18.7.09

PAS berjaya "dikafirkan" oleh DAP?

Guru Agama Harimau pernah cakap, kalau ilmu tak cukup, jangan nak berdebat perihal agama dan usah berdakwah kerana khuatir dakwah yang nak dilakukan akan berpusing balik. Senang cakap, kita pula yang akan dikafirkan.

Entah kenapa, kata-kata Guru Agama itu terngiang-ngiang di kepala pabila terpandang gambar di bawah yang diperolehi dari blog Parpukari (tanpa kebenaran Parpu..sori bro).





Apa cerita? DAP diIslamkan atau PAS yang telah dikafirkan? Takut ooo!

Harimau tercari-cari tulisan Harimau yang lepas mengenai Vigil ini, namun nyata ia telah dipadamkan. Padam kerana azam baru Harimau pada awal 2009 yang lalu. Namun, Alhamdulillah kerana blog Kerajaan Rakyat masih menyimpan gambar yang Harimau cari.





Bagi mereka yang tidak tahu atau sengaja tidak mahu tahu apa itu Vigil, disini Harimau pautkan kalian ke Wikipedia. Kalian cuma perlu klik ---> SINI.

Tidak guna ada perkataan "Ir." di pangkal nama kalau bodoh melambung-lambung!

43 comments:

  1. saya rasa adun2 tidak berniat memburukkan islam cuma menghormati keluarga mangsa...

    DAP pun ikut cara islam bila majlis islam....jadi adil la..tak payah la politikkan benda ni...

    http://loveperak.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Salam Tok Ghimau,

    Maaf lama tak berkunjung.

    Itulah lah Tok, nak tegurkan segan pulak nanti dikatanya kita ni tak cukup ilmu agama. So baik diam je.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  3. Love Perak;

    Siapa politikkan? Ini perihal Aqidah. Dan, bila pulak Islam suruh ikut Sunnah DAP?

    Bro singgh;

    Rindu plak ngan hang.

    ReplyDelete
  4. Salam Rimau,

    Ekau kojap ado, kojap hilang, busy bonar....

    Eden, pun dah lamo nak hentak pasal mangkuk2 yang mengaku Islam ni poei buat kerja tak senonoh tu (vigil).

    Nanti eden link kat sini, dengan izin bolehkan.

    Tq.

    ReplyDelete
  5. salam tok rimau...
    saya tak berniat nak membela sesiapa...
    tapi rasanya pegang lilin tu bukan ritual mana2 agama...
    cuma menggambarkan bantahan...

    jadi rasanya tak elok terbit soal kafir irang tu kafir orang ni...
    kita mempersoalkan akidah orang...

    debatapasaja.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. Tuan ISA,

    Go ahead my friend.

    Salam Tekong Rimau;

    "tapi rasanya pegang lilin tu bukan ritual mana2 agama..."

    Susah bro....kalau main rasa-rasa. Ini kita cerita perihal akidah. Macam mana hang kata takde kaitan ngan mana-mana agama? Cuba hang bentang hujah hang..

    Saya pun, jahil gak. Tapi tindakan Ir. Nizar dan mangkuk lagi sorang tu adalah salah.

    Tak caya tanya Haron Din.

    ReplyDelete
  7. salam Bro:

    Memang TEPAT kenyataan ini, PAS semakin hanyut dngan rakan sekutu rapatnya yang dari dulu TERANG-TERANGAN MENENTANG PENUBUHAN NEGARA ISLAM. Tindak tanduk PAS seperti mereka lupa malan-amalan kurafat tersebut dan Tanpa disedari mereka memnag telah DIKAFIRKAN oleh rakan sekutu mereka sendiri. APA KATA 'TUAN GURU PULAU MELAKA' YG KITA HORMATI?

    ReplyDelete
  8. SALAM BRO HARIMAU! TAK PAYAH MINTAK IZIN BRO, INI SOAL AKIDAH BRO! SAYA SUKA ARTIKEL BRO! PADAT DAN MANTAP!

