Suka untuk Harimau senaraikan biodata 2 Menteri Besar Negeri Perak untuk perbandingan kita semua. Sengaja tidak Harimau tampalkan wajah kedua-dua MB kerana gusar sekiranya kalian hanya memilih wajah dari "bakat" (ayat klise AF). Ramai yang menyatakan bahawa Perak makmur di bawah naungan MB Ir. Nizar cuma hayat politik dalam kerajaan Negeri ditakdirkan tidak panjang. Namun, harapan rakyat Perak (yang menghubungi Harimau melalui emel) agar Perak kembali aman dan damai tanpa perebutan politik yang berpanjangan dan tanpa sudah. Mereka juga doakan hak memerintah diberi kepada yang benar-benar berhak. Tidak meletakkan hak di tempatnya adalah bersamaan dengan ZALIM. Mahukah kita bersekongkol dengan kezaliman? Nauzubillah. Apa beza pula kita dengan Israel Laknatullah? Sia Paleh!
MB Kerajaan Perak melalui Pilihanraya Umum 12
Biodata
* Nama penuh: Ir. Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin
* Umur: 51 tahun
* Tarikh Lahir: 17/03/1957
* Isteri: Fatimah binti Taat
* Anak: (8 orang) 5 lelaki, 3 perempuan
* Pendidikan:
- Sek. Rendah Anglo Chinese School (ACS), Kampar, Perak
- Sek. Menengah Kebangsaan Anglo Chinese School (ACS), Kampar, Perak
- Sek. Menengah Teknik Ipoh, Perak
- 1976 : A-Level, Norwich City College Of Science Technology, Norfolk, UK
- BSc. Mechanical Engineering, Aston University, Birmingham, UK
* Kerjaya:
- Pengurus Projek KPPD (UDA)
- Pengurus Kanan Daya Urus Sdn Bhd (UDA)
- Pengarah Urusan, Urus Harta S/R (PDC Penang)
- Jurutera Perunding Mekanikal (Pengangkutan Vertikal, Elevator & Eskalator)
- 17/03/2008 : Menteri Besar Perak
* Politik:
- 1995: Menyertai PAS
- Sehingga 2008 : Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak
- Terdahulu : Bendahari Badan Perhubungan PAS Perak, YDP PAS Kampar
- 2004 : Tewas di P67 kerusi Kuala Kangsar, PRU ke-11 (vs Datuk Seri Rafidah Aziz - BN)
- 08/03/2008 : Adun di N51 kerusi Pasir Panjang, PRU ke-12 (vs Datuk Dr S Vasan - BN)
* Kegiatan Masyarakat:
- Pengerusi Gabungan Membantah Kenaikan Air Perak- Timbalan Setiausaha PPK
MB Kerajaan Perak melalui proses Lompat/Hijrah Parti
Biodata
NAMA : Datuk Dr Zambry Abdul Kadir
TARIKH LAHIR: 22 Mac 1962
TEMPAT LAHIR: Pulau Pangkor, Perak
ISTERI: Datin Saripah Zulkifli
ANAK: Lima (Tiga perempuan, dua lelaki)
KELULUSAN AKADEMIK:
# PhD (Pemikiran Politik) Universiti Temple, Amerika Syarikat (1995)
# MA, Universiti Temple (1992) Falsafah politik dan Perbandingan Agama
# MA, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) (1991) Pemikiran Islam
# B Econs (Kepujian) UIAM (1987)
PENCAPAIAN:
# Anugerah Kepujian (PhD) 1995
# Geran Penyelidikan Universiti Temple (1993)
# Anugerah WAMY Konvokesyen Pertama UIAM (1987)
JAWATAN:
# Ketua Pemuda Umno Bahagian Pangkor (1992)
# Ketua Umno Bahagian Lumut
# Adun Pangkor (sejak 2004)
# Exco Pelajaran, Sumber Manusia dan Teknologi Maklumat Perak (2004-2008)
rujukan = http://serikasih.blogspot.com/2009/02/biodata-datuk-dr-zambry-abdul-kadir.html dan http://cikwiduri.wordpress.com/2008/03/17/mohd-nizar1/
------------------------------------------------------------------------
Nampaknya MB baru kita lebih tinggi pengajian agama, politik, ekonomi dan luas pengalaman dalam kepimpinan dan pendidikan. Cuma dia bukan dari parti PAS. Itulah sebab dimarahi sangat oleh pembangkang.
ReplyDeleteTuan ayor,
ReplyDeleteMungkin itu sebab nya. Saya kurang setuju warna kulit dan fizikal MB baru menjadi sasaran blogawan. Dosa kering tu...
Kalau ditinjau secara teliti tiada sesiapa dalam Malaysia ini samada dari bangsa melayu, cina, india atau lain-lain kaum yang akan menghina raja melayu tanpa sebab.
ReplyDeleteSetiap peristiwa yang berlaku pasti ada punca kejadiannya. Sila siasat apa puncanya. Kenapa nak salahkan rakyat tidak menghormati raja...?
Semua orang boleh memberi komen yang hebat-hebat namun tidak seorang pun yang menghuraikan keadaan sebenar.
Segala kejadian yang berlaku dalam politik negeri perak adalah berpunca dari rasuah. Dan rasuah inilah yang membunuh demokrasi serta menjadikan negeri perak berkeadaan huru-hara.
UMNO menggunakan rasuah terhadap 3 ADUN PKR agar keluar parti untuk merampas kuasa dari Pakatan Rakyat. Tetapi dalam masa yang sama UMNO tidak mampu bertarung dalam pilihanraya untuk menang.
Oleh kerana itu UMNO terpaksa berlindung dibelakang sultan untuk mendapat kemenangan percuma.
Dalam pada itu Sultan Perak juga memerlukan UMNO untuk menyokong mengekalkan kuasa rajanya sehingga ketangan Raja Muda Nazrin.
UMNO dan Sultan Perak adalah dua lembaga sedang melakukan rasuah antara satu sama lain untuk menjaga kepentingan diri masing-masing. Rakyat yang menyokong Pakatan Rakyat dijadikan kambing hitam untuk dikorbankan !
Persoalannya siapa yang menghina raja melayu...?
Sdr Anonymous
ReplyDeleteKenapa nak berselindung disebalik nama? Kenapa nak takut berlaku jantan? Kenapa nak baling batu sembunyi tangan?
Persepsi sdr sudah lapuk? Tuduhan sdr hanyalah sekadar FITNAH MURAHAN! Lupa ker 16 September? Lupake ' I have the numbers? Siapa yang teriak dalam ceramah?
sdr boleh tipu seorang rakyat dalam satu masa, tapi sdr tak boleh tipu semua rakyat pada setiap masa! Sampai bila pemimpin sdr mahu tipu rakyat?
Sabar hk.
ReplyDeleteKita tangani semua isu dengan rasional. Saya percaya, anonymous adalah sebangsa dengan kita.
rimau,sbnrnya si anony tu jns manusia yg tak tau bersyukur,yg dia tau cuma ikut telunjuk ketua dia sentiasa settle mslh ikut jln blkg.
ReplyDelete