3.4.09

Ta Ta Pak Lah

gambar ihsan Desperado




Member-member Harimau di kalangan Pemuda mengucapkan terima kasih pada Pak lah kerana memperkenalkan KJ pada Malaysia. Mereka sumbangkan 2 rangkap pantun untuk kenang-kenangan:

Seri Pagi Daunnya Bersih,
Lambang Kasih Cinta Bersemi,
Rakyat Malaysia Berterima Kasih,
Kerana Kenalkan KJ dan juga Scomi,


Kalau ada sumur di ladang,
Bolehlah saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Bolehlah KJ menjadi Perdana Menteri.

Ta Ta Pak Lah. Semoga Allah memberkati Pak Lah. Amin.
Harimau: diorang raikan Pak Lah atau KJ ni? Tak paham aku.

15 comments:

  1. Tahniah diatas perlantikan Najib sbg Perdana menteri ke 6... Maka dgn ini lengkaplah teori RAHMAN yg diidam-idamkan oleh UMNO. Dengan itu maka akan berakhirlah era pemerintahan UMNO selepas huruf yg ke6(N-Najib) Dlam teori RHMAN tsb.

    Bila akan berakhir??? PRU ke 13.

    Teruskan perjuanga di 2 Bukit 1 Batang. Sesungguhnya perjuangan rakyat baru bermula tetapi perjuangan UMNO sudah tiba ke jurang kemusnahan.

    TAKBIR....

    ReplyDelete
  2. Rimau,
    Ikhlaslah sikit. Jgnlah sindir2 pulak org tua tu. Dia dh pegi. Biarkan dia pegi dgn tenang. Gelaran Tun pun dua2 dah dapat. Mahathir dulu kena tunggu lama juga nak dapat. Dengar citer, org tua tu mintak, betul ke.

    Jasa org tua tu yg aku tak boleh lupa, road tax motor dan kereta aku tak perlu bayar lebih lg. Yg lain2 tu tak tahu lah.

    ReplyDelete
  3. Rimau,
    Ko padam posting aku apsal. Sbb tak sokong ko ye. Ko nak semua posting hanya untuk jilat2 pungkoq ko jer ye. Boleh blah lar.

    ReplyDelete
  4. huhuhu pantun tu lebih sesuai utk KJ nampak gayanyer huhuhu

    ReplyDelete
  5. Ta ta tu tu ti ti..

    Terima Kasih Pak Lah atas Segalanya.

    Pak Lah seorang yang baik dan pesan arwah nenek saya, "Baik tetap Baik."

    Semoga Allah swt akan terus meRahmati hidup Pak Lah Sekeluarga termasuk KJ.

    ReplyDelete
  6. SALAM BRO...
    SEMOGA TUN PAK LAH AKAN MEMBANTU APA YANG PERLU PADA NEGARA KELAK...

    NI PATUT BACA BRO..
    YAHUDI SALURKAN DANA BUAT PAKATAN PEMBANGKANGhttp://gomo-no1.blogspot.com/2009/04/dana-yahudi-kepada-pkr-malaysiakini.html

    ReplyDelete
  7. Cukuplah..
    Tun Pak Lah..
    Jangan campuri urusan politik..
    selama 5 tahun 5 bulan 3 hari..
    Negara jadi haru-biru..

    Kami percaya Dato Seri Najib akan menggalas biawak hidup demi meneruskan kelangsungan politik Melayu di bumi Malaysia.

    Kami gembira melihat Tun Mahathir dan pejuang setia politik yang sealiran Tun M, akan menumpu taat setia kepada parti keramat ini.

    --Mulut Celupar--
    Kedah.

    ReplyDelete
  8. Yang bertanggungjawab bawa KJ masuk ke Pemuda UMNO ialah Hishamudin sebagai EXCO dilantik. Alasannya pada masa itu sebagai jambatan antara Pemuda UMNO dan PM.
    Tak percaya tanyalah exco-exco pada masa tu

    ReplyDelete
  9. ta tat ti tu. era pak lah dah berakhir tetapi KJ masih ada. pantun ini memang sesuai tetapi bukan untuk pak lah tapi untuk KJ. Najib lak selamat jalankan amanah negara. jangan main-main ar...