    ReplyDelete
  9. As-Salam Bro,..heheh,.apo nak dikato,..pendapat gue yg tak seberapa ni 'Holding a Vigil' to salah dari segi akidah.. vigil fer d dead held by christians and kita ade 'vigil' tp tak pangge vigil kita pangge baca yassin kat aruah org islam.. ape pun gue rasa kita tunggu pendapat ulamak islam( bukan ulamak politik arr),..heheh,..wat else can I say,..(,")

    terlalu nak dapat sokongan sampai menyimpang dari ugama,.. waallahualam..apo nak dikato,..(,")

    ReplyDelete
  10. salam bro, ALAMAT BLOG SAYA SUDAH BERTUKAR BRO!

    http://parpukari.blogspot.com

    ReplyDelete
  11. bro rimau, sila tanya dan bincang dulu dengan guru agama dengan bukti yang jelas , kadang ada kita tahu ada yang kita belum tahu , saya menantikan hujah dan jawapan yang lebih konkrit dari anda berdasarkan alim ulama; - tq

    ReplyDelete
  12. hurm, kalau nak putar tu biar la logik sikit bai. Hang tulih mengarut ni buat ape. Tu bukan adat mane2 agama la, sengal tul. namenye candle light vigil. bukan vigil je. sini ak salin copy wiki.

    A candlelight vigil is an outdoor assembly of people carrying candles, held after sunset. Such events are typically held either to protest the suffering of some marginalized group of people, or in memory of lives lost to some disease, disaster, massacre or other tragedy. In the latter case, the event is often called a candlelight memorial. A large candlelight vigil will usually have invited speakers with a public address system and may be covered by local or national media.

    dah x payah nak ngutuk2 la bro. blog hang x layak pun ak nk bace. bzir mase jek.

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum anakku Harimau,

    Rasanya elok juga kamu beritahu direct sahaja pada yang tidak tahu bahawa pegang lilin vigil itu adalah ritual keAgamaan Kristian. Senang cerita. Susah kalau orang tak tahu dan tak mahu ambil tahu dan kalau membaca pun, baca Harakah sahaja.

    Akibatna - Mereka ini seboleh-bolehnya MEMBOLEHkan apa sahaja yang PAS atau pemimpin Idola mereka buat. Lihat dalam gambar ini. Lain kali kalau nak main lilin "VIGIL" dengan Cina DAP atau Hindraf BUKAlah songkok tu dulu. Campakkan ke mana mana. Ini bukan Indonesia, boleh pakai songkok ke Gereja.

    Belum apa-apa semua dah melenting tuduh kerajaan, senang cerita UMNOlah. Dan Anwar nak buat satu lagi road show satu Malaysia pasal kematian jatuh dari bangunan ini. Banyak betul masa dia ni.

    Suruh bersumpah dengan nama Allah tak liwat Saiful tak nak, takut. Hal orang lain dia masuk campur. Dia ingat kita lupa hal dia dengan Saiful dengan terpekik terlolong satu Malaysia. Nak menjahanamkan Melayu lagi. Tak cukup dengan kekalutan dan perpecahan yang ada sekarang.

    Manusia macam ini banyak sangat di Malaysia, Malapetaka betul.

    ReplyDelete
  14. Astaghfirullah al azim!

    Harapnya perbuatan lain, di hati lain. Tetapi orang cakap dari hati menjuruskan perbuatan.

    Inilah akibatnya terlalu pandai mentakrifkan agama. Memuja api itu seperti memberi makanan kepada iblis dan syaitan.
    wallahu aklam.

    ReplyDelete
  15. Yang pertama, aku nak jawab kat Si Laniaz ni. Kau tengok diorang pasang lilin tu , outdoor ke indoor? Kalau outdoor pun, kau cerita kat aku...bila Rasulullah buat outdoor vigil sampaikan beria-ia kau backing diorang ni.

    Dan, aku rasa kau dah jadi hamba politik yang paling parah. Baik kau pegi berubat.

    Akhir sekali, tak nak baca blog aku pun tak pa. Itu hak kau.

    ReplyDelete
  16. Waalaikumussalam pada Ibu.

    Terima kasih atas komen kalian ( parpukari, zaidi ali, brotherhood, kulat lapok dan lain2)

    Kenapa sikit-sikit nak ber"vigil"?

    Dulu takde pun budaya ni. Ada sesiapa yang lebih arif?

    ReplyDelete
  17. LANIAZ!!!

    KAU TAK COPY HABIS-HABIS DARI WIKI. 2 AYAT TERAKHIR TERTULIS: Such vigils may also have a religious or spiritual purpose. On Christmas Eve many churches hold a candlelight vigil.

    KENAPA KAU SOROK? NAK KENA LAKNAT DARI ALLAH KE?

    ASTAGHFIRULLAH.

    ReplyDelete
  18. Salam!!! saya sokong Tok Rimau!!!janganlah terlalu jadi hamba politik...menang sorak kampong tergadai..biar ada had dan perenggan...yang penting jaga akidah...nak kuasa punya pasal sanggup buat apa saja..baik pemerintah atau yang belum dapat memerintah.....Wahai adik/anak2 semuslim..fikirkanlah...lihat sajelah kt.selatan Thai,Xinjiang dll...lagi..apa yg. sedang berlaku...

