Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

6.2.09

Mari Bernyanyi Lagu Negeri Perak

Dilanjutkan Allah usianya
Sultan Adil dan murah memerintah watan
Dita'ati rakyat kiri dan kanan
Iman yang solleh
Allah kurniakan
Allah berkati Perak Ridzuan
Allah selamatkan Negeri dan Sultan

Jangan lalai maksud bait lagu Negeri Perak wahai anak watan Perak. Apa pula maksud warna bendera Negeri Perak?





Bendera negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi tiga warna berjalur putih, kuning dan hitam. Ketiga-tiga jalur ini sama lebarnya.
Warna putih melambangkan kebesaran Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.
Warna kuning melambangkan kebesaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan. Warna hitam melambangkan kebesaran Duli Yang Maha Amat Mulia Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan. { sini }


Bukankah kedua-duanya sarat dengan kesetiaan kepada Raja/Sultan?

14 comments:

melayuangkat said...

Assalamualaikum Anakku,

Memang kita patut setia kepada Raja Kita.

Kalau tidak kita siapa lagi??

Mungkin orang Melayu terlupa lagi betapa kalau tidak kerana adanya Sultan dan Beraja, dah lama Perak sekarang jatuh pada DAP.
PAS jangan haraplah nak jadi exco pun.

Tapi ternyata yang 'mengamok' di luar Istana tadi majority rata rata semua, berkopiah putih, baru keluar dari Masjid tunai pulak Solat Jumaat.

Buat malu aja!!

Harimau-Menaip said...

Waalaikumussalam Ibu,

Itulah yang terbuku di benak..

@LiYaNNuaR ツ said...

sgt sedih melihat kejadian itu tadi... :(

ape le nak jadi... Melayu... jgn la layu... mmg bikin maluuu...

Cheguman said...

tu yang saya sedih tu, makcik..

Anonymous said...

Terima kasih harimau, kerana mengingatkan. Orang Perak sendiri ramai yang tak faham.

kulatlapok said...

salam Tok Rimau:

Aku hanya simpati namun tidak terasa akan mengasihi pada Sultan pasal aku tak pernah ada Sultan...
sejarah Melaka membuktikan kebenarannya... Sultan yg hanya berpaling kepada satu pihak sahaja akhirnya telungkop hanyut dek kerana ketidak kejujurannya penasihatnya...

aizam said...

Raja bukan pangkat dari Allah.. Ia hanya pangkat keturunan sebagai lambang kedaulatan yang diciptakan sendiri oleh manusia sebagai tanda hormat kepada kepimpinan..

Raja bukan Nabi Muhamad tidak boleh ditegur dan bersifat maksum.. Jika raja melakukan kesalahan kita wajib tegur bukan buat salah sekalipun kita tetap menyanggah kesilapan mereka..

Saya bukan bermaksud untuk menghina institusi kerajaan cuma yang perlu ditegur perlu ditegur..

Kita menghormati seseorang bukan membabi-buta.. kita menghormati orang jika orang juga menghormati kita..

Wallah..

Maaf segala tutur kata...

Anonymous said...

salam...dalam hal nie sepatutnya pas perak yang kena handle...anwar, tg hj hadi, kapal, kit siang ,guan eng awat masuk campur hal perak...ustaz nizar kena fikir orang luar tidak akan faham apa yg sedang bergolak di perak...sapa yg suruh sembah derhaka? sapa yang suruh saman tuanku? sapa suruh itu? sapa suruh ini? laaaaaaaaaaaaa...awat ustaz nizar...kalau derhaka orang akan kata enta ustaz...orang tak kata anwar derhaka,kapal derhaka,guan dll orang kata kat enta...rupanya kita masih punya kebergantungan dengan makhluk?malu weh...kepiah putih mengamuk kat luo masjid chandan...muhasabahlah diri ustaz...satu lirik untuk kita cermin2:

M. Nasir feat Malique - Mentera Beradu

Bismillah!

(M.Nasir)
Gerakkan Hati… Hati gerakkan… Pandanglah aku.. aku lah dia..

