Kici-kici lembu jaga
Sudah tua saman raja
Jalan pun tak bole juga
Peluru ada senapang tak guna { sini }
Lagu ni meletup masa Harimau sekolah rendah dahulu. Dinyanyikan oleh Hang Mokhtar. Tertarik apabila Husin Lempoyang menulis dan menggarap semula lirik asal dengan lebih sinikal dan lebih pedas.
Dalam organisasi-organisasi yang pernah Harimau berkhidmat, staf dari kaum sikh atau banggali adalah bangsa minoriti dengan nisbah 1000:1 (mungkin) tetapi ketrampilan orang Banggali nampak ke depan dan menyerlah. Faktornya pelbagai. Antara yang Harimau nampak dalam ruang lingkup Harimau sendiri adalah :
- Pandai berpolitik (politik pejabat)
- Pandai sembang dan kadang-kadang memualkan (hanya banggali yang Harimau kenal).
- Pandai bergaul.
- Pandai pelbagai bahasa (biasanya B.Mandarin, B.Inggeris dan B.Melayu)
Tidak dinafikan, terkadang naik mual juga melihat telatah dan karenah mereka tetapi orang Melayu perlu mengambil ikhtibar dan pengajaran dari sikap mereka. Bagaimana golongan minoriti seperti mereka dapat mengharungi pahit getir sebagai golongan minoriti di Malaysia. Bagaimana mereka dapat mengekalkan jati diri walaupun tidak bertongkatkan subsidi, tidak bernaungkan mana-mana parti politik/pertubuhan dan tidak berselindung di sebalik mana-mana kumpulan gangster.
Maka, tidak hairanlah mereka yang minoriti amat sinonim dengan profesion yang hebat seperti peguam dan doktor. Mungkinkah banggali adalah sememangnya bangsa yang hebat? Rasanya tidak kerana setiap bangsa itu perlu berusaha untuk mengubah nasib bangsanya sendiri. Dalam erti kata lain, semua bangsa adalah sama hebat.
Mengambil-kira suasana politik mutakhir dengan berita Karpal Singh yang berkira-kira untuk menamakan Sultan Perak sebagai Defendan pertama dan Kerajaan baru Perak sebagai defendan kedua, adakah bangsa Melayu sudah ketandusan peguam-peguam hebat yang dapat menerajangi dan menggelamkan persepsi rakyat Malaysia bahawa "Banggali adalah Lawyer terhebat"?
Jika kalian menjawab "TIDAK ", maka lawan dan tentanglah peguam-peguam banggali ini (Karpal and co.) di medan yang sebenar iaitu mahkamah. Usah bacul dan usah gentar. Buku perundangan Malaysia yang dibaca Karpal Singh adalah sama dengan buku perundangan yang dibaca peguam-peguam Melayu. Jangan menang di media tetapi kalah di medan juang. Ambil ikhtibar terhadap kehilangan Pulau Batu Putih.
Itupun jika tindakan UMNO Perak adalah sah di sisi undang-undang. Jika salah, belit macamana pun kan tetap salah.
Akhir qalam, Singh is not a King kerana ini bukan filem Hindustan.
19 comments:
salam
rasanya isu ni dah dijelaskan oleh YB Nizar kot (kalau tak silap saya la)
Karpal hanya cadangkan tapi PR tak setuju.PR hanya mahu saman YB Zambr Kadir dan BN.
kalau-kalau silap informasi saya ni tolong betulkan.
wasalam
Salam,
MELAYU merusuh,ANWAR cucuk dari belakang,KARPAL saman SULTAN.
SAPE yang bertepuk tangan?
Apa ni?
Pelik giler,BN buat semua salah.Kalau pakatan buat? Kalau 16 Sept jadi kenyataan?
Based pada apa nk jadikan 16 Sept tu sbg realiti? LOMPAT jugak kan?
Kami hilang 5 negeri x kecoh macam ni la..demo segala bagai.MEMALUKAN!!
Al mangkuk wak hayun manusia² ni.Sultan pun nak di tentang.