    ReplyDelete
  19. aku bertanya kat ustaz aku, dia kata tak salah dari sisi islam tapi macam kurang manis... itu saja. takdak mana2 fatwa kata bantah dengan cara nyalakan lilin ini haram atau makruh atau apa2. itu saja. kalau benda ni haram dah tentu tg nik aziz akan tegur...

    ReplyDelete
  20. SAUDARA SERAHKAN URUSAN INI PADA ALLAH KITA SEBAGAI MANUSIA CUMA BOLEH MENTAFSIR BAIK DAN BURUK SAHAJA ILMU ITU LUAS SAUDARA SANGAT LUAS JANGANLA HANYA MELIHAT DAN MENDENGAR KAN ELOK KITA BERTANYA PADA EMPUNYA.....PAS FOR ALL HUMAN KIND

    ReplyDelete
  21. Ini bukan cakap saya tetapi PERINTAH ALLH SWT (yang bermaksud),

    "Hai orang-orang yang beriman, jika kamu mentaati orang-orang yang kafir itu, nescaya mereka mengembalikan kamu ke belakang (kepada kekafiran), lalu jadilah kamu orang-orang yang rugi."(QS. 3:149)

    Kalimah di atas begitu jelas dan nyata, tiada langsung alasan bagi kita yang mengaku beriman untuk mempertikaikan kalimah Nya.

    Tak percaya tanya Hasan Din!!
    Benda-benda basic macam ni Tok Rimau pun boleh beri fatwa "straight to the face" tak perlu pun Hasan Din.

    ReplyDelete
  22. tergelak aku baca komen yang masih lagi cuba menegakkan kemungkaran.

    "DAP pun ikut cara islam bila majlis islam....jadi adil la..tak payah la politikkan benda ni..."

    Lantak lah DAP ikut cara islam ke tak. Tak siapa yang suruhpun mereka ikut. Tapi kita orang islam buat apa nak ikut cara mereka.

    Adakah mereka ikut makan kenduri tahlil maka kitapun boleh ikut cara keagamaan mereka? itu baru adil?

    apalah dangkalnya pemikiran. Islam adalah semulia mulia agama. Allah s.w.t hanya rehda Islam sebagai agama.

    buat apa kita nak ikut cara mereka memperingati orang yang dah mati. Lagipun orang yang mati itu terang terang bukan islam.

    cukup sekadar memberikan ucapan takziah atau melawat keluarganya saja.

    memang benda ini bukan politik tetapi ianya melibatkan akidah. Akidah jangan dipermainkan apatah lagi dipolitikkan.

    Nasib baik masyarakat islam disini berfahaman sederhana. Kalau tak dah lama nizar ni dipotong kepala.

    ReplyDelete
  23. salam bro,

    budak2 fanatik pas memang cam tu depa suka ambil ayat separuh2 untuk kepentingan depa jea.tu lah depa ne baca HARAKAH banyak sangat sampai minda pun tersepit.ne kalau gang-gang BN yang buat mau gang blogger pembangkang canang satu dunia....

    regards

    ReplyDelete
  24. Bila keluar gambar pemimpin UMNO buat macam tu pasti puak-puak beruk PAS ni terkinja-kinja mengatakan peminpi UMNO kafir... Tapi bila kena kat pemimpin PAS sendiri. Diorang berdolak dalik mengatakan tak berdosa. Tak berdosa abah kau!! Itulah kerjanya bila tak dpt sanggah artikel ni, maka mereka memaki-maki hamun. Segala caci-maki seolah-olah halal bg mereka. Bila hati sudah berkarat, sinar keimanan tidak lagi bercahaya.

    http://exception2008.blogspot.com

    ReplyDelete
  25. Salam semua,

    Tuan-tuan sekalian jangan mudah mengkafirkan orang.

    Jika benar tegurlah dengan nilai-nilai yang islam yang ditunjukan oleh Nabi S.A.W.

    Jika salah kita sudah membuat satu fitnah yang sangat dibenci Allah..

    Tajuk Harimau tu rasa kurang enak jika dibaca oleh penganut agama lain.. jagalah juga sensitiviti kaum lain..

    ReplyDelete
  26. Love Perak;

    Ustaz mana hang tanya tu? Ustaz tu Pembantu Peribadi Nizar kot?

    Kan den suruh tanya Haron Din.

    ReplyDelete
  27. "Tajuk Harimau tu rasa kurang enak jika dibaca oleh penganut agama lain.. jagalah juga sensitiviti kaum lain.."

