"Mohammad Nizar hanyalah boleh diturunkan daripada kedudukannya sebagai menteri besar menerusi undi tidak percaya yang dilakukan di Dewan Undangan Negeri (DUN) semasa ia bersidang," katanya. { sini }
Munkin ada benarnya dakwaan Tuan Guru dan jika perundangan sememangnya telah dicurangi oleh BN/UMNO di Perak, maka tindakan perundangan wajar difailkan terhadap BN/UMNO. Sebenarnya, kerajaan baru BN Perak adalah kerajaan yang goyah dan tidak kukuh. Bila-bila masa sahaja boleh tumbang dan jatuh tersungkur seandainya 3 individu Bebas bertukar arah kepada Pakatan Rakyat. Jika perkara ini berlaku, maka sistem politik Malaysia akan ditertawakan di seluruh dunia. Apa penyelesaiannya? Akta Lompat Parti? Rasanya tidak.
Pemimpin yang lompat parti adalah pemimpin yang 'merogol' maruahnya sendiri di khalayak. Satu Malaya sudah tahu siapa dia Dato' Ibrahim Ali, Tengku Razaleigh, Shabery Chek, Rais Yatim, Nasaruddin, Jamaluddin dan lain-lain. Kita telah saksikan bagaimana keimanan politik mereka senantiasa berubah-ubah. Yang memeranjatkan, mereka masih ada tempat di dalam struktur organisasi yang mereka wakili. Rakyat yang mereka wakili masih lagi mengangkat mereka sebagai hero dan pemimpin agung. Kenapa?
Kerana minda dan pemikiran rakyat Malaysia dalam skop politik masih belum dimerdekakan. Asbab itu, yang putih akan kelihatan kuning dan hitam kelihatan unggu. Kita nampak yang tersurat tetapi gagal mentafsir yang tersirat.
Semua parti sibuk mencipta dan menambah ahli tetapi alpa dalam menambah pemimpin yang berkualiti. Jika penciptaan pemimpin ini menjadi agenda, maka kita akan lihat pemimpin-pemimpin tua yang masih berideologikan politik kuno akan digantikan satu-persatu. Atas usaha itu, maka mendidik pemikiran politik yang merdeka pada rakyat akan menjadi enteng.
Hasilnya, tiada lagi tindakan-tindakan politik kelas ketiga seperti lompat parti ini yang berlaku. Pemimpin akan malu dan lebih menghormati pilihan rakyat.
Mahukah rakyat Perak menyaksikan Menteri Besar ditukar sebulan sekali dek hanya ada pemimpin tidak berpendirian seperti Dato' Nasa? Kalian tahu apa jawapan dan kalian harus fikir sendiri tindakan susulan.
Wallahualam.
7 comments:
salam tuan,
saya berpendapat sedemikian.sekiranya mahu menurunkan YB pun seharusnya melalui Dewan dan baru Mendapat PERKENAN sultan.
bukan ambil ahli lompat, kemudian bawa jumpa SULTAN untuk dapat perkenan di mana Sultan dinasihati oleh Anuar Zaini (Kitul zaman moden ..rakan-rakan di Bernama ada beritahu bagaimana perangai dia ni yang suka mengambil peluang).
Seperti yang berlaku pada 1961 di Terengganu, proses itu berlaku dalam dewan dan bukan di luar dewan.
saya seboleh-bolehnya tak mahu berprasangka buruk terhadap Sultan walaupun sedikit-sebanyak saya mengetahui bagaimna Sultan Melayu sekarang menggunakan kedudukannya untuk mengumpul harta dunia sambil dinasihati oleh Kitul-kitul yang bergentayangan dalam Istana.
wasalam
"Merogol"? Sungguh suspen sekali. Ingatkan skandal mana la pulak..hehe
Itulah Tok Rimau, sebahagian kecil ubat DSAI kalau 916 itu terjadi. Ini baru satu negeri, belum satu negara...
Salam tuan rumah,
U've got a nice blog here.. Kak Ja suka blog yg mengajak pembaca banyak duduk berfikir..
Keep up the good work!!
Thanks Kak Ja. u pun.
Nizar menteri besar terbodoh agaknya.Sultan memang ada kuasa untuk melucutkan jawatan mb.Jangan ikut perasaan nanti malu aib keluarga turunmenurun.
montoya03
Kalau takda pengetahuan..jangan tulis.... kalau bercakap berdasar media tak payah..... pakai akai...baca undang-undang tubuh negeri perak...baca perlembagaaan. ko ingat, kalau cara peralihan betul...ada bantahan ke?
Inilah cara penyokong yang tak berakal menulis....
haah...boto tu bang gimau...
kali nih baghu den tgk tulisan bang gimau neutral...
hehehe bang gimau kg kek no?
ado maso nak gak jumpo abg kek bahau minum2 potang kat kodai atas bukit dopan roundbout tuh..ado maso sms sey yo 01927524967
Post a Comment