(Malique)
Kulitku tebal.. ku kebal.. ingatku kebal..
hanya berbual makan angin kembung perut mual…
resah dan tidak senang.. hidup tak pernah lenang..
ku schizo paranoia takut pecah tembelang

(M.Nasir)
Pecah tembelang… peta dah hilang… bangau dah pulang… suara sumbang..

(Malique)
Lidahku kaku tak selicin kuku
teman baikku buku
bini ku pena.. tak pernah lena
aku suka mengintai pantang ditenung
berakhir pertelingkahan dalaman
pasti belum

Ikut gerak hati.. pena melayang
dilihat dua layang pandang
tak lah sekarang
takat meradang
tanya.. abang gedang, apa barang?
badan macam badang
main macam belakang parang

Kuhunuskan keris musuh ada pistol
tradisi kekalkan adaptasi harus betul
tujuh baris keramat tujuh garis penamat
baik berpada biar jahat asal selamat

(Suara Latar)
Ramai saudaraku yang baik telah dipijak

(M.Nasir)
Awan mendung yang berarak bawa tangis bawa resah rebah rindu yang terkumpul semua birat dan kalimah semua janji yang terikat lebur disisimu

(Malique)
Yo! ijazah terbaik datangnya dari jalanan
dari pengalaman bercakap dan bersalaman
konflik motivasi cuba medatasi
positif dan benci jadi inspirasi pagi

Peduli itu interpretasi basi pekakkan sebelah
halang biar keduanya muka cantik
soalan bodoh yang ditanya jadi melodinya
lebih hina dari zina

Lu bikin dosa ku bikin prosa
testosterone testarosa
citacita sosa kl kl kosa nostra
jalan berliku ku harung roller coaster
gah sentosa tiada penyesalan
luas pandangan jauh dah berjalan
tak sempurna masih ada kejanggalan
gagal merancang, merancang kegagalan

(M.Nasir)
Awan mendung yang berarak bawa tangis bawa resah rebah rindu yang terkumpul semua birat dan kalimah semua janji yang terikat lebur disisimu

Kucing bawa tidur rimau bawa igau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau

(Malique)
Naik bukit angkuh cakap ayah jangan risau
turun bukit pucat dengar tiga miaww
kucing bawa tidur rimau bawa igau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau
tolak pintu gua tiga kerat tenaga
kosong tak dijaga sampai datang tiga naga
ingat nak berlaga tapi tak kan boleh menang
menang dengan otak tak mesti dengan pedang

Sebelum jadi naga ikan koi renang renang
pura pura salah jawapan untuk naik berang
panggil lima kawan atau biar pergi laju
risaukan pekara remeh kita tak akan maju
muka sama hijau hati siapa tahu
merah dah menyala pasti mati siapa mahu
gagap tiga kali bercakap benar saja
bulan terang ramai yang keluar buat kerja

(Malique + M.Nasir)
Panjat pokok buluh cari tukun air terjun
naik sampai nampak dah terpegun turun
tiga ular ikut lompat atau paut
kalau lari mati jika jerut maut

(M.Nasir)
Awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua birat dan kalimah
semua janji yang terikat
lebur disisimu

Puisi hati mu… hati mu puisi
palu hati ku palu hatiku

(Malique)
Kulit tak besalin walau saling ganti baju
pandang sini pandang sini
ku berbahasa baku kata kata nahu
himpun jadi satu
mantera beradu dengan irama dan lagu

(Suara Latar)
Akhirnya sempurna….

qwerty said...

TAK TAULAH APA JADI KALAU TOK GURU NIK AZIZ MELOMPAT PARTI ..MASUK UMNO...

PENGANUT PAS DAN PKR AKAN MENGAMUK KAT TUHAN PULAK KOT....

Beyta said...