    Rasanya, apa yang dibuat oleh Nizar lagi kurang enak.

    Fikir kekeliruan penganut Islam dahulu, baru nak fikir orang lain. itu pandangan den.

    ReplyDelete
  28. Saya pu begitu pak rimau,...apa le malang orang kita sekarang nie!!!..nak jaga hati kaum lain,ppooooddahhhh!!!nak tanya kt anonymous tu..dah lama hidupke???..kalau dalam umur 30an,baik korek telinga dan buka mata luas2..tanya ibu dan bapa awak ,apa yang telah kaum lain dah buat kt orng kite???..tanya mereka 13mei dan tragedi Kg,Medan...apa cerita...atau pergilah keKlang...dah kena btg hidung,barulah tau...belum kena ,memang lah kita ingat mereka..baik...Memang betul ...Melayu mudah lupa..dah terhantuk ,baru tergadah...

    ReplyDelete
  29. bro,

    vigil, lepaskan burung merpati tanda keamanan, bersanding, tahlil 40 mlm, upacara kat tugu negara, pakai baju kemeja n banyak lagi mmg rasullulah tak buat.

    so kenapa kita buat jugak.Betul ke semua yg rasullulah tak buat nih berkaitan direct dgn aqidah?

    Kalau kata agama lain politik lain tuh betulah berkaitan dgn aqidah.Kalau kata hudud jln abis la org islam tader tangan baru betul direct ngn aqidah.

    Tapi yg pelik kenapa org tak bising pon?Munafiq ke?

    Paling bangang org lain tgh kecoh2 mintak keadilan, org islam sebok2 pegang lilin boleh ke idak.Memalukan!

    ReplyDelete
  30. Xenan,

    Ini bukan isu boleh atau tak boleh...ini isu kenapa beliau buat begitu..

    Sama macam den persoalkan Pak Lah letak kalungan bunga dulu.

    Tang den sobut "bila Rasulullah buat outdoor vigil sampaikan beria-ia kau backing diorang ni" adalah sinikal.

    Dari ikut perangai dan perbuatan orang bukan Islam yang meragukan, lebih baik den ikut sunnnah - sunnah nabi yang den tak terbuat.

    "Paling bangang org lain tgh kecoh2 mintak keadilan, org islam sebok2 pegang lilin boleh ke idak.Memalukan!"

    Kenapa aku sibuk? Sebab aku tak kesat taik pakai tisu dan tak makan babi! Aku orang Islam yang "agak" prihatin (kot?).

    Wallahualam.

    ReplyDelete
  31. salam tok rimau,

    Puncanya perkara ni terjadi apabila orang terlalu utamakan Fardhu Kifayah dan meninggalkan Fardhu 'Ain.

    ReplyDelete
  32. bro,
    isu saya adalah tentang tajuk artikel bro di atas.Bagi saya tak elok menghukum kafir atas perkara2 khilaf.Persoalanan yg paling utama, adakah aqidah nizar tergugat setelah menyertai vigil tu?

    "Kenapa aku sibuk? Sebab aku tak kesat taik pakai tisu dan tak makan babi! Aku orang Islam yang "agak" prihatin (kot?)."

    Den nak sambun.Mungkin sbb kita melayu islam kot.Dah biasa kita di sebokan dgn pekara yg ranting dan khilaf.

    Pasal keadilan boleh lak ditolak2 semata2 ia tak jd pd bangsa n ugama kita.Sedangkan ini baru betul leh lari aqidah sbb tak mencari keadilan pd semua manusia.

    Ni lah melayu islam style.

    Den tak setuju pd perbuatan nizar atas dasar ini menimbul fitnah.

    Sama juga mcm tajuk bro yg menimbulkan fitnah

    ReplyDelete
  33. "Sama juga mcm tajuk bro yg menimbulkan fitnah"

    Eddy,

    Tajuk saya ada tanda soal...maknanya, kita perlu bersama menjawab kerana sifat tajuk itu yang lebih kepada "tertanya-tanya".

    Berbeza pula dengan gambar vigil DS Ir. Nizar (dan dulu gambar Pak Lah letak kalungan bunga di tugu negara). Gambar2 tersebut langsung tiada tanda soal di kepala pelakunya. Maknanya mereka selamba kodok sahaja tanpa memikirkan implikasi perbuatan tersebut.

    Ingat! Tiada yang maksum termasuk kita. Dan, sebarang kesilapan wajar dijadikan pengajaran.

