8.2.09

Lompatan Versi Kedua?

Maklumat terkini kami dapati lebih kurang 5 orang lagi daripada PR akan lompat Parti. Antara yang disebut-sebut ialah Keshvinder Singh.... Adun Malim Nawar dan Siva (Adun Buntong). Ada juga yang mengatakan S. Kesavan (Adun PKR Hutan Melintang). Ini bagi membolehkan suara masyarakat India berkumandang dalam Kerajaan.Di kalangan Adun Cina pula ialah Tai (Adun PKR Kuala Sepetang) dan seorang lagi Adun DAP berbangsa Tionghua. { sini }

Seandainya perkhabaran dari blog Perak Bangkit itu benar, nampaknya kegoyahan Pakatan Rakyat di Perak semakin kritikal. Ia tidak dapat diubat dengan demonstrasi atau memorandum; ia cuma dapat diubati dengan muhasabah diri dan tapisan yang lebih halus dalam melantik pemimpin dan calon-calon Pilihan Raya di masa mendatang.

Cukup sayang, rebahnya satu pemerintahan sah diakibatkan dari kecelaruan pendirian pemimpin dan bukan atas suara hati rakyat bawahan. Berita sebegini tentunya membawa 2 impak langsung atau tidak langsung:
  1. Rakyat merasakan BN adalah parti yang kuat dan meyakinkan.
  2. Rakyat merasa marah dan akan menghukum BN di PRU 13. Hukuman yang akan dijatuhkan adalah "hukuman mati" (dari aspek politik).

Secara simple calculation, mana-mana kerajaan yang diurustadbir oleh pemerintah yang beroleh kemenangan dari kaedah Pilihan Raya adalah bertunjangkan 33.2% suara rakyat. Selebihnya adalah mereka yang tidak mengundi, undi rosak dan sokongan kepada parti lawan. Secara mudah:

Katakan rakyat yang layak mengundi di sesebuah negeri berjumlah 100,000. Yang mengundi cuma +-70% iaitu 70,000 orang. Katakan undi rosak berjumlah 5,000.

Kerajaan memerintah dengan simple majority ialah 51% dari 65,000 iaitu 33150 orang (simple majority juga ditafsirkan sebagai 50% + 1).

33, 150/ 100,000 X 100 = 33.15%

Sekurang-kurangnya, ia adalah percentage yang agak besar iaitu +- 1/3 dari rakyat yang layak mengundi. Bagaimana pula percentage kerajaan yang berjaya ditubuhkan hasil dari pemimpin lompat/hijrah parti?

Bukankah ia suatu pengkhianatan pada rakyat? Jika tidak berfikir begitu pun, kita fikirlah apa persepsi negara jiran/asing terhadap Malaysia nanti?

Kita doakan yang baik-baik sahaja. Amin.

2 comments:

  1. Banyak betul Khabar Angin sekarang.

    Patut ditukar simpulan bahasa ini ke Khabar sms atau Khabar e-mail, sebab banyak yang tak boleh dipercayai.

    ReplyDelete
  2. kalau betoi depa nak melompat pun takpe la. nak buat mcm mana. undang2 memang tak boleh halang.

    jadi teman boleh cakap pakatan terpaksa le nunggu pru nanti. kalau strategi perjuanagn betoi InsyaAllah kemenangan akan datang.

    ReplyDelete

Tulislah komen dengan berhemah. Penulis blog Harimau Menaip tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang pelanggaran undang-undang yang terhasil dari penulisan Tuan-Puan samada penulis Harimau Menaip perasan atau tidak.