31.3.09

Dipaksa Merayakan Earth Hour

Penulisan ini tiada kena-mengena secara langsung dengan politik tetapi sekadar luahan perasaan menyirap dengan sistem 15454 yang disokong 80% oleh suara komputer @ robot. Seremban (beberapa kawasan) gelap-gelita sekejap tadi dan dengar cerita masih bergelap di beberapa kawasan sehingga cerita ini ditulis.

Harimau membuat panggilan ke 15454 untuk mengadu dan malangnya, Harimau terpaksa "berbaris" di kedudukan No. 86. Pehhh. Selepas setengah jam, baru dapat bercakap dengan manusia. Jawapannya mudah. "Seremban memang ada major breakdown, sejam dua baru elok".

Hangguk dialah!

Inikah hukuman kepada warga Seremban yang buat tak tahu ketika perayaan Earth Hour pada Sabtu lepas?

Apa pula hukuman buat 304 manusia yang melancapi, mencurangi, merogoli, memperkosai dan menodai harapan Pemuda UMNO seluruh negara?

Tarapapa kot.

Harimau: TNB memang wajib kena marah sebab penulisan Harimau tidak sempat di simpan (save). Cis!

9 comments:

  1. kesian pak harimau. ko tangkap dan makan saja bos tnb tu..abis cerita..
    geng 304 tu pula, kau suruh lah suku sakat rimau dlm utan tu kejo dan makan abis...

    ReplyDelete
  2. Salam tuan, dlm sistem yg digunapakai skg, 304 itu betul dlm tindakan mereka!

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Mungkin Orang Seremban ramai yang tak bayar bil letrik kot...raikan earth hour ramai ramai. hah ha

    Sorry ye, gurau aje.

    ReplyDelete
  4. Salam Tok Ghimau,

    Geng 304 - best juga dengaq, bunyi macam genster geng Ali mamak. Lagipun geng 304 sayap kanan dia memang ramai mamak - macam Azeez and Reezal. Kot-kot dua geng ni memang sepakat.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  5. SABAR BRO, INI SEMUA DUGAAN..TAPI TNB NI PUN SATU CILAKAK JUGAK, DGR SERITA CEO TNB NI PUN PROXY YANG DIPILIH OLEH 304 TU...WALLAHUALLAM!

    SABAR BRO, AKU FAJAM BILA TUNGGU DALAM TALIAN NI, MEMANG MANYAKITKAN HATI BRO!

    ReplyDelete
  6. har har har ha ha hah a ha haApril 1, 2009 at 9:13 AM

    Bro..why are U worried...

    Si Razali kan ade..dia boleh balance KJ punyer Power..kalau Razali tu yang tanding Ketua pemuda baru ade Klass..tapi Mukhriz yang tanding kira tak sesuai kerana beliau telah Over Pemuda (lebih 40 tahun), Lagi pun Si Santa Toyo ari tu kalau kena tindakan tatatertib tentu Mukhriz boleh menang..har harhar harh ar ...

    Terima ajelah ..mungkin ade hikmah di sebaliknya..

    P/S: Patut KJ bagi Menteri Belia sebab Post itu tempat panasssss....Berapa Banyak Menteri belia yang masuk lokap atau kena tindakan undang-undang ..

    Wassalammmm

    ReplyDelete
  7. Salam Pak Rimau,

    Bukan ko sorang je bergelap,rumah aku pun "earth hour" sampai kol 10 mlm...Dia org nie sememangnya bahalol...xpikir yang kita nie ada anak bini.Bil tiap2 bulan bayar..dah xde "genset" kat somban nie...aduh!

    ReplyDelete
  8. takder letrik pun nak bising ker...
    takder letrik..takder kena bayor....
    kurang sikit bil bulanan...
    tu la..dah slalu sangat hidup terang benderang..sejuk mejuk....
    biler gelap skit..panas skit...dah menggelupor...
    sib bek belum lg masuk dalam kubor...siap dapat sejuk ..gelap....sempit...

    wakakkakakka...

    ReplyDelete
  9. Woi Anon,

    Lu apahal? Suka hati den le nak bising.

    Kau baca dulu Akta 447 seksyen yang menerangkan tanggungjawab pemegang lesen.

    Lepas tu, kau sambung bising balik...

    ReplyDelete

Tulislah komen dengan berhemah. Penulis blog Harimau Menaip tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang pelanggaran undang-undang yang terhasil dari penulisan Tuan-Puan samada penulis Harimau Menaip perasan atau tidak.