    ReplyDelete
  10. Mulut Celupar--
    Kedah.
    April 3, 2009 9:39 PM

    GUE SOKONG BANGAT SAMA LU. POKOKNYA BERES, DONG!
    YANG BERES:
    1. KETUANAN MELAYU
    2. KEDAULATAN RAJA2
    3. AGAMA ISLAM
    4. HARTA NEGARA
    5. HARTA MELAYU
    6. HAK-HAK MELAYU/BUMIPUTRA
    KALAU LG LAMA, MACAM2 LG YG BERES, DONG!

    ReplyDelete
  11. QUOTE:
    "Yang bertanggungjawab bawa KJ masuk ke Pemuda UMNO ialah Hishamudin sebagai EXCO dilantik. Alasannya pada masa itu sebagai jambatan antara Pemuda UMNO dan PM.
    Tak percaya tanyalah exco-exco pada masa tu"

    HA3X...
    DIA SKG VICE PRESIDENT - SUPPORT DARI PEMUDA UMNO.....BALING BATU SEMBUNYI TANGAN! TP BAU TAIK TU TAKKAN HILANG!

    BUKAN HISAM SAJA BERSUBAHAT, TP SEMUA CALON2 NAIB KETUA PEMUDA YG TARIK DIRI SORANG DEMI SORANG..TP BUKAN TARIK DIRI FREE SAJA BROTHER!

    ReplyDelete
  12. Orang Melayu tinggal satu je iaitu Keretapi Tanah Melayu. Teori RAHMAN dah lengkap. Ada satu teori lagi iaitu MAHATHIR - bermula dengan..Muhyidin, Ahmad Zahid, Hishamudin…seterusnya, lu pikir lah sendiri. amacam? Anwar Ibrahim tak berminat dengan teori baru tu? Maccam ada sesuai dengan akronim aku ni
    Teori MAHATHIR- Muhyidin, Ahmad Zahid, Hishamudin, Anwar, Tian Chua, Harinder Singh, Indrani, Ramarajo. Maka Keretapi Tanah Melayu akan menjadi Keretapi Tuan Singh, Tuan Tian Chua, Tuan Indrani,Tuan Ramarajoo. Masa tu anak cucu kita tanya, kenapa imigran menjadi 'Tuan'? Jawabnya, agaknya begini: ini demokrasi, ini Malaysian, ini tiada kepentingan etnik. Kemudian sejarah terpadam seperti contoh Singapura : Singapura telah dibuka oleh Sir Stamford Raffles. ...Sekadar renungan untuk orang terlalu berpolitik peribadi.

    ReplyDelete
  13. Ah sama je semua...Malas aku nak komen lebih2..

    ReplyDelete
  14. Penjawat Awam patutnya berterima kasih kepada Pak Lah.

    Dapat keje 5 hari seminggu dan naik gaji.

    Zaman TUn M dulu, mintak keje 5 hari seminggu dia cakap dia keje 7 hari seminggu. Mmg padanlah dengan elaun yg dapat sebagai Pm (tak termasuk rasuah?) ...

    ReplyDelete
  15. Terima kasih Pak lah kerana mengajar kami bagaimana caranya untuk bercucuk tanam..Aparaa!balik kezaman jahiliah...Sepatutnya pak lah kene pikir yang kehadapan bukan balik ke zaman dahulu kuno..Tapi xpe...Atlist Pak lah cepat sedar dari lamunan dan terus melepaskan jawatan dan berikan jawatan itu kepada makhluk yg sama..Umpama "keluar kandang RIMAU lepas tu masuk kandang buaya"...Bukan Pak rimau..Yang ni rimau baik Punyaaaaaa!!!!!

    ReplyDelete

Tulislah komen dengan berhemah. Penulis blog Harimau Menaip tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang pelanggaran undang-undang yang terhasil dari penulisan Tuan-Puan samada penulis Harimau Menaip perasan atau tidak.