Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

9.2.09

Tugas Rakyat Bakal Bermula!

Lagi satu kes menunggu!! Osman Jailu masuk ICU, tapi kat hospital mana aku tak tau..Mintak tolong orang-orang Changkat Jering…tolong dapatkan IC number Osman Jailu. { sini } {berita yang belum disahkan}

Kita doakan yang baik-baik sahaja tetapi jika yang TERburuk juga yang disuratkan Allah, akan berpilihanraya kecil lah lagi. Mungkin yang ketiga selepas Bukit Selambau, Kedah ( sini ) dan Bukit Gantang, Perak ( sini ).

Adakah salah rakyat Perak yang mendoakan sesuatu yang kurang elok di saat-saat doa dimakbulkan? Atau perancangan Tuan Punya Dunia untuk memperlihatkan kebenaran dengan lebih jelas?

Apa yang Harimau lihat adalah, keputusan Pilihanraya Kecil di Perak akan ditafsir sebagai:
  • penentu siapa yang layak mentadbir Negeri Perak; PR atau BN.
  • penentu siapa yang layak menjadi MB; Nizar atau Zambry.
  • penentu suara siapa yang lebih "keramat"; Sultan atau Rakyat.
  • penentu siapa perancang strategi terbaik; Anwar atau Najib.

Apa tafsiran anda?

-------------------------------------------------

tambahan: Harimau menerima sms dari seorang teman yang minta Harimau bertanya samada "Benarkah Raja Muda iaitu Raja Nazrin yang bakal menaiki takhta sebenarnya tidak mengikut giliran yang sepatutnya"? Persoalan ini diajukan kepada anak watan / blogawan Negeri Perak yang arif.

Harimau tidak tahu kerana den oghang nogori.

8 comments:

See Plus Plus said...

Gile berapi!
ko patut jadi copywriter movie trailer summer blockbuster

melayuangkat said...

Assalamualaikum anakku Harimau Menaip,

Ya kita doakan yang baik baik sahaja kepada sesiap pun. Dan semgoa Bangsa Melayu tidak berpecah lagi dan dalam kerugian dalam pesta mengundi nanti.

WaAllahuAlam.

Tok Pawi said...

Almarhum Tunku Jaafar bukan sepatutnya menaiki takhta, tetapi Yam Tuan Tunku Mukhriz. Orang Nogori semua tahu ini, dan sekarang takhta pulang kepada yang hak.

Masalah perebutan takhta berlaku di banyak negeri beraja dari dulu hingga ke hari ini.

Sistem penggiliran takhta negeri Perak Darul Ridzuan agak unik kerana berpecah 3. Saya sudah lupa asal usulnya dan bagaimana penggiliran itu dibuat dan sama ada ia dilaksanakan seperti yang dipiagamkan - dan saya belum dapat buat research.

Tetapi lebih kurang begini:
ranking seniority Sultan dan calon raja adalah mengikut susunan bendera negeri Perak - putih untuk Sultan, kuning untuk Raja Muda dan hitam untuk Raja Dihilir.

Asalnya "A" menjadi Sultan, "B" menjadi Raja Muda dan "C" menjadi Raja Dihilir.

Sultan - A
Raja Muda - B
Raja Dihilir - C

Apabila "A" mangkat, "B" naik menjadi Sultan dan "C" naik menjadi Raja Muda. Putera kepada "A" akan naik menjadi Raja Dihilir.

Sultan - B (selepas kemangkatan A)
Raja Muda - C
Raja Dihilir - Putera A

Begitulah seterusnya.

Tetapi sekiranya "C" juga mangkat sebelum menjadi Sultan, putera kepada "A" akan naik menjadi Raja Muda dan putera kepada "B" pula mengisi kekosongan Raja Dihilir. Putera kepada "C" terpaksa menunggu di ranking bawah lagi (Raja Kecil Besar/Raja Kecil Bongsu or something).

Dari contoh ini ranking sekarang ialah:
Sultan - B
Raja Muda - Putera A (kerana C juga mangkat)
Raja Dihilir - Putera B

Katalah putera kepada "A" juga mangkat, maka putera kepada "B" naik menjadi Raja Muda dan putera kepada "C" baru dapat naik jadi Raja Dihilir.

Sekarang kedudukannya jadi:

Sultan - B
Raja Muda - Putera B
Raja Dihilir - Putera C

Lebih kurang begitulah.

Kesimpulannya, tiada yang menghairankan, kerana perlu diingat Kesultanan Perak sudah berusia 481 tahun Sultan Azlan Shah adalah Sultan yang ke-34

Xenan said...

Sistem Raja Perak

1. sultan perak
2. raja muda
3. raja dihilir
4. raja kecil besar
5. raja kecil sulung
6. raja kecil tengah
7. raja kecil bongsu

Kne naik tangga ni dulu baru boleh jd sultan.Logika nya anak sultan yg tgh memerintah tak logik jd raja muda kecuali...hum no comment.:D

EQUILIBRIUM said...

harimau,

teman dengor bapak tajoi rosli dulu pun penah menderhaka pada sultan derih. dia tak nak turun bila sultan derih tak suka dia lagi.

dia jawab dultan derih takde kuasa suruh dia turun. perlembagaan pun tak beri sultan kuasa begitu.

mungkin ada arkib yg mencatatkan peristiwa tahun 74 itu di mana2. apakah repon/tindakan amno ketika itu?

EQUILIBRIUM said...

ayor lemuju,

udah le tu. mike ni tak abih2 nak menipu. sapa kata kata ada raja muda dgn raja dihilir je?

raja nazrin naik jadi raja muda pada 1984. tapi teman tak tahu le kalau masa tu anak sulung sultan derih atau lain2 kerabat yg lebih senior sudah meninggal atau belum.

cuma diketahui sistem beraja di perak mengikut penggiliran. mungkin ada org yg lebih pandai dapat menunjukkkan bagaimana raja nazrin naik menjadi raja muda tidak lama selepas Sultan Azlan ditabal sbg sultan perak.

Anonymous said...

tuan ayor,
penin teman,byk sangat ABC nyer,senang ceghite taruk Raja ABC jer le,habih ceghite

Anonymous said...

tuan ayor,
penin teman,byk sangat ABC nyer,senang ceghite taruk Raja ABC jer le,habih ceghite