1000 Ciuman
Zaman ni zaman susah. Harga minyak naik terus, akibatnya terjadi pemberhentian di berbagai syarikat. Salah satunya yg terkena pemberhentian ialah Suparjo dari Semarang , Indon. Bulan ni dia tak dapat kirim wang utk isterinya di kampung halaman. Hanya dapat kirim surat yg isinya demikian:
Isteriku tercinta,
Maafkan kanda sayang, bulan ni kanda tak dapat kirim wang utk keperluan keluarga di rumah Kanda hanya dapat mengirimkan buatmu 1000 ciuman.
paling cinta,
Kanda Suparjo
Seminggu kemudian Suparjo mendapat surat balasan dari isteri tercintanya
Kanda Suparjo tersayang,
Terima kasih atas kiriman 1000 ciumanmu. Utk bulan ini Dinda akan menyampaikan laporan perbelanjaan keluarga:
Tukang minyak bersedia menerima 2 ciuman setiap kali membeli 5 liter minyak tanah.
Tukang letrik mahu dibayar dengan 4 ciuman setiap 10hb setiap bulan.
Tuan rumah mahu sewanya dibayar ansuran 3 kali ciuman setiap hari.
Tokeh kedai runcit tak mahu dibayar pakai ciuman. Dia mintak yg lain jadi Dinda terpaksa berikan saja.
Hal yg sama juga kepada Guru Besar dan guru kelas sekolah di Nanang yg dah 3 bulan tertunggak.
Besok Dinda nak ke pajak gadai utk tukar 200 ciuman dgn wang tunai sebab Tokeh pajak gadai dah sedia tukarkan 200 ciuman dan gadaian yg lain dgn wang Rp650 ribu. Lumayan buat belanja sebulan.
Keperluan peribadi Dinda bulan ni mencapai 50 ciuman.
Kanda tersayang..bulan ni Dinda merasa menjadi org paling kaya di kampung kita kerana Dinda berikan hutang ciuman kepada ramai pemuda di kampung dan siap ditukar dengan apa pun keperluan Dinda.
Yang dari kanda masih berbaki 125 ciuman, kanda ada fikiran bagaimana mahu dihabiskan? Atau Dinda simpan dululah dalam tabung yer??
Paling sayang,
dari Dinda Suti Nirwingsih
.... gedebuk. .. Suparjo pengsan!!!
Mari kita lihat siapa yang kena.
ReplyDeleteHahahaaa..lucu juga entry ko ni.
ReplyDeletePenuh dengan seribu makna juga.
Jadi sama2lah kita fikirkannya ya..
He he he he..jangan bini Suparjo bagi ciuman kat Tok rimau dah lah....
ReplyDeleteAssalamualaikum anakku Harimau,
ReplyDeleteKebetulan Mak Cik pun blog pasal budget. Tapi tu budget 1975 an..ha ha.
Lawakkkkkkkkk kkekkekekeke
ReplyDeleteAuuum !
ReplyDeleteSi isteri ini licik, suami pula kurang berikhtiar
Astaghafirullah sampai boleh bagi yang lain ? eh ! ceraikan saja !
suami bodoh, isteri curang !
TUAN
ReplyDelete1. bagus juga idea siti nirwingsih ini.
2. Kad kredit telah digunapakai secara meluas sebagai salah satu bentuk 'duit' perantaraan.
3. idea 'ciuman' ini jika dipromosi secara tertib dan berkesan, tidak mustahil akan bergerak seiring dengan kad kredit.
4. Dengan 'duit' bentuk baru ini ianya tentu akan dapat merangsang ekonomi dunia. Malaysia dan Indonesia tentunya negara pertama yang akan keluar dari kemelut tersebut.
5. hee...hee...hee
Masya Allah isteri itu pengisi neraka
ReplyDeleteIni namanya mau bantu suami ringankan beban..heheheee
ReplyDeleteDunia sekarang mana mau peduli semua tu..
Bayangkan yang suami kerja, sanggup benarkan c isteri kerja di pub.Anak2 tinggal dengan nenek di kampung..ish..ish..ish..
Kurang lebih dengan kes di atas. Justeru,mari kita sama2 fikirkan iktibar ya..
SALAM...
Salam Tok Rimau.
ReplyDeleteSatu cerita yang memberikan tauladan yang baik bagi sisuami yang malas dan pendek akal.
kalau harimau pulak mungkin dia bagi 1000 cakaran ... nah amik ko....hehehe
ReplyDeletenice...tapi emi ada jugak en rimau...
ReplyDeleteBoleh la buat gelak2 di petang hari..
Alkisah dekat-dekat nak pilihanraya ni ............ cerita dipetik dari sebuah banglo kat .......????! !
Pada satu malam, ada pasangan yg agak berumur sedang makan malam dengan romantiknya bagi menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yg ke 50 tahun.
Suaminya, seorang Tan Sri dan bekas ahli politik mula bercerita tentang nostalgia mereka suami isteri, sekian lama hidup bersama, suka duka, susah dan senang. Si suami memang menyanjung isterinnya, bernama Maria.
"Maria, selama kita kahwin ni, suka duka kita lalui, susah senang kita tempuh, abang amat menyanyang Maria, tapi ada satu perkara yg asyik bermain-main di benak abang ni dan abang selalu bertanya-tanya. Berterus-teranglah dgn abang pada malam ni, pernah tak Maria curang dgn abang selama ni?"
Maria agak terkedu sekejap dan merenung panjang muka suaminya itu, lalu berkata dengan penuh kekesalan, "Ya abang, Maria mengaku pernah curang dgn abang, tapi hanya 3 kali sahaja selama ni"
"3 kali?" Tan Sri tu agak terkejut, tapi tak la marah, dah tua dah dan memang berniat utk memaafkan isterinya,"Bagaimana boleh terjadi 3 kali tu Maria?"
Perlahan jer la isteri dia mula membuka lebaran cerita lama, "Abang ingatkan masa kita mula-mula kawin, terus beli rumah dan selang beberapa tahun, kita susah sangat masa tu hingga rumah kita hampir nak dirampas oleh bank"
"Ya, abang ingat peristiwa tu" jawab si suami. Si isteri menyambung cerita, "Abang pasti ingat yg pada satu petang tu Maria pergi jumpa pegawai bank tu dan esoknya, bank tu tak jadi rampas rumah kita, malah bagi tambahan pinjaman utk abang mulakan perniagaan.."
"Emmmm.. sukar buat abang menerima kenyataan ini, tapi abang maafkan maria kerana apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak", kata si suami, " Kali ke 2 pulak?"
"Abang ingat tak, abang hampir menemui maut sebab ketumbuhan dalam otak pembedahan?" si isteri menyambung cerita "Ya, abang ingat" jawab si suami. "Kalau macam tu, abang pasti ingat yg Maria ada pergi jumpa doktor pakar tu dan esoknya, dia setuju buat pembedahan utk abang tanpa bayaran apa-apa pun.."
"Oh maria, walau perit hati ini mendengarkan, tapi abang tetap maafkan maria sebab apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak dan kerana sayangkan abang jugak.. yang kali ke 3 macam mana pulak? ", kata si Tan Sri. Si isteri menundukkan mukanya dan menjawab penuh lemah, "Abang, ingat tak masa abang bertanding merebut kerusi bahagian dan abang perlukan 248 undi lagi...."
Tan Sri pengsan kat situ jugak...