda-pemuda di cawangan, pasti terkebil-kebil mata budak-budak muda yang hadir di mesyuarat cawangan kerana kehadiran mereka rata-ratanya dek kerana sogokan dan "duit teh" Ketua Cawangan .
Tanya pula kepada Pemuda Pakatan Rakyat, pasti jawapan yang paling "teruk" pun adalah "Kami menyokong dasar Anwar Ibrahim". Walaupun kedengaran agak bodoh, sekurang-kurangnya mereka tahu juga tujuan dan asas persepakatan Pakatan Rakyat.
UMNO mungkin tewas sokongan di kalangan golongan Muda tetapi sekurang-kurangnya masih ada pemimpin yang ada otak dan akal. Jika nak dibandingkan dengan Syamsul (Ketua AMK PKR), rasanya masih jauh ketinggalan pencapaian Syamsul. Dengan Dewan Pemuda PAS, rasanya usahlah dibandingkan kerana Salehuddin agak senior dan hebat; lebih hebat dan tuntas dari Hishamuddin.
Bercakap mengenai Hishamuddin, atas kapasiti apakah beliau diangkat menjadi Pemimpin? Darah bangsawan? Nampaknya, transformasi UMNO sudah jatuh hukum WAJIB!
3 comments:
HIDUP DATO MUKHRIZ...
BLOG KAU NI SEMPOI GAK BRO..
Best2...sempoi..mmg best!
itu lah reflek sebenar akan calon calon tersebut. yg beza nya si khir ni pasal sharp sangat. mukhriz biasalah dia ni memang mr cool.... sebab tu bisnes juta juta jutaaaaannnnnnn...
yang dia ni KJ hmm dah pecah tembelang. itula kj sebenarnya. bukan nya yg pandai berpora pora gitu......
slalu nmpk yg palsu ni yg betoi. di ni mmg la ada cikit kureng bro, kurang adat, kurang sopan.
Post a Comment