    ReplyDelete
  34. baca kat sini

    http://loveperak.blogspot.com/2009/07/isu-mengenai-nizar-pegang-lilin-idham.html

    ReplyDelete
  35. ha ha ha . . . rimau ni standard la , artikel die sume nak cari rating, akau pun naik menyampah, datang sini nak kasi sume berpikir je , gune 2 otak info dari kiri dan kanan bukan sebelah je macam umno, tgk la ulasan guru2 agama yang dah jelaskan, wei rimau dah la kalau nak tarik rating pon buatla cara lain jangan la macam ni , xbermaruah la hahahaha. .. . cian tgk life kau .

    ReplyDelete
  36. tok rimau nak ganti nik aziz dan haji hadi . . . . hahahaha . . . baek2 wei. . . lepas ni kita dah ada pengganti ulama' hahahaha . . . lawak-lawak

    ReplyDelete
  37. sila rujuk url ni utk penjelasan..

    http://idhamlim.blogspot.com/2009/07/nizar-pegang-lilin-kenyataan-media-adun.html

    ReplyDelete
  38. ada org kata, aiiiii Cina India bukan Islam pun join masa majlis doa selamat kat opis, apa nak bising?

    Terkedu jugak nak jawab, sekali imbas. bila pikir balik, ada penah nampak yang bukan islam tu TADAH TANGAN BERDOA, macam yang Islam buat. Dia letak tangan kat bawah laaaaaa

    Dalam kes ni, alangkah baik, kalau Nizar letak tangan kat bawah jer, bukannya "tadah tangan berdoa" dgn lilin

    Idham Lim pegi bedal Prof Mahmood Zuhdi, ..... kalau ahli akademik yang bukan org politik pun tak nak dengar, nak dengar sapa lagi? nak kena dengar ulamak PAS, ulamak BN ke, ulamak DAP ke?


    ex-ROTU

    ReplyDelete
  39. eh,
    eddy n xenan tuh acc den jugak.Den tak perasan tetuka nick.

    Bro,
    tayah la samakan kes pak lah n kes nizar.Tak sama langsung.Kes pak lah terang2 ada fatwa yg mengharamkan n dah lama pon haram nya.Nak kata pak lah tatau fatwa tuh wujud mmg tak logik la.

    Kes nizar ade khilaf.Ulamak ade pendapat masing2.Jatuh aqidah tuh hukuman berat sgt utk bende2 khilaf.

    wallahualam

    ReplyDelete
  40. XENAN KALAU YA PUN NAK TAKSUB, JANGAN ROSAKKAN AKIDAH BRO!

    ReplyDelete
  41. heh parpu,

    gi le belajar sikit.Tak pon sukati lu le.Taksub kejadah nya.

    Lu g belajar adab berkhilaf skit ngn ustad2.silap2 lu wa semua kat sini tak layak pon.Cakap je pandai

    ReplyDelete
  42. firman Allah S.W.T. ; Bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.” (al-Kafirun ayat 1-6)

    ReplyDelete
  43. Idham Lim punya cerita ada belitlah.Jangan tipulah kawan.

    Dia cerita pasal colok dlm budaya cina.Betul cina di China ada bakar colok di masjid,tapi bukan utk upacara apa2 cuma bakar kasi wangi macam org Melayu,Arab,India,dgn setanggi dan kemenyannya.Tapi ini pasal lilin.Lilin bukan sebarang lilin.

    Sekarang kita ceita pasal candlelight vigil upacara agama pagan dan juga kristian.Sesetengah masyarakat bukan Islam yg lain telah me'universal'kan upacara ini tapi biasanya untuk outdoor bukan indoor.Begitupun adakah ini cara liberalisasi agama yg kita mahu?

    Selama ini pas yg begitu 'strict' dalam hukum menghukum dan melabel orang sekarang tiba2 menjadi terlebih liberal semata2 utk membenarkan perbuatan pemimpinnya?Apa cer?

    Apa cer pula si nuar,azmin and the gang tertunduk2 depan mangkuk bercolok?Ini budaya ke ritual agama?

    Oh ya,ada satu gambar lagi seorang Melayu bersongkok bersama2 penganut kristian yg sedang menyanyi lagu2 agama kristian sambil memegang lilin.Ini cara Islam ka?

    Tak nampak lagi ke,ke arah mana pas dan pr dibawa dan dipandu oleh dap?

    ReplyDelete

Tulislah komen dengan berhemah. Penulis blog Harimau Menaip tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang pelanggaran undang-undang yang terhasil dari penulisan Tuan-Puan samada penulis Harimau Menaip perasan atau tidak.