26.3.09

Bila Liabiliti Dikira Sebagai Aset

Harimau lemah bab-bab perakaunan ni. Tugasan (assignment) pun upah orang untuk ajar terutama Perakaunan Kewangan (Financial Accounting). Terkadang, tersalah letak Liabiliti sebagai aset.

Apa akibatnya jika kita tersalah meletakkan kedudukan aset dan liabiliti? Hukuman atas kertas, baki akan salah. Hukuman kepada keputusan peperiksaan, pasti tidak akan dapat sijil dekan. Dan jika kesilapan ini diteruskan pada peringkat organisasi atau syarikat, pasti syarikat akan mengalami kerugian (tidak kira kecil atau besar).

Adakah akauntan-akauntan UMNO yang berjumlah 2500 orang itu akan tersilap meletakkan aset dan menafsir liabiliti? Petanda semacam sudah ada.

Harimau: Mata belum mahu lelap. Itu yang sambung menaip.

8 comments:

  1. liabiliti boleh saja dianggap aset kalau ada unsur penipuan...dan penipuan tersebut nyata hahal dilakukan bagi manusia yang didapati korup

    ReplyDelete
  2. aku hampir faham apa maksud "aset toksik"

    ReplyDelete
  3. Pelik Tapi Benar

    1. Perasuah mendapat tempat dalam Pemuda UMNO.

    2. Rasuah adalah suci dalam UMNO

    3. Marilah kita ucapkan:
    - Terima kasih kepada UMNO
    - Empayar UMNO akan tenggelam.

    ReplyDelete
  4. salam tok rimau,
    firma2 n syarikat2 melayu setakat yang saya jumpa hari ini 90% akaun silap dan tak berapa nak betul.. tuan harimau pikirla sendiri kalau ada organisasi melayu yang lain..

    ReplyDelete
  5. Aku harap akan ada sesiapa mampu membawa perkara ini ke SPRM..kj dh didapati melakukan rasuah tp kenapa dilepaskan..SPRM perlu pejam mata ke..inikah integriti yg dipekik2kan itu? SPM ada berani ke..

    ReplyDelete
  6. aku sayangkan umno..
    aku xnak umno hancor..
    tapi aku kecewa ngn umno..

    pemuda-pemudi akar umbi sekalian..
    kita kena keluar menyuarakan keinginan kita.jgn diam..

    ketua pemuda skang bknlah pilihan kita..

    jgn takot dgn yg atas.jika kita bersatu org atas akan takot ngn kita..

    jgn duduk dalam tempurung lagi..
    kita mesti keluar..!!

    ReplyDelete
  7. Salam semua.... Berehat sekejap dari berkempen 2Bukit dan 1Batang.... untuk post kali ni baginda nak bagitahu baginda terjumpa satu lagi pengkhianat agama atau bahasa en HISAMUDIN petualang...
    link : http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/03/petualang-agama-baginda.html

    ReplyDelete
  8. UMNO yang mengesahkan orang itu bersalah, dan UMNO juga yang memilih mereka. Amat kecewa kerana tidak berpegang kepada kebenaran dan kenyataan. Tidak dekat di hati rakyat, dan Allah akan bersama di pihak yang benar

    ReplyDelete

Tulislah komen dengan berhemah. Penulis blog Harimau Menaip tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang pelanggaran undang-undang yang terhasil dari penulisan Tuan-Puan samada penulis Harimau Menaip perasan atau tidak.