8.2.09

Karpal : Kasi Tukarlah Pemimpin PKR

Anonymous said...

Ini ialah laporan The Star.

Karpal Singh minta Anwar Ibrahim bertaubat!

GEORGE TOWN: Cracks appeared again in the Pakatan Rakyat with DAP chairman Karpal Singh calling on PKR advisor and de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim to step down.Blaming Anwar for creating trouble in the opposition alliance, he said PKR needed a new leader.“He (Anwar) has created enough trouble and it is time for him to bertaubat (repent).“It’s time PKR got itself another leader,” he told a press conference at his office here Sunday.Karpal Singh said members of PKR and DAP had fallen sway to the rhetoric of Anwar, who had supported the cross-over of elected representatives.

Sumber: http://www.thestar.com.my
February 8, 2009 4:36 PM

Tak terkejut pun. Memang ini perangai YB Karpal sejak dahulu. Cuma, kenapa beliau tidak namakan pengganti DSAI? Beliau mahu siapa jadi teraju? Azmin? Lim Kit Siang? Wan Azizah? Hadi Awang? Nik Aziz?

Confirm Pakatan Rakyat boleh tapau awal-awal kalau DSAI diturunkan dari menjadi pemimpin No.1. Tak percaya? Tengoklah nanti.

Mungkin projek Muzium UMNO di Johor sudah boleh diletakkan fosil-fosil Pakatan Rakyat sebagai daya penarik. Siapa tahu kan.

Baca amaran awal Harimau Menaip di sini dan di sini .

9 comments:

  1. Salam Sdr.

    Sebanrnya dari awal saya sudah tidak faham kenapa PAS dan PKR mengundang DAP ke dalam PR.

    Bagi saya selagi dua manusia tua yang bercakap tidak tahu batasan ini belum kojol, DAP tetap akan jadi duri dalam daging. Kalau orang DAP berpaling tadah, kenapa Anwar disalahkan?

    Agaknya orang tua kalau dah nyanyok, walau pun dikatakan bijak akan melalut tak tentu hala.

    ReplyDelete
  2. Saya berpendapat ini lakonan antara Anwar dan Karpal supaya orang Melayu melupakan isu Karpal saman Sultan. Isu ini menyebabkan orang Melayu bangkit dan marah. Malah kita lihat Anwar dan Nizar berdolak dalih dalam isu saman Sultan.

    ReplyDelete
  3. Tuan,

    Siapa yang chambering dengan Pakcik..eh.silap..Atuk Singh ni, tahulah perangai dia dalam pejabat macamana.

    Bahkan...dengar cerita..anak dia pun tak sebulu dengan dia.Sama juga kes Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang.

    Seperti yang saya dengar, Lim Guan Eng ni minat untuk mendekati Islam tapi bapanya menjadi penghalang.Tak taulah..sekadar spekulasi rakan-rakan yang mengenali beliau agak dekat.haha..spekulasi lagi ni..bahaya betul..

    ReplyDelete
  4. Encik, jangan main spakulasi. Bahaya o encik.

    Yalah ini Kapai teruk oi. Mungkin sandiwara kot encik.

    ReplyDelete
  5. kata orang putih, "It's an open secret". Saya tak heran kerana itulah sikap mereka..musang bertopeng ayam. Semoga Allah menyelamatkan negara, bangsa dan agama kita.

    ReplyDelete
  6. Rahsia besar sudah terbongkar. Rupa-rupanya mereka hanya berniat menggunakan pengaruh Anwar Ibrahim untuk memenangi pilihanraya. Andaikata PRU13 dimenangi Pakatan Rakyat mereka akan tendang Anwar keluar dari Pakatan. Tapi Allah tunjukkan kepada kita lebih awal hari ini. Terlajak perahu boleh diundur. Terlajak kata terbongkar rahsia.

    ReplyDelete
  7. salam tuan rimau..

    minta izin..

    tuan 'aku'..
    aku tak paham macamana ko boleh guna nickname 'aku'..
    yang pastinya aku dah guna nama ni dah lama..
    harap saudara/i dapat mgunakn nama yg lain..
    aku ni jahil pasal politik,tetiba bleh cite bab politik.dlm blog labun kulup sakah pun ko ada komen..
    harap tukar la..
    kalau ko tak nak tukar,takpe la,biar aku je yg ngalah..

    ReplyDelete
  8. Pakcik Karpal tu bleh tahan juga cabul mulutnyer. Ni yg dikatankan 'paku dulang paku serpih, mengata org dia yg lebih'. Lama2 dia sendiri yg akan kene le'singh'...

    ReplyDelete
  9. Kawan saya pernah Chambering dengan dia. Setakat ni saya dengar ok je. Tak de masalah pe2 pun. Cuma biasa la bukan islam mana paham sangat pasal islam ni. Saya kenal chambering student masa sama2 ambil kursus etik bar council. Bab mulut tak der insurans tu semua lawyer lebih kurang je. Tapi karpal ni tak payah la nak nasihat orang sebab awak tu pun lebih kurang sama. Komen awak pasal islam dan beberapa isu lain memang menyakitkan hati. Dalam DAP yang aku nampak masalah ada 3 orang si karpal dan Lim kit siang dan Teressa Kok. Sebab jelas diaorang ni nampak macam melampau sikit kalau bercakap bab melayu dan islam. Aku tak kata depa ni anti melayu dan islam sebab mereka ni tak cakap secara terang-terangan. kalau lihat pemimpin muda yang dalam lingkungan umur 20 hingga 35 dalam DAP kebanyakan mereka ni lebih moderate dan tak keterlaluan sangat. maknanya aku boleh terima diaorang ni. Tapi mereka yang umur lebih dari 35 memang aku tak berapa suka

    ReplyDelete

Tulislah komen dengan berhemah. Penulis blog Harimau Menaip tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang pelanggaran undang-undang yang terhasil dari penulisan Tuan-Puan samada penulis Harimau Menaip perasan atau tidak.