Namun, apa makna sebenar di sebalik 1 April? Adalah dipercayai sambutan dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Wilayah Granada. Kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan masyarakat Islam di negara itu. Penduduk-penduduk Islam diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. Orang Islam yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi ke perlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah dikemaskan lalu menuju ke pelabuhan. Pada masa inilah, pihak Kristian mengambil kesempatan menggeledah dan membakar rumah penduduk-penduduk Islam itu. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya telah musnah dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum Muslimin dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian. Peristiwa ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia sebagai April Fool's Day, April Mop atau The April`s Fool Day, berawal dari satu episod sejarah gelap Muslim Sepanyol pada tahun 1487, atau bertepatan dengan 892 H. Kita memang tidak tahu sejauh mana kebenaran fakta ini. Namun, apa yang menjadi persoalan ialah begitu mudah masyarakat kita menerima satu budaya luar yang tidak jelas asal-usulnya.
Apa pendapat anda?
Samalah kita, masa zaman jahiliyah semuanya ikut, dah tahu wajib tinggalkan, valentine days, april fools dan apa saja budaya yang bertentangan dengan pembawaan Islam.
ReplyDeleteAkademi Fantasia pun patutnya orang Islam boikot, salah satu saham neraka.
assalammulaikum sdr chot
ReplyDeleteterima kasih atas salam persaudaraan dan kini saya panjangkan salam persaudaraan itu ke blog sdr chot
pada awalnya sdr menerjah saya tapi sekrg saya rasa kita boleh bersama.. walaupun berlainan pegangan fahaman politik..
satu perkara yang perlu kita ingat ialah antara kita semua umat melayu beragama islam... kita semuanya bersaudara dan mesti sayang menyayangi..
terimalah salam persahabatan dari saya..
Mari sama-sama kita menginsafi kesalahan yang lalu. Selepas ni janganlah sambut lagi.Kalau sambut juga maknanya kita masih jahil.
ReplyDeleteHampir 10 tahun berkhidmat sebagai Setiausaha Majlis Perbandaran Manjung.
ReplyDeletePerasuah Tegar
* Sepanjang Ismail Saffian menjawat jawatan Setiausaha MPM, 5 kali Majlis Perbandaran Manjung disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) kerana Tender MPM hanya diberikan kepada rakan-rakan terdekat.
* Hotel Crystal Sitiawan adalah diantara premis perniagaan yang mempunyai tunggakan hutang Cukai Taksiran berjumlah puluhan ribu tetapi tiada tindakan diambil oleh Majlis Perbandaran Manjung semasa Ismail Saffian menjadi Setiausaha MPM.
* Ketika Ismail Saffian Menjadi Setiausaha MPM, puluhan Kilang/Premis Industri di kawasan MPM beroperasi tanpa lesen tetapi tiada tindakan diambil oleh MPM.
"Sexual Harrasment" (Gangguan Seksual)
* Beberapa kakitangan wanita MPM seringkali diajak untuk tidur bersama termasuk seorang yang hanya mahu dikenali sebagai Puan "R".
* Seseorang itu memerlukan sekeping Ijazah untuk layak memegang jawatan Pegawai Pentadbiran MPM tetapi hanya Ismail Saffian sahaja yang tahu bagaimana Puan "H" yang hanya berkelulusan SPM sahaja layak memegang jawatan tersebut.
* Anugerah Pekerja Cemerlang seringkali dinobatkan kepada Setiausaha Khas beliau Puan "A" yang seringkali dikaitkan sebagai mempunyai hubungan "sulit" dengan beliau.
* Ismail Saffian seringkali ke Sempadan Thailand untuk mencari "sesuatu". boleh semak rekod keluar masuk di Pasportnya untuk pengesahan (kecualilah beliau keluar masuk melalui jalan yang tak sah).
Salahguna Kuasa
* Seringkali ditegur dan beberapa kali menerima Surat Peringatan dari Yang Dipertua MPM kerana menggunakan kenderaan MPM untuk parti (UMNO).
* Pernah disiasat Badan Pencegah Rasuah kerana Kediaman Rasmi MPM di Sitiawan yang didiami Ismail diubah suai sehingga melibatkan kos yang mencecah hampir Setengah Juta Ringgit Malaysia dan akhirnya beliau berpindah ke rumah sewa di Taman Venice Of Perak, Seri Manjung.
Kesejahteraan Rakyat Perak, Insya-Allah dalam masa tedekat ini, kami Rakyat Perak pendukung kebenaran akan membongkarkan lebih banyak lagi kisah Ismail Saffian dalam Siri Ke-2..!
hang tanya aku jawap.
ReplyDeleteSape yang bodoh. Hang yang bodoh.
Minda berkarat?? Uji minda
blum pernah saya 'sambut' april fool!~
ReplyDeleteen harimau btul ke sekolah agama rakyat nak dimansuhkan? kalau betul sian la mak emi yang telah berkhidmat selama 22 tahu dari gaji 80 hinggit pastu naik ke 188 dan skunk hny 500 ringgit yg kadang2 byr kadang tak..tapi xpernah merungut..semua ikhlas katanya..tpi bila dgr sek agama rakyat nk dimasuhkan hancur hatinya..di berjuang tnp blsan hnya nk lihat anak2 org islam menjadi islam..tpi nk dimansuhkan..
ReplyDeletesebelum persidnagan UMNO zahid hamidi kata nk naikkan elaun sebyk 1200.00 tpi bila dah hbis bersidang maka hbis la janji maka bk ditutp pula,..nak digantika ngan JQAF...
setahu emi murid yg belajar JQAF di sekolah rendah byk yg tak mengenal jawi lagi berbanding mengaji di sekolah agama rakyat..
sedarlah wahai2 pemimpin..lihat anak2 kalian..kurang didikan agama maka jadi nya begitu..
emi kagum ngan perjuangan guru sek agama rakyat sbb dengan ajaran mereka la semua adik beradik emi khatam alquran dan masih menjadi anak2 timur sejati..
harap en harimau kupas isu ni..jika benar..
Masing-masing (orang-orang Islam) sudah sedia maklum tentang April fool ini. Kepada yang masih berdegil menyambutnya bawa-bawalah bertaubat.
ReplyDeleteEjdee,
ReplyDeleteNanti abang risik2 ye. Adik jangan risau. Abang kan ada...
Tok Mudim,
Amboi. Ni mesti tak pernah makan sup penumbuk cicah asam ni.
Pak Lah Imam tua yang mengundurkan diri kepada Imam Muda.
ReplyDeleteAhli politik bukan nakhoda bahtera.
Dunia bukan bahtera.Dunia adalah medan perjuangan.