14.2.09

YB Pakatan Rakyat memang persis seorang rakyat biasa

Fuh..memang sibuk minggu ni sampaikan banyak ceritera politik dalam negeri yang Harimau terlepas pandang. Biasalah, kalau sudah tarikh 14 Februari tu, berebutlah orang buat kenduri kahwin. Pelik juga kenapa diorang tak berebut buat pada tarikh Awal Muharam atau Hari Keputeraan Rasulullah. Yahudi dan Barat sudah berjaya menawan mentaliti dan budaya kita agaknya. Nauzubillah.

Berbalik pada persoalan asal, pernahkah kenduri-kendara Tuan/Puan dihadiri Yang Berhormat Ahli Parlimen? Jika Ya, di mana tempat duduknya? Sudah tentu di tempat duduk VVVVVVIP bukan?

Dalam kesibukan Harimau mengambil juadah, nun di sana, ternampak kelibat seorang Ahli Parlimen Telok Kemang (den tahu sobab den orang PD) yang turut hadir di kenduri En. Karip di Serting Hilir 5. Siapa lagi kalau bukan Datuk Kamarul Bahrin Abbas. Dengan agak low-profile , beliau menghembuskan satu persatu asap rokok; mungkin baru selesai makan.










Yang syoknya, beliau datang seorang diri, makan bercampur dengan orang kebanyakan dan rasanya, ramai yang tidak sedar bahawa beliau adalah seorang Ahli Parlimen dan bergelar Datuk.

Datuk Kamarul, Harimau Menaip tabik spring pada Datuk!

Harimau : lain kali, nak tunggu kelibat YB-YB UMNO atau PAS pulak.

20 comments:

  1. la awat tak habaq ado kat serting...den ado kek lui barat tadi hik hik hik

    p/s wuish mp pd p kenduri dongan yb.. sedaro apo?

    ReplyDelete
  2. hebat org PD ni kan Tok Ghimau,,,,

    ReplyDelete
  3. Salam anakku Harimau Menaip,

    Orang kuat nampaknya..

    Kebetulan Mak Cik baru balik dari kenduri kahwin jugak.

    Nak kongsi sesuatu dengan kamu. Di Majlis tadi ada juga YB YB dari UMNO, PAS dan DAP sekali.

    Elok sahaja mereka duduk, bual, ketawa ketawa makan sama sama. Biasa sahaja.

    Yang bergaduh orang bawahan macam kita. Yang bising bising kita juga. Dia orang sama dia orang baik saja.

    WaAllahuAlam.

    ReplyDelete
  4. Pet, itu kenduri pak sedaro orang rumah den. Den nyibuk2 yo...hehehe..

    Pak Oncu, ado yo YB yang menyombong. Den nak citor takut mengaibkan pulak. Kito citor yang baik2 dulu.

    Salam Ibu,

    Selalunya begitulah. Orang atas syok main game politik tapi tetap professional jika berselisih bahu. Yang masalahnya adalah orang bawah yang menganggap bahawa politik adalah segalanya.

    ReplyDelete
  5. Tuan Pemuda Pelapis,

    Dasyat dalil naqli dan aqli Tuan. Tahniah Tuan.

    ReplyDelete
  6. Bukan senang nak cari pemimpin begitu di zaman sekarang ni. Everyone wants to be treated like a somebody. And everyone wants show off their power.

    Saya pun nak tabik spring pada Datuk Kamarul.

    ReplyDelete
  7. Salam dari WIRA DAMAI.

    ada masa layarilah: www.telokkemang.blogspot.com/ dan www.ops2012.blogspot.com/

    ReplyDelete
  8. Salam dari WIRA DAMAI.

    Layarilah: www.telokkemang.blogspot.com/ dan www.ops2012.blogspot.com/

    ReplyDelete
  9. Betul kata u wahai melayu angkat. BlueHope dh ckp dh, yg lebih2 ni penyokong2. Tlebih sudu dri kuah, tlebih cawan dari piring....

    ReplyDelete
  10. Wira Damai, tentu sahaja saya akan ke blog Tuan.

    ReplyDelete
  11. HARIMAU MENAIP.. Bila masuk kat Blog Telok Kemang & Ops 2012 tu.. berilah komen ye.. dan jadilah follower..

    Thanks..

    Salam WIRA DAMAI

    ReplyDelete
  12. HARIMAU MENAIP..
    tengok2 sikit laman blog: www.umnobaganpinang.blogspot.com/.. dalam blog tu dok kutuk Dato' kamarul..
    ambik action sikit pada blog tu.. dan lebih dia.... ugut nak adakan tunjuk perasaan bantah Dato' kamarul..

    ReplyDelete
  13. Salam,

    Macam ni lagi baik dari yang dok ada tu.. kalau mai nak menyusahkan orang.. nak kena bagi line duduk kat tempat vvvip tukan.. yang vvvip pada hari tu hanyalah pengantin.. selain dari tu.. makan ja kat kemah yang disediakan heee :)

    Terkenang dulu-dulu masa cheq baru kahwin.. ada vvvip yang mai.. mak bapa cheq punya lah suka layan kasi lebihh heeee..

    ReplyDelete
  14. Salam...tuan melawat blog saya untuk tujuan muzakarah...add my blog.

    ReplyDelete
  15. Auuum

    Bener Buk Melayu angkat, mereka mesra sekali, yang ribut-ribut mungkin yang tiada belajar akhlak kok

    ReplyDelete
  16. bagus lah kalau cam tu. bagaimana agaknya kalau die tu jd menteri besar..

    kat tmpt saya, mat dan minah YB ni kalau gi kenduri biasanya ada pengiring dan pakai kereta mewah..

    ReplyDelete
  17. hurm...pak sedaro bolah bini.... hurm makno nyo... bini yb sepupu dongan kawan den... eh jap anak buah kawan den kut..ontah nanti den selidik hik hik hik... pak sedaro bini yb yang maso pru lawan dongan dato lillah kan hik hik hik

    ReplyDelete
  18. Tok Rimau..kalau zaman dulu ..orang Kawin ..Raja pun kena respact ..sebab tu dia panggil Raja sehari..kira kalu kat Kg tu ..kalau ade masalah anak buah..biasanya Tuk Empat akan suruh pengantin jadi hakim..

    ReplyDelete

Tulislah komen dengan berhemah. Penulis blog Harimau Menaip tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang pelanggaran undang-undang yang terhasil dari penulisan Tuan-Puan samada penulis Harimau Menaip perasan atau tidak.