Salam Tuan,
Izinkan saya memetik bait kata Saiful Bukhari "Yang benar pasti tegak dan yang bathil pasti jatuh".
Saya tidak pasti siapa yang benar tetapi sentiasa mendoakan Allah memberikan kemenangan kepada yang benar. Tidak kira kebenaran itu di pihak mana, pasti Allah tahu kenapa insiden kecelaruan politik Perak berlaku. Dalam kelam kelibut, pasti terbit hikmah.
Tidak kira parti politik mana, jika salah kan selamanya salah.
Rasa penuh hormat dan kagum buat semua blogawan Pro- Pakatan Rakyat yang tidak pernah jemu dan putus asa menerangkan pandangan dari sudut yang sering tersisih dari media arus perdana.
Sayang, golongan hebat yang sebangsa dengan saya terbahagi beberapa bahagian iaitu :
1. pro BN
2. pro PR
3. neutral
Saya ada pilihan sendiri tetapi senantiasa meletakkan harapan agar tembok pemisah ideologi politik dipecahkan dan kita bangkit dengan satu suara, satu jasad dan satu roh. Memang agak mustahil tetapi bukankah harapan baru itu sentiasa mekar dan bercambah?
Salam persahabatan buat semua blogawan tidak kira apa parti. Kalian tetap saya anggap sahabat walaupun pandangan kita kadangkala berbeza. Pandangan berbeza itu adalah suatu rahmat.
Wallahualam.
------------------------------------------------------------------
Apabila Harimau membaca coretan Manjung Mari, rasa terharu dan kagum terus menular disegenap tubuh Harimau kerana melihat kehebatan blogawan-blogawan PR yang bekerja buat parti tanpa mengira penat-lelah dan upah-habuan.
Apa perasaan ADUN yang "melompat" apabila terbaca dan melihat gambar-gambar pengorbanan blogawan-blogawan tersebut? Atau mereka memang tiada hati perut?
Ha ha ha,, hangpa peratikan lah apa yang kami dapat kat sini… kami tidak disediakan apa-apa seperti yang perwakilan UMNO akan dapat pada pemilihan agung bulan MAC nanti.. Hotel mewah, makan di restoren ternama - duit siapa tu - duit dari mana - RASUAH - Insyaallah , kami tidak ada semua itu.. kami tiadak dapat apa-apa ganjaran.. Nak makan pun yang ada hamba-hamba Allah yang sedia nak belanja ,, itulah lah yang kami dapat..
Dato; Seri Ir Nizar.. Hanya ini yang kami termampu nak bantu Dato’, Insyaallah selagi kami dikurniakan kekuatan zahir dan fikiran selagi itu kami akan ketengahkan apa yang telah dilaku UMNO terhadap Dato Seri.. kami sedia menghadapinya.. kami Apa yang kami dapat disini pun syukur alhamdulillah.. { klik SINI }
6 comments:
tuan,
mungkin ini yang di juangkan oleh PR kot kenapa BN tak mahu election.sekadar spekulasi saja.
Assalamualaikum anakku Harimau,
Syabas kepada mereka yang bermati-matian untuk perjuangan parti dan pemimpin idola mereka dalam kes ini.
Teruskanlah usaha anda TANPA mendabik dada betapa mulianya yang dilakukan berbanding dengan orang lain khasnya orang UMNO.
Dan tidak perlu ada iri hati dan dengki jika penyokong UMNO tidur dalam hotel atau makan di restoran mewah.
Dan adalah tidak baik menuduh Rasuah tiap kali ada sahaja kaitan dengan UMNO. Dalam berbuat begitu baik dan sesuatu yang begitu mulia berkorban untuk parti dan pemimpin idola sendiri amat tak perlu lah cari dosa sama ada dosa yang terang atau tersembunyi.
Bagi diri ini IKHLAS itu datang dari isi hati yang hanya Allah swt sahaja yang tahu. Sukar diukur dan selalunya hati yang ikhlas ini tidak terucap dan mengaku pula dia ikhlas.
Alhamdulillah, pengorbanan yang suci yang TIDAK PERLUkan dan MAHUkan apa apa ganjaran dalam hal ini dari Nizar akan dibalas InsyaAllah, dengan setimpalnya dari Allah swt. Sebab ini adalah janjiNYA. Kalau tidak di dunia di akhirat tetap akan dapat ganjarannya.
Jadi tidak perlu bimbang jika tidak dapat ganjaran duniawi seperti orang UMNO, MCA, MIC atau DAP.
Waalaikumussalam Ibu,
Benar. Setiap manusia ada rezeki masing-masing. Allah Maha Adil. Bagi saya, pendirian yang paling utama.
Tidak guna menjadi ustaz jika tiada pendirian dan sungguh mulia seorang tukang kasut jika tidak pernah goyah dengan pendirian.
Walaubagaimanapun, ia hanya pandangan saya sahaja. Mungkin ia salah.
Aku, terima kasih atas pendapat Tuan.
bloggers di perak memang setia dgn perjuangan mereka. bukan senang nak berperang dgn media amno. tapi teman memang respek habis kat depa.
sampai ramai yg sponsor wang ringgit untuk membantu menyebarkan maklumat dr pakatan. kalau bloggers di perak dapat menyampaikan sekurang2nya kepada 50% penduduk di kampung pun teman rasa dah cukup baik.
aku pun bayar sendiri broadband.. tolak jawatan exco bhg.. hangpa ingat aku kebuloq sangat ka..
pakai keter cabuk 1.3 ulang alik kl ipoh inyak tol tanggung sendiri...
hangpa tak melagu..
bila kata aku pun kerja iklas tak dapat apa... hangpa kata aku bodoh sebab diperkudakan..
hangpa nak buat apa? nak ajaq aku mintak mintak ...
tak paham gak ngan sesetengah blog-awan PR ni
hangpa dah cakap hangpa kerja free pun sebenarnya dah tunjuk hangpa tak ikhlas..
Sabaq Ipohmalay.
Susah nak cari pejuang ikhlas. Tanpa apa-apa hidden agenda.
Tahniah buat semua yang ikhlas.
Post a Comment