Aku lihat layu dalam Melayu
Aku pasti bukan aku seorang sahaja yang nampak
Ada juga bercadang bertanya tuan punya
Tapi bercampur risau dengan tak tergamak
Nanti di kata tak bersyukur
Di kata tak sedar diri
Jadi aku menyendiri memerhati
Dan akhirnya mengakui
Yang kita sendiri membiarkan bunga raya layu ke kanan
Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri

Aku lihat layu dalam Melayu
Tanah air kita yang punya kita siram kita baja
Tapi angin api kita lupa
Mereka merancang masa menjilat bangsa
13 Harimau bertukar menjadi mangsa
Kita lupa nenek moyang kaya raya
Jangan sekali- kali di gadai harta bendanya
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu

Takkan Melayu hilang di dunia
Ya.Tapi apa guna tak hilang di dunia
Kalau kewujudan tidak dirasa
Petah berbahasa kudrat tak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa
Selalu lari bila di rapat
Selalu malu bila soalan di aju
Selalu segan memberi pendapat
Rela mengikut dari meneraju
Belum nyanyi sudah bersorak
Suka berjanji dalam borak
Bukan kata tak ada otak
Cuma tak berfikir di luar kotak
Ku lihat layu dalam melayu
Ku lihat layu dalam melayu
Ku lihat layu dalam melayu

Aku jadi sayu
Bunga menangis dia mendayu
Mahu jadi cantik tapi ragu
Aku merayu
Bangunlah semula hidup kembali
Jangan tunggu matahari mati
Cepatlah mekar sebelum terlerai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai

=Malique : Layu

Unknown said...

salam tuan,

saya dapt link ni :

http://stocktube.blogspot.com/2009/02/perak-pr-bn-and-gamuda-its-all-about.html

iam_khufu said...

Ada cerita menakutkan yang saya alami ketika berada di Russia berkenaan dengan bendera Perak. Kerana bendera ini saya nyaris dihantar ke hospital. Kalau di Russia jika terlihat bendera ini jangan ngada2 nak pergi dekat. Ini bendera geng white power(neo nazi) yang cukup anti dengan orang bukan kulit putih. Geng White Power ni cukup ganas dan banyak memukul pendatang di russia dan ada diantaranya dibunuh. Kalau anda keturunan pahlawan melayu pun jangan ngada2 cari pasal sebab samseng diaorang ni bukan samseng taik minyak.

Harimau-Menaip said...

Wow! Macam-macam korang ni. Nyata, pembentukan Minda Merdeka berada di dalam pembikinan.

Saya nampak bahawa rakyat Malaysia sudah semakin celik politik. Bagus.

Aku, hang memang meletop.

Qwerty, itu kepantangan Nik Aziz. Jangan sebut depan beliau.

Dark Lord, hang mat rap ka? Hehehe..

Yang lain..teruskan memberi pandangan.

Anonymous said...

salam... pade saye manusia paling mulia-NABI MUHAMMAD SAW... (SETUJU X?)
camni tujuan sy kate begitu....
nombor 1:
MUHAMMAD-maksum...
SULTAN-maksum?(tidak diketahui)
RAKYAT-x maksum...
jelas ye
nombor 2:
itu beza atr sultan/rasul/rakyat
IR NIZAR-MB PERAK
DR ZAMBRY-MB PERAK
SULTAN-RAJA PERAK
so keputusan 2 MB le skarang...
nombor 3:
DR ZAMBRY- 31 dun pilih die (mereka yg kate)
IR NIZAR- 28 dun sj yg la skarang yg pilih dia
SULTAN-sbb lahir2 da SULTAN so nk wat cemane... (menang tanpe bertanding)
nombor 3:
tolak sultan tepi sat ye...
DR ZAMBRY- ms PRU13 UMNO tewas so mmg rakyat TAK pilih die pun cume sekarang ni 31dun je...
IR NIZAR- ms PRU13 PR mng so mmg rakyat yg pilih die pun cume sekarang ni 28dun je...

kesimpulan sape betul? cume akal logik tak perlu pemerhati politik bg jwapan... camner sultan leh pilih UMNO memerintah perak sedangkan SULTAN boleh MENIDAKKAN suara rakyat dan MENGIYAKAN kate 31 org dun? polik x? unsur ape pggl ni.. klu kalangan ahli politik di panggil RASUAH..

SULTAN-keramat suara baginda
BN (UMNO)-xkeramat
PR-xkeramat gak
RAKYAT-lg keramat dr SULTAN (setuju tak??)

so klu da buta lgsung gune akal logik.. tak payah poning2 kepale buat undi lagi je sonang pastu sapo monang baru kami RAKYAT bersyukur! APARA...!!! padiyappa sonang pun payah pikir....