Ini adalah artikel yang ke seratus tetapi untuk kali yang ke-empat. Bagi yang telah mengikuti blog ini sejak diasaskan sejak Mei 2008 pasti tahu kenapa penulisan-penulisan yang lalu dipadamkan.
Walaubagaimanapun, hari ini Harimau hanya akan menyalin dan tampal penulisan dari http://perfectwater75.blogspot.com/2009/02/betulkah-semua-ini-kerjanya-orang-umno.html. Penulisan beliau berkisar tentang kronologi penderhakaan awal yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin senior. Kalau faktanya salah atau silap, sila bagitahu Harimau. Bagi Harimau, pabila penderhakaan yang kita tentang, ia perlu ditentang tidak mengira siapa yang melakukannya. Dalam hal mentaati Raja, samada kau UMNO atau PAS atau PKR atau DAP; derhaka tetap derhaka!
--------------------------------------------------------------
Salam,
Tertarik dengan catatan dengan seorang bloggers bila memaparkan antara peristiwa besar yang pernah berlaku sepanjang merdeka khususnya berkaitan dengan RAJA-RAJA M E L A Y U.
Tidak juga dapat diingati sebesar manakah tunjuk perasaan ahli UMNO apabila Fasal 38 (4) Perlembagaan Persekutuan untuk mengkudungkan imuniti raja-raja Melayu pada tahun 1993 diluluskan.
(tahniah dan terima kasih tidak terhingga, Tun! dan terima kasih tidak terhingga kepada Allahyarham Tun Ghafar Baba yang mengemukakan usul khas di Parlimen pada 10 Disember 1993 memberitahu dewan bahawa seorang rakyat Malaysia bernama Douglas Gomez telah dicederakan di Istana Bukit Serene oleh Sultan Johor pada 30 November 1992.
Tidak dapat diingati sebesar manakah tunjuk perasaan apabila pada waktu itu beberapa menteri kabinet mendedahkan skandal pemilikan harta raja-raja.
Antaranya membabitkan pemberian konsesi balak ribuan hektar kepada raja tertentu. Didedahkan juga bahawa tiap-tiap sultan telah ditawarkan 100,000 unit saham Telekom dan berbagai lagi.
Filem-filem Melayu lama pula yang mengisahkan tentang kezaliman dan kebodohan raja-raja Melayu diulang tayang di kaca tv.
Tidak dapat diingati sebesar manakah tunjuk perasaan apabila Ahli Parlimen Arau waktu itu, Datuk Seri Shahidan Kassim menjadi juara bila mendedahkan keburukan keluarga Sultan Johor yang bertanggungjawab melakukan 23 kes penganiayaan ke atas rakyat jelata yang tidak berdaya termasuk memukul, mencedera dan merogol semenjak dari tahun 1972. Semua Sultan didedahkan keburukkan mereka.
Tidak dapat diingati sebesar manakah tunjuk perasaan apabila pada 29 April 1993 Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Ibrahim Ali menabal Tengku Ibrahim Indra Petra di Ketereh dalam majlis anjuran Yayasan Kemiskinan Kelantan yang dipengerusikan Annuar bagi mengantikan Sultan Ismail Petra oleh kerana menurut mereka Sultan itu bukan waris yang sah.
Tidak dapat diingati sebesar manakah tunjuk perasaan apabila Program Semarak di Lubok Jong, Pasir Mas mencetuskan perarakan yang dipimpin Tan Sri Mohamed Yaacob ke istana menyerah memorandum mendesak Sultan Kelantan turun takhta.
Dari kesemua peristiwa itu, tidak pula dapat diingati ahli Umno mana dan berapa banyak pula penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak (kalau Najib tak turut menyokong pindaan Perlembagaan yang antara lain mewujudkan Mahkamah Khas kepada raja-raja Melayu, Karpal nak saman apa hari ini?
Siapa Yang Bersalah Buat Kerja 'DERHAKA' seperti ini? Entahlah....sendiri buat pentafsiran...
dikirim oleh perfectwater75 pada 15:23
Petikan Salafi
"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.
"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri
"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.

Mutiara Kata
Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)
“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)
Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)
Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

4 comments:
Tidak dapat di ingati sebesar manakah tanah sebanyak 1500 hektar di Hulu Trengganu telah di sebat oleh ????? 2 bulan lepas, sebelum P036.
Tidak dapat di ingati apabila waris sebenar kesultanan negeri Perak akan membuat pendedahan dan bloggers mana yang akan meletupkan kisah ini...
Adakah akan di anggap DERHAKA....
Hang mai mana???
Perak ka terganu??
Aku rasa Raja perlu di kurangkan kat malaysia ni...
Satu raja untuk satu malaysia lg baguih..
Kita buat P/raya raja untuk jadi kan malaysia 1 raja jah...
Saya N9. ISA tak tahulah.
BRO GUA HILANG RESPECT PADA LU.....
RAJA MCM RAJA ADA, YANG JUAL NEGERI PADA INGGERIS PUN ADA. RAJA YANG BELAKANGKAN AJARAN ISLAM PUN ADA. LAGI TERUK SEKIRANYA RAJA DERHAKA PADA RAKYAT.
PIKIR2KAN LAH.
Post a Comment