Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

8.2.09

Karpal : Kasi Tukarlah Pemimpin PKR

Anonymous said...

Ini ialah laporan The Star.

Karpal Singh minta Anwar Ibrahim bertaubat!

GEORGE TOWN: Cracks appeared again in the Pakatan Rakyat with DAP chairman Karpal Singh calling on PKR advisor and de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim to step down.Blaming Anwar for creating trouble in the opposition alliance, he said PKR needed a new leader.“He (Anwar) has created enough trouble and it is time for him to bertaubat (repent).“It’s time PKR got itself another leader,” he told a press conference at his office here Sunday.Karpal Singh said members of PKR and DAP had fallen sway to the rhetoric of Anwar, who had supported the cross-over of elected representatives.

Sumber: http://www.thestar.com.my
February 8, 2009 4:36 PM

Tak terkejut pun. Memang ini perangai YB Karpal sejak dahulu. Cuma, kenapa beliau tidak namakan pengganti DSAI? Beliau mahu siapa jadi teraju? Azmin? Lim Kit Siang? Wan Azizah? Hadi Awang? Nik Aziz?

Confirm Pakatan Rakyat boleh tapau awal-awal kalau DSAI diturunkan dari menjadi pemimpin No.1. Tak percaya? Tengoklah nanti.

Mungkin projek Muzium UMNO di Johor sudah boleh diletakkan fosil-fosil Pakatan Rakyat sebagai daya penarik. Siapa tahu kan.

Baca amaran awal Harimau Menaip di sini dan di sini .

9 comments:

mountdweller said...

Salam Sdr.

Sebanrnya dari awal saya sudah tidak faham kenapa PAS dan PKR mengundang DAP ke dalam PR.

Bagi saya selagi dua manusia tua yang bercakap tidak tahu batasan ini belum kojol, DAP tetap akan jadi duri dalam daging. Kalau orang DAP berpaling tadah, kenapa Anwar disalahkan?

Agaknya orang tua kalau dah nyanyok, walau pun dikatakan bijak akan melalut tak tentu hala.

Khairi Jalalluddin said...

Saya berpendapat ini lakonan antara Anwar dan Karpal supaya orang Melayu melupakan isu Karpal saman Sultan. Isu ini menyebabkan orang Melayu bangkit dan marah. Malah kita lihat Anwar dan Nizar berdolak dalih dalam isu saman Sultan.

aku said...

Tuan,

Siapa yang chambering dengan Pakcik..eh.silap..Atuk Singh ni, tahulah perangai dia dalam pejabat macamana.

Bahkan...dengar cerita..anak dia pun tak sebulu dengan dia.Sama juga kes Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang.

Seperti yang saya dengar, Lim Guan Eng ni minat untuk mendekati Islam tapi bapanya menjadi penghalang.Tak taulah..sekadar spekulasi rakan-rakan yang mengenali beliau agak dekat.haha..spekulasi lagi ni..bahaya betul..

Sedingin Salju said...

Encik, jangan main spakulasi. Bahaya o encik.

Yalah ini Kapai teruk oi. Mungkin sandiwara kot encik.

SAYANG SARAWAK said...

kata orang putih, "It's an open secret". Saya tak heran kerana itulah sikap mereka..musang bertopeng ayam. Semoga Allah menyelamatkan negara, bangsa dan agama kita.

Syeikh Al-Hafiz said...

Rahsia besar sudah terbongkar. Rupa-rupanya mereka hanya berniat menggunakan pengaruh Anwar Ibrahim untuk memenangi pilihanraya. Andaikata PRU13 dimenangi Pakatan Rakyat mereka akan tendang Anwar keluar dari Pakatan. Tapi Allah tunjukkan kepada kita lebih awal hari ini. Terlajak perahu boleh diundur. Terlajak kata terbongkar rahsia.

aku said...

salam tuan rimau..

minta izin..

tuan 'aku'..
aku tak paham macamana ko boleh guna nickname 'aku'..
yang pastinya aku dah guna nama ni dah lama..
harap saudara/i dapat mgunakn nama yg lain..
aku ni jahil pasal politik,tetiba bleh cite bab politik.dlm blog labun kulup sakah pun ko ada komen..
harap tukar la..
kalau ko tak nak tukar,takpe la,biar aku je yg ngalah..

bluehope said...

Pakcik Karpal tu bleh tahan juga cabul mulutnyer. Ni yg dikatankan 'paku dulang paku serpih, mengata org dia yg lebih'. Lama2 dia sendiri yg akan kene le'singh'...

iam_khufu said...

Kawan saya pernah Chambering dengan dia. Setakat ni saya dengar ok je. Tak de masalah pe2 pun. Cuma biasa la bukan islam mana paham sangat pasal islam ni. Saya kenal chambering student masa sama2 ambil kursus etik bar council. Bab mulut tak der insurans tu semua lawyer lebih kurang je. Tapi karpal ni tak payah la nak nasihat orang sebab awak tu pun lebih kurang sama. Komen awak pasal islam dan beberapa isu lain memang menyakitkan hati. Dalam DAP yang aku nampak masalah ada 3 orang si karpal dan Lim kit siang dan Teressa Kok. Sebab jelas diaorang ni nampak macam melampau sikit kalau bercakap bab melayu dan islam. Aku tak kata depa ni anti melayu dan islam sebab mereka ni tak cakap secara terang-terangan. kalau lihat pemimpin muda yang dalam lingkungan umur 20 hingga 35 dalam DAP kebanyakan mereka ni lebih moderate dan tak keterlaluan sangat. maknanya aku boleh terima diaorang ni. Tapi mereka yang umur lebih dari 35 memang aku tak berapa suka