Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

5.2.09

Nizar BUKAN Pilihan Rakyat

Mata Harimau sudah naik juling dan berpusing apabila membaca tulisan-tulisan yang mengatakan bahawa "Nizar pilihan rakyat dan Zamri pilihan Najib". Harimau mohon isu ini didebatkan oleh blogawan PR dan blogawan BN. Ada sesiapa yang boleh sediakan pentas? Tapi rasanya, tak payah kerana isu ini amat mudah jika kita buntangkan mata itu sedikit.

Rakyat Perak tidak memilih Nizar sebagai MB Perak tetapi Rakyat Perak memilih ADUN dari DAP; jika kita ambil kira jumlah kerusi yang dimenangi. Maka, salahlah jika kamu mengatakan DS Nizar adalah pilihan rakyat. Mengikut formula politik samarata dan tidak mengikut perlembagaan sedia-ada, YB Ngeh sepatutnya MB Perak ke-10; jika diukur dari kekananan beliau dalam parti DAP Perak. Tapi, jika ikut "pintu depan" dan "politik halal Malaysia", ia tidak boleh jadi milik DAP disebabkan YB Ngeh bukan Melayu Islam.

Nizar dijadikan MB Perak kerana:
  1. Takdir dari Allah (walaupun bukan haknya jika berasaskan pilihan rakyat).
  2. Undang Tubuh Negeri Perak.
  3. Perkenan Sultan Perak.

Bagaimana pula Zambri menjadi MB? Formulanya sama:

  1. Takdir dari Allah (juga bukan haknya jika diukur dari PilihanRaya).
  2. Undang Tubuh Negeri Perak.
  3. Perkenan Sultan Perak.

Oleh itu, kenapa timbul cerita rakyat tak suka, keputusan tidak ikut perlembagaan, Raja tidak adil dan macam-macam lagi? Apakah semalam kita berfikir menggunakan otak tetapi hari ini kita menggunakan kepala lutut?

Sedarkah kita, siapa berada dibelakang kecelaruan ini semua? DSAI yang lembab berfikir, DS Najib yang tiba-tiba bijak, Dato' Nasa yang menjadi pelakon utama, 2 ADUN PKR yang sayangkan masa depan diri sendiri dan...tang ADUN DAP ni Harimau kurang nak faham sikit. Dia ni apahal?

Akhir qalam, ini semua adalah proses normal dalam berpolitik. Jika yang ini pun kita tidak sanggup telan, cepat-cepatlah resign dari arena politik Malaysia ini.

Wassalam.

13 comments:

iam_khufu said...

Betul tu. Bagi saya tak perlu nak salahkan sesiapa sekarang ni. Yang dipilih jadi Kerjaan jalankan tanggungjawab sebagai kerajaan, yang jadi pembangkang jalankan tanggungjawab sebagai pembangkang dan amnya wakil rakyat dipilih untuk bela rakyat di kawasan masing-masing

PAPA GOMO said...

BETOL TU BRO...
WA SOKONG LU PUNYA PENDAPAT...

NI DINAMAKAN ADIL DAN SAKSAMA...

GUA LINK BLOG LU DALAM BLOGG GUA...

ASALAM...

ADIK SYA..TU I PUNYA...
HE HE HE

Harimau-Menaip said...

Gomo, tak boleh kongsi-kongsi ke? Rimau dan Singa kan satu geng? hehehe..

Thanks bro.

Anonymous said...

semakin hari semakin dah tak neutral tok rimau ni.
kebelakangan ni posting berbunyi provokasi terhadap PR.
mengaku saja lah yang tok rimau ni pro umno/bn.
tak payah pakai label neutral.

Anonymous said...

betul....
aku pun setuju aper yang hang perkatakan TETAPI:

mengikut yang difahami sultan memang tidak mempunyai kuasa untuk memecat MB melainkan:

1. MB sendiri dengan rela hati meletak jawatan.
2. Undian di DUN yang menyatakan undian tidak percaya terhadap kepimpinan MB.

Nizar mengadap sultan sebelum ini hanya dengan tujuan untuk membubarkan DUN. (Sepatutnya sultan mengatakan bersetuju untuk membubarkan DUN ataupun tidak bersetuju). Tetapi sultan telah menolak membubarkan DUN dan mengarahkan Nizar letak jawatan.

perlu diingatkan bahawa Nizar DIARAH untuk meletak jawatan... dan sekiranya enggan jawatan Menteri besar akan DIANGGAP kosong...(bukan dipecat)

daripada kenyataan ini jelaslah bahawa Nizar masih seorang MB yang sah... (jika perlantikan MB baru esok diteruskan..jelaslah... perlucutan jawatan Nizar tidak mengikut perlembagaan...dan perlantikan MB baru juga tidak mengikut perlembagaan).

yang menjadi persoalan kenapa BN xsabar2 nak memerintah perak?(sehingga sanggup melanggar perlembagaan xmahu menanti persidangan DUN) adakah untuk membersihkan fail2 rasuah bekas exco dua ekor tue yang mungkin berada dipejabat2 mereka?

xsabar pula nak melihat keputusan kehakiman kes rasuah seks adun nie... adakah kedua2 adun ini akan didapati bersalah? adakah pilihanraya kecil bagi kedua2 adun ini kan dijalankan? apa yang akan berlaku sekiranya kedua2 kerusi ini ditakdirkan menjadi milik pkr semula? apakah perlantikan MB baru akan berlaku semula?

yang pati BN akan menguatkan pentabiran di perak..kalo tidak dengan membebaskan adun tersebut dari tuduhan rasuah... pasti dengan cara menarik lebih ramai adun pakatan ke dalam BN.

melayuangkat said...

