18.7.09

Pakatan Rakyat adalah Tong Sampah Pemimpin Luput Tempoh?

Maka terendoslah sekali lagi di sejarah Pakatan Rakyat yang mana "rejected leader" kalaupun tidak "expired leader", di tong-sampahkan. Kedengaran agak kasar tetapi itulah kesimpulan yang dapat dibuat setelah langkah perpindahan Chua Jui Meng dari BN ke PR dibuat.

Di zaman Tun Pak Lah, perkara yang serupa juga terjadi dengan kemasukan Ezam namun nyata strategi lapok sebegini gagal dan tidak relevan dengan zaman. Tidakkah PR merenung hal ini tatkala ditipu hidup-hidup oleh Dato' Nasa dahulu dan seterusnya mengambil ikhtibar?

Penting sangatkah kemasukan Datuk Chua Jui Meng dalam survival Pakatan Rakyat? Mengapa keraian luar biasa seperti itu tidak dibuat untuk mengingati pejuang reformis jalanan yang berhati kering dan bermati-matian berdiri teguh di belakang Pakatan Rakyat sedari 10 tahun yang lalu?

Sudah terhantuk nanti, jangan pula kamu kecohkan keamanan Tanah Melayu lagi. Rakyat sudah mulai bosan dengan politik resipi lama. Mual dan menjengkelkan.

Tertanya juga, apa pula kebaikan dan peranan yang akan dimainkan oleh Datuk Chua Jui Meng; adakah beliau dapat bernafas atau terus lemas dengan nama besar politikus berbangsa Tionghua yang berlambak dalam PKR dan DAP.

Ooopps. Kasihan PAS kerana terpinggir dari keraian luar biasa tersebut.

4 comments:

  1. org klate

    inilah politik malaysia,bagi kawe jika chua jui meng (CJM) dah sertai PKR, saya minta Datuk seri Anwar , arahkan CJM dedahkan kepada umum apakah tindakan beliau masa duduk dalam kabinet BN dulu , kenapa dia beria-ia sangat menolak rayuan DSAI untuk dapat rawatan di Jerman, isu penswastaan pembekalan ubat dan sebagainya.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum anakku Harimau,

    Mak Cik setuju atas tulisan kamu yang ini.

    Orang Kelantan, tak payahlah nak korek lagi cerita lama pasal Anwar nak pergi berubat ke Germany tu, buang masa sahaja.

    Biarlah BN tumpu masa, perhatian dan tenaga pada benda benda berfaedah untuk rakyat ia itu kita semua.

    Sekarang ni terlampau BANYAK BERCAKAP, BANYAK yang BERKOKOK. BANYAK YANG BUAT BISING. KECOH sana sini...langsung tak mendatangkan hasil pada negara.

    ReplyDelete
  3. Waalaikumussalam Ibu yang disayangi;

    Ada juga titik pertemuan dalam banyak-banyak perbezaan. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  4. salam Harimau,

    aku rasa pemimpin expired nie adalah BOM JANGKA kot!

    boleh meletup bila2 masa...

    Kita pun tak tau ntah apa nawaitu di sebalik "berpaling tadah" nie...

    Pkara yang berlaku ni menunjukkan mcm takde langsung pemimpin pelapis dlm PR...

    Mcm main bola lah, malas nak wat pembangunan belia..asyik beli pemain import jer!

    Pemimpin muda pun mcm "bom jangka" jugak..

    Mereka memendam rasa atas apa yang berlaku ni...

    Apa? mereka takde harga ke? Smpai perlu kan pemain import?

    Jgn sampai pemain impot ni jd senjata PiEM Najib...sebenarnya menda2 mcm ni lah "kemenangan" yang PiEM maksud kan dlm sidang akhbar Manek Urai baru2 ni...

    "kemenangan" tersirat ...... yang kita semua "bodoh" mentafsir kan...

    KIta tak berpijak di bumi nyata... Kita mentertawakn Najib bila dia kata ini satu "kemenangan" untuk be-END..

    Tak pcayer Harimau tgk lah nanti, andai PR tak hati2, ini akan jadi satu lagi "kemenangan" + "senjata" tersirat yang kita tak dapat melihat dgn "mata kasar"

    Apa pendapat Harimau????

    ReplyDelete

Tulislah komen dengan berhemah. Penulis blog Harimau Menaip tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang pelanggaran undang-undang yang terhasil dari penulisan Tuan-Puan samada penulis Harimau Menaip perasan atau tidak.