aku said...
salam tuan,pandangan peribadi saya, saya tidak akan menghormati sultan disebabkan :
1) sekiranya 'Kitul' masih tidak dapat dibenteras dalam istana (seperti yang berlaku di Terengganu, Ahmad Said menjadi MB disebabkan kerabat terengganu bengang dengan Idris Jusoh yang tak banyak bagi projek masa dia menjadi MB..informasi ini saya dapat dari salah saorang rakan PTD di Istana Negara)Kalau di Perak, orang kuat BERNAMA yang menjadi si Kitulnya (seperti yang dinyatakan kepada saya beberapa veteran 'umno' di kampung saya)
2)Saya memang tidak mempercayai Sultan yang hanya sekadar simbol dalam perlembagaan sahaja.Kalaulah hanya gaya 'coup de ta' yang di luar Dewan (melainkan dilaksanakan undi tidak percaya dalam Dewan baru nampak molek sikit) boleh dilakukan dengan perkenan sultan,saya cadangkan kita mansuhkan pilihanraya.Hanya sultan yang membuat lantikan.
3)saya berpegang pada pendapat tetamu di RTM semalam, adakah kita semua pasti kerajaan yang baru ini akan bertahan?Ingat, 2 orang "haprak" yang dikaitkan rasuah seks (malah mengaku)mendokong dan menyokong kerajaan baru.Apakah jaminan yang lain2 itu tak lompat parti?
4) Persepsi umum terhadap PEKEMBAR akan lebih buruk kerana umum akan mengaitkan kenapa BN tidak mahu pilihanraya di 3 kawasan tersebut disebabkan menjelangnya pemilihan PEKEMBAR.PEKEMBAR punya pasal, sultan dapat nama BUSUK.
5)Sejarah banyak kali tercatat, Sultan-sultan melayu yang menjatuhkan kepentingan orang melayu sendiri akibat perangai Kitul yang mengelilingi sultan.Perjanjian Pangkor 1824?Penubuhan Malayan UNION pada awalnya yang dipersetujui oleh raja melayu (akibat gelap mata)?Hilangnya Temasik ke Stamford Raffles?Hilangnya kerajaan Islam Melayu-Patani-Siam-Ayuthia akibat Perjanjian Bangkok 1924 yang dikhianati oleh sultan melayu?Pulau Batu Putih?
Maaf, bagi saya perasaan hormat kepada Sultan itu semakin menipis.Memang patut Butterfingers membuat lagu 'Daulat Tuanku" yang mengkritik kehidupan sesetengah anak Raja...'cari gebu-gebu, teman beradu'.
wasalam
**al-fatihah disedekahkan untuk Arwah Ustaz Wan Soghir kerana sempat saya bersamanya untuk mendalami beberapa perkara mengenai Kemakmuran Raja Melayu pada ketika dahulu.terima kasih ustaz.
February 6, 2009 10:32 AM
Tidak dapat dinafikan, ada benarnya apa yang dicoretkan namun apa daya kita sebagai rakyat bawahan? Selagi kuasa Raja termaktub dan dilindungi undang-undang, setiap tutur-kata membidas akan dipandang sebagai menderhaka. Dato' Seri Anwar pernah berkata {s.i.n.i} :
"Maka, sebab itulah kekebalan harus diberikan semula, (dalam bentuk) terikat dengan perlembagaan dan undang-undang yang ditetapkan."
Benar, ia tidak adil buat Pakatan Rakyat di Perak tetapi inilah resam politik. Harimau pun tidak suka kerajaan tertubuh akibat penghijrahan parti tetapi ia telahpun terjadi. Bercerita mengenai DSAI, bukankah DSAI pernah berkata bahawa beliau ada "nombor" untuk merampas Kerajaan Pusat? Kenapa tidak rampas sahaja sekarang? Kita soal DSAI dan tunggu jawapannya. Kalau benarlah terjadi seperti yang pernah beliau canangkan, maka percayalah bahawa:
- Rusuhan oleh BN akan menjadi lebih raksasa dan lebih kurang ajar.
- Ramai Ahli Parlimen, Pak Menteri dan Timbalan Menteri akan membunuh diri.
- Ramai Kontraktor akan membunuh diri.
Ada nak tambah lagi?
7 comments:
Salam Tok Rimau.
Percayakah saudara kepada kata-kata dan janji Anwar? Saya bimbang ianya juga adalah gimik politik.
teman cuma nak mengulas point #3 pasai 2 adun itu. takkan mahkamah nak sabitkan depa bersalah kot? malu la najib nanti. apa nasib kerajaan amno perak kalau mereka bersalah? this in no brainer omputih cakap. budak tadika pun tahu kot hehehe kalau kena ayat elok2 le.
ciao
Tuan Mountdweller,
Saya 50-50 tentang Anwar.
salam...teringat aku pada bait2 lagu m.nasir mentera beradu "Pecah tembelang peta dah hilang, bangau dan pulang suara sumbang..."
cerita perak...aku nampak anwar disebalik semua ini...tak percaya??korang tak nampak lagi ke??tanda korang nak mati...pru 12 anwar buat langkah pertama..pkr jadi parti kucar-kacir rakyat...memang tak tentu arah jadinya rakyat...ditambah dengan orang memang dah meluat kat dolah n gerombolan...kemudian pak syekh umum 16 sept...lagi sekali rakyat kalut...semcm...n the latest...perak jadi bubur cacar tak pun bubur asyura dek sebab pkr...mula tu bagi laga sama2 bangsa...sesama agama...lps tu tu kasi orang melayu benci sultan benci raja sendiri..lepas hang nak pecah hang nak perintah...hang nie gagal merancang ka atau merancang kegagalan? bijak2syekh...hang nak main wayang pa nie...sian la kat rakyat...sian la kat orang melayu ...sian la kat orang islam...lepas nie apa lagi yang hang nak buat...ingat syekh tolak pintu gua 3 kudrat tenaga...kulit tak bersalin walau saling ganti baju...wassalam
Maaf, bagi saya perasaan hormat kepada Sultan itu semakin menipis.Memang patut Butterfingers membuat lagu 'Daulat Tuanku" yang mengkritik kehidupan sesetengah anak Raja...'cari gebu-gebu, teman beradu'.
wasalam
betul2!!
Hidup Butterfingers!
*maaf lari dari tajuk.
salam
saya tidak bersetuju sekiranya PR juga mengambil pendekatan yang sama.Saya memang menentang cadangan 16 September yang di war-warkan sejak tahun lepas.
Kita bercakap tentang sistem yang sepatutnya molek dan cantik untuk diuruskan.Disebabkan ahli politik tak kira BN atau PR hatta Sultan yang dipengaruhi sekalipun, kalau tak pandai menguruskannya, maka terjadilah seperti Peristiwa di Perak.
wasalam
akum bang gumau and semuo kawan2..nak cito sikit pasal rancangan dsai..ada beza cara lompat dsai n lompat katak najib...
ingat tak ituari dsai ada ajak persidangan tergempar parlimen utk undi tak percaya pada PM???itu cara yg sah dan ikut pintu depan..bukan style najib ..tangkap..buat sidang akhbar dan terus ngadap sultan...patut buat sidang tergempar DUN dulu baru nizar akan letak jawatan apabila terime undi tak percaya
nukan niat sey nak nyokong anwar membuto tuli tapi kito sandarkan pado fakta dan sejarah ok???
Post a Comment