Dah ramai nk jadi JEBAT skrg ni:(
Itu olang suka belakang kasi main. Tk caya tolong tanya kerabat Kaur.
Dan ingat sikit fakta sejarah. Penjajag2 Inggeris buat masok golongan2 ini dari India sebagai polis dan mata2 untuk hentam dan mengawal bangsa Melayu yang memberontak kemardekaan.
MRSM Kalae Chepo 66/73
Aku,
Saya tulis berdasarkan apa yang keluar dari mulut YB Karpal. Kalau beliau tarik balik, itu di luar pengetahuan saya.
Qaseh,
Tidak semua berpuas hati dan bukan semua rasa geram. Saya faham perasaan saudari.
Assalamualaikum anakku Harimau,
Itulah Mak Cik dah kata dulu, SEMANGAT JUANG orang Melayu dan KASIH antara kita terhakis jauh. Sebab itu ada sedikit peluang sahaja mereka HENTAM kita. Dapat HENTAM Raja kita lagi bagus.
BUKTInya, Karpal terang terang kata akan SAMAN Sultan Perak. Ini bukan fitnah UMNO macam kata Nizar, ini kita semua tengok di tv. Dia ambil kesempatan ini tanpa buang masa sedikit pun.
Ini pun orang Melayu masih tak nampak lagi. Masih nak bermusuhan sama sendiri.
Tentang lepas tu Nizar dan Anwar tak setuju saranan Karpal itu kita tak tahu apa perbincangan mereka, tapi yang kita tahu NIAT, NAWAITU Karpal memang begitu. NIAT - DAP.
DAP yang sepatutnya jadi MB PERAK dan BUKAN PAS NIZAR jika tidak campurtangan Istana dan Undang Tubuh Perak itu sendiri.
Adakah Nizar fikir DAP suka sangat dia jadi MB?? DAP terpaksa akur keputusan itu kerana Undang Tubuh Negeri Perak.
Jadi Nizar janganlah marah marah sangat. Nizar tak sepatut jadi MB pun, dia diSelamatkan dan dapat jadi MB kerana Perlembagaan Negeri Perak yang wajibkan Orang Melayu jadi MB.
Supaya tanah dan nasib orang Melayu tidak tergadai di Negeri Kelahiran Sendiri...
WaAllahuAlam.
Salam Aku,
Ko tau tak pasal undang2. Macam mana ko kata nak saman BN dan MB umno. Kalau hal ini dibawa ke mahkamah aku pasti perkara yang dibangkitkan adalah berkenaan dengan perlantikan MB baru. Ini bermakna PR akan mintak kepada mahkamah dan aku berani jamin hal ini dibawak terus ke mahkamah persekutuan sebab melibatkan isu perlembagaan. PR akan mintak satu pengisytiyhtiharan bahawa perlantikan MB baru UMNO adalah tak sah dari segi Undang2. Dan orang yang akan respon adalah raja sebab raja yang lantik. Bagi puak UMNO pula jangan la korang kata NIZAR ni derhaka sebab memang kes ni perlu dibawa kemahkamah. Selepas itu baru kita jelas bagaimana prosedur sepatutnya diambil untuk memecat seorang Menteri Besar. Jadi tindakan Karpal(walaupun aku tak suka dia ni) adalah betul. Tapi tak tau la aku apa sebenarnya niat dia. Kalau ikut sejarah Karpal ni memang anti sultan sikit. Sapa yang ambik law tahu la pasal kes Saman sultan selangor, kes juraimi dan baru ni kes sultan perak lantik nizar jadi MB. Bagi aku tindakan dia cari penyelesaian di mahkamah betul tapi niat sebenr dia tuhan je yang tahu
Saya stuju. Kalau nak lawan, lawan di Mahkamah. Ini, baru dengar nama Karpal, dah kecut semua anggota.
Baca tulisan saya dan fahami yang tersirat.