Wah, bijak Anakku Harimau buat analisis Politik. Mungkin ramai tak sedar yang DAP sepatutnya jadi MB. Nizar tumpang sekaki saja sebab adanya undang tubuh n Perak tu dan sudah tentu perkenan Baginda Sultan.

Tapi dia dah terlupa ini semua..dia rasa kuasa ini hak mutlak dia. Inilah kita semua, memang sayang pada kuasa. Kita sentiasa di uji dengan keenakkan dunia dan kita juga berebut rebut untuk mendapatkannya walau apa pun akan terjadi.


Semoga Allah swt ampunkan dosa dosa kita semua.

Harimau-Menaip said...

Kucing Menaip,

Maaf lah jika tulisan saya dibaca seakan-akan provokasi tetapi ia tidak begitu.

Ibu, kita teralpa tetapi itulah hakikatnya. Kena buka mata baru pandangan jadi jelas.

Anonymous said...

Pak Rimau...

Mohon dipinjamkan artikel ini untuk saya paparkan dalam blog saya...PERANAKSAMA.BLOGSPOT.COM.
Pemikiran anda menang sentiasa berubah-rubah...seperti mengikut lambungan ombak laut china selatan. Tapi...best,itu normal bagi seseorang yang bukan apa-apa dalam mana-mana parti...bebas bak burung terbang...jaga hal masing-masing. Teruskan mencabar minda-minda kami ini yang semakin layu ibarat rumput semalu....!! Pinjamkan ya.....

Unknown said...

salam

walau apa pun, saya masih tidak bersetuju dengan cara dan taktik yang digunapakai.seharusnya, jika ingin mendesak Nizar berhenti pun, gunalah saluran Dewan Undangan Negeri.Bukannya di luar dewan.tetapi di dalam dewan.

Hak melayu, hak melayu juga.kena ingat yang jatuhkan hak-hak melayu pun gerombolan Kitul yang berada di dalam istana mengelilingi kerabat.

Tahun 1961 di terengganu, 1991 di Kelantan dan 1994 di sabah.Agak-agaknya bangsa apa waktu itu yang menyebabkan atau menaja acara lompat-melompat?

adakah waktu itu kononnya nak menjaga hak-hak melayu maka satu pihak ini menaja acara lompat-melompat?

Mengapa tidak tunggu sahaja Dewan Bersidang?Ada perbezaan ke tunggu atau tidak tunggu dean bersidang?

Apa hebatnya Sultan ni?Sejarah juga menulis yang menderhakai kepentingan orang melayu di alam melayu adalah berasal dari Sultan beserta keturunanya juga.Sultan yang hidup dari cukai-cukai yang dibayar oleh para rakyat.Yang senang mendapat habuan adalah penasihat yang berupa Kitul ini.

Saya tak nak cerita pasal DAP menguasai perak atau isu tanah.Bagi saya sama je spesis-spesis politik ni baik PR atau BN. Baik melayu atau cina atau india.Bila dapat kuasa, semua gelap mata.

saya juga tak bersetuju bila Sultan di maki kerana dia juga adalah manusia seperti kita yang mempunyai perasaan.Nak tegur jangan guna bahasa kasar.

Tragedi kitul menghancurkan Melaka nampaknya bakal bermula kembali di Perak.

wasalam

Anonymous said...

akm..tuan rimau kalau nak faham sebab pa adun DAP tu lompat..sebab nya dia nak mewakili kaum depa kat perak sebab kalu BN membentuk kerajaan tak ada langsung wakil 999 kat perak ....saya fikir MCA atau Gerakan yang menyuruh beliau lompat...tengok muka masa sidang media tak ikhlas langsung..

Budak_kg...

Anonymous said...

kerajaan pr perak memerintah melalui pru ke 12. itu sudah nyata pilihan rakyat.
kerajaan bn memerintah melalui `demokrasi terpimpin`. adakah itu pilihan rakyat?

ki-pas li-pas said...

Sempoi...

Anonymous said...

kepada im khufu..gua sokong pendapat lu. Tapi lu pikirla sendiri. apakah krjaan haram perak ni tidak lari dari korupsi? Boleh ke krjaan haram ni adil dan berkebajikan kpd rakyat seperti krjaan terdahu? Depa skrg ni pun dah berebut nak jadi exco. MB yg dilantikpun dah mula dipertikaikan.