- Keperibadian yang baik.
- Dipandang tinggi dan bersih.
- Berpendekatan lembut tetapi efisien.
- Berfikiran jauh.
- Tidak tamak.
- Tidak gelojoh.
Pernahkah Pemuda bertanya, mengapa Pak Lah ditolak dan di"turun"kan secara halus? Pernahkah khalayak mendengar frasa "Bebudak Tingkat 4"? Jawapannya tentu ada dalam benak kalian tetapi tidak cukup jantan untuk menyuarakan.
Lokman Adam? Harimau memandang beliau seakan-akan sama dengan Ezam dan Ruslan Kassim; kalaupun tidak dengan Tengku Razaleigh, Shabery dan Rais Yatim.
Mahu tidak mahu, Pemuda UMNO perlu lebih bersedia menghadapi serangan getir yang bakal mendatang dan modal Pakatan Rakyat di Pilihanraya Kecil pasti akan berkisar tentang nama-nama pemenang dalam Pemuda yang penuh dengan tanda soal; Mengapa?, Apahal? Apa? Alamak? dan macam-macam lagi.
Kenapa Mukhriz tewas? Sebab paling mudah dan ala kedai kopi adalah:
- Tun Mahathir tiada dalam UMNO
- Pemuda UMNO belum bersedia ditransformasikan.
Walau pahit, sekalung tahniah tetap diberikan kepada Khairy Jamaluddin.
Khairy, kamu perlu berusaha keras membuktikan tohmahan dan cakap belakang mengenai kamu itu adalah salah. Kamu wajib membuang persepsi negatif orang bawah kepada kamu secepat yang mungkin. Jangan ahli UMNO peringkat bawahan menuding jari kepada muka kamu sewaktu UMNO berkubur nanti.
Tahniah, tahniah dan tahniah.
Harimau: Setia Sesama Kawan lebih bagus dari menjadi berani terhadap perubahan...agaknya.
sangat menyedihkan umno kerana pemilihan pemuda yg memilih liabiliti legasi abdullah sbg ketua pemuda.....susah nak cover sejarah hitam khairy
ReplyDeleteDgn kp yg ada mudah-mudahan Allah swt selamatkan umno dan org melayu. Amin!
ReplyDeleteke tiga-tiga calon yang bertanding Ketua Pemuda adalah haprak belaka.. Oleh itu, siapa sahaja yang berjaya, tetap akan dihujani oleh persoalan yang serupa..
ReplyDeleteMesejnya di sini, UMNO (di semua sayap)sudah ketandusan pemimpin berwibawa..
Saya sebagai penyokong PR amat
ReplyDeletemengalu-alukan kemenangan Khairy.
back to basic ..
ReplyDeletekita rapatkan barisan Pemuda .isnyallah Pemuda akan kembali gagah dan kuat di bawah KJ !!!
Tahniah KJ
ReplyDeleteKJ... voters must be blind
ReplyDeleteTulisan Harimau yang Ikhlas, Baik dan Mantap.
ReplyDeleteSalam Tok..
ReplyDeleteBukan kerana KJ itu bagus ..tapi lawan KJ tu sendiri tak berkaliber..
Masalah ketandusan pemimpin Berwibawa dalam UMNO telah sampai ke tahap yang membimbangkan kerana politik cantas-mencantas yang menyebabakan hanya kroni dan mereka berwang sahaja yang naik ..
Harapan saya KJ harus sedar dan membuktikannya bahawa dia lebih baik ...KJ jangan ambil 3 pilihanraya yang akan datang sebagai kayu pengukur tapi ..PRU-13 nanti barulah kita tengok hasilnya..
Wassalammmmmmm
may Allah bless the voter...
ReplyDeleteharap2 yg memilih ini adalah dr golongan waras, perpendidikan, yang nampak baik buruk...
kita xmahu kemenangan ini based on (1 vote,1 man)-(1 vote, 1 dollar).
keputusan telah dibuat.. masa depan UmNo telah ditentukan...
wallahu'alam
salam pak rimau, calon yg layak hanya 3 je..mukhriz ( di bayangi che det), wak tempe n Kj..
ReplyDeleteso..tu la yg trbaik..(kot kot kot)
salam hormat, salam singgah,
ReplyDelete" Harimau: Setia Sesama Kawan lebih bagus dari menjadi berani terhadap perubahan...agaknya."
agaknya?
mohon ampun & maaf.
-zr
Terpaksa adalah ertikata yang sangat sesuai bagi kita semua yang duduk dibawah...Buruk atau baik pemimpin kita terpaksa kita telan.Tapi kalau sampai satu tahap dah xboleh telan..luahkan la balik gamaknye..Hanya saluran BLOG yang dapat kita luahkan moga mereka semua dapat membaca dan tersedar dari tidor!Semoga berjaya pucuk pimpinan yang baru ini.TQ
ReplyDeleteharimau..tau ke mane sukj menghilang...rasa macam nk ucap tahniah kat dia..
ReplyDeleteHafiz, SUKJ sekarang di http://melayusesat.blogspot.com/
ReplyDelete