Sebenarnya banyak masalah yang melibatkan undang2 kat sini. Kalau dilihat dari segi undang2 aku lebih berpihak kepada DS NIZAR dan bukannya sultan. Jangan samakan dengan keadaan di Terengganu yang mana perlantikan MB amat mudah dan memang jelas budibicara sultan. Tapi bab pemecatan seseorang MB ada tanda soal kat situ. Adakah ianya kuasa budi bicara sultan ataupun terdapat prosedur lain sebelum sultan menggunakan kuasa budibicara dia, seperti kena ada undi tak percaya yang dilakukan di dalam DUN atau ADUN beramai-ramai pergi kat istana mintak sultan pecat MB. Tapi kalau ikut Perlembagaan Persekutuan undi tak percaya pada PM kena dibuat di dalam parlimen. Tapi yang peliknya kalau ada undi tak percaya pada PM dia ada kuasa mohon YDPA bubar Parlimen.
tak tahulah sebab baca link kat sini tentang penafian nizar :
http://www.utaraonline.net/v2/modules.php?name=News&file=article&sid=1555
Ceramah Perdana Penjelasan Isu MB Perak
Tarikh : 8 Februari 2009 ( Ahad )
Masa : 9.00 malam
Tempat : Markaz PAS Chenderong Balai, Perak.
Yang memberi ucapan :
Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Perak Dato' Seri Nizar Jamaludin
Ceramah berhubung dengan kemelut politik di negeri Perak.
Semua harus hadir...
biaq pi la dia saman,kita tengok lawyer mana lebih bagus,UMNO ka DAP ka,kalau karpal menang,melayu+cina jadi MB,kalau UMNO menang,melayu+india jadi MB,yang pasti dua2 islam,(betoi ka depa2 ni melayu campur,nampak macam tu la)
DULU rakyat taat raja dan negara
KINI rakyat sudah berani menderhaka.
DULU rakyat suka melihat Raja
KINI Raja tidak lagi utama di mata
DULU rakyat merasa diri laksana hamba
KINI rakyat merasa dirinya RAJA
DULU rakyat tak berani menatap mata
KINI raja pula tunduk sebak di dada.
DULU Raja tetap Raja seluruh warga
KINI Raja dihina dicaci oleh munafik dan kafir termasuk alim ulama baginda
Kepala yang perlu di penggal ialah:
1. Anwar Ibrahim - pengkhianat dan penderhaka.
2. Lim Kit Siang (PAP DAN DAP)-pengkhianat dan penderhaka.
3. Karpal Singh - Penderhaka
Inilah 3 tiga orang yang ada agenda untuk huru-harakan negara. Anwar sebijak-bijak berpolitik digunakan oleh DAP untuk pastikan orang-orang Melayu berpecah dan akhir sekali cita-cita untuk jadikan negara ini sebagai negara Republik akan tercapai.
Negeri Perak adalah satu contoh yang patut kita lihat permainan mereka-mereka ini.Orang melayu diperkudakan sehingga sanggup membelakangkan keputusan yang dibuat oleh Paduka Sultan Perak. Orang India digunakan oleh DAP melalui Karpal Singh dengan ramainya peguam-peguam di PKR.Kalau mereka dapat mengatasi dan berjaya melalui perundangan maka hilanglah kuasa raja-raja Melayu.
Inilah yang perlu orang Melayu melihat dan berfikir sewaras-warasnya.Kita di gunakan kerana kelemahan kita yang mereka nampak dengan jelas hari ini,Demdam mereka terhadap orang melayu tidak pernah luntur dari ingatan mereka selepas tahun 1969.
Bangunlah orang-orang Melayu di Perak dan kesemuanya dinegara ini.KIta tentang mereka habis-habisan sehingga titisan darah yang terakhir untuk pastikan kuasa yang ada kepada Raja-Raja Melayu di pertahankan untuk generasi kita yang akan datang.
Sudah samapai masanya orang melayu di Perak bersatu setelah insiden berlaku di perkarangan istana semalam.Tiada siapa orang Cina dari DAP dan orang India dari PKR berhimpun dan melakukan perkara yang bertentangan dgn undang-undang dan yang paling penting sebagai seorang Islam adakah perbuatan ini yang dituntut selama hari ini.
Inilah permainan sebenar mereka,buka mata, buka minda, guna akal sebaik-baik mungkin.Orang-orang kuat di atas sana duduk senang-senang tetapi pengikut di bawah ini buat kerja bodoh.Siapa untung, siapa yang rugi.
Jelas dan ketara ibarat seperti pepatah melayu "Membaling Batu Sembunyi Tangan".
Sekian.
Anak Melayu Perak yang taat setia kepada DYMM Paduka Sultan Perak Darul Ridzuan.
Harimau,
Karpal Singh adalah manusia cacat yang bercita-cita tinggi dalam politik. Dia diibarat lalang ditanah terbiar. Bila ada angin bertiup disitu dia akan condong.
Belum pernah kita dengar Sultan disaman oleh rakyat biasa kerana sesuatu kesalahan. Tapi apa yang kita ketahui UMNO telah mengecilkan kuasa raja dalam negeri jajahannya.
Kalau Karpal Singh nak saman Sultan Perak, apa kesudahannya...?
Sepanjang Tun Dr. Mahathir memerintah Malaysia sehingga kini peguam, hakim dan mahkamah sudah rosak moralnya. Mereka semuanya korek,korek,korek!!!!
Rakyat tidak perlu pertahankan kedudukan dan maruah sultan jika disaman kerana sultan ada UMNO, tentera dan polis. UMNO boleh rasuah semua peguam dan hakim. Pasti menang kes. Polis boleh jaga keselamatan sultan. Dan tentera boleh diajak berperang.
Persoalannya apa tanggongjawab sultan pada rakyat...?
Dan apa perlu dan pentingnya sultan dalam kehidupan rakyat...?
PAS pada setiap kejadian akan berada dalam emosi.. samada dapat kuasa ..apatah lagi kehilangan kuasa.. lihat di terengganu dulu... masa dapat kuasa.. berduyun2 bani pas masuk ke pejabat MB trg.. siap dengan bala tentera hijau berkawal..
pas harus ingat.. kuasa didunia tak kemana,.. dah tak percaya pada ketentuan Allah ke??.. Allah dah memakbulkan doa2 orang n perak untuk mentauhidkan penduduk perak..
PAS hanya memnberi keutamaan harta dunia (tanah) dalam pemeritahan 11 bulan lepas..
YA ALLAH KAU PELIHARALAH PEMERINTAHAN BN DI NEGERI PERAK BERPANJANGAN DENGAN KERAHMATAN MU YA ALLAH ...AMINNNNN../
PAS pada setiap kejadian akan berada dalam emosi.. samada dapat kuasa ..apatah lagi kehilangan kuasa.. lihat di terengganu dulu... masa dapat kuasa.. berduyun2 bani pas masuk ke pejabat MB trg.. siap dengan bala tentera hijau berkawal..
pas harus ingat.. kuasa didunia tak kemana,.. dah tak percaya pada ketentuan Allah ke??.. Allah dah memakbulkan doa2 orang n perak untuk mentauhidkan penduduk perak..
PAS hanya memnberi keutamaan harta dunia (tanah) dalam pemeritahan 11 bulan lepas..
YA ALLAH KAU PELIHARALAH PEMERINTAHAN BN DI NEGERI PERAK BERPANJANGAN DENGAN KERAHMATAN MU YA ALLAH ...AMINNNNN../
Aku setuju dengan anonymous...
Bersatu lah wahai orang2 Melayu di Semenanjung...
Walaupun aku bukan berbangsa Melayu,tapi aku beragama Islam and secara umumnya,d Malaysia,Islam itu Melayu.
By the way,apa hal dengan YB Theresa Kok?
Persoalan di benak, adakah politik Perak pada hari esok akan kurang geloranya? Mudah-mudahan.
kah kah kah
"Kepala yang perlu di penggal ialah:
1. Anwar Ibrahim - pengkhianat dan penderhaka.
2. Lim Kit Siang (PAP DAN DAP)-pengkhianat dan penderhaka.
3. Karpal Singh - Penderhaka "
Mahathir: Sultan boleh disaman tajuk dr mstar
Kalau ikut definasi UMNO, Tun Mahathir pon penderhaka jugak ke?
Post a Comment