Soalannya : Apakah yang perlu ibu dan bapa saya lakukan untuk mencukupkan 80 kali penggunaan kad Tounch n Go dan Smart Tag bagi mendapatkan diskaun 20 peratus.(Sebulan 26 hari bekerja dan ada yang 20 hari bekerja, darab 2 kali sehari pergi/balik kerja = 52 atau 40 kali menggunakan tol). { sini }
Memang banyak betulnya tulisan ISA. Bukan mudah untuk mendapatkan diskaun 20% tersebut. Berapa ramai pula yang mendapat diskaun tersebut? Menurut calculation mudah yang dibuat oleh "budak TADIKA" tersebut, semacam tiada seorang umatpun yang layak!
Katakanlah, sekali melalui tol, pengguna A membelanja RM 2.00, maka RM160.00 akan dibelanjakan setelah 80 kali lalu. Sudah tentu 20% tersebut didiskaun setelah penggunaan melebihi 80 kali!
Kalau 80 kali bunyinya mustahil, yang ini sudah kira BAPAK segala mustahil.
Ditambah pula dengan berita mutakhir yang disiarkan oleh Buletin Utama malam tadi, jambatan baru di Manek Urai hanya akan dibina jika BN menang. Apa ni? Berita tersebut boleh juga dibaca di sini.
Ini sudah kes rasuah terang-terangan. Memang kerajaan PAS telah di"bangsat"kan oleh berita tersebut. Takkanlah satu jambatan pun payah untuk di adakan oleh kerajaan Negeri? Kes yang ini, kerajaan negeri yang kurang upaya atau kerajaan pusat yang berhati busuk? Wallahualam.
Kenapa perlu diugut rakyat Manek Urai jika slogan PEOPLE FIRST, PERFORMANCE NOW yang dijunjung? Betul ke diorang ni?
Atau slogan tersebut hanya bersifat sementara macam slogan penganut agama Hadhari dulu?
Suruh orang berhemah, kau tu hampurehh.... no free lunch bro...
ReplyDeleteAssalamualaikum anakku,
ReplyDeleteGambar di PD tu yang terbaru diambil dua tiga bulan dulu.
Mengenai ulasan ini, memang susah benar kita hendak berSyukur dan berTerima Kasih atas apa pun.
Mak Cik tidak rasa PAS dibangsatkan sesiapa. Pada Mak Cik PAS pun 2 X 5 selalu bangsatkan UMNO dalam Harakah dia orang. Lets be fair. This is the fact.
Kalau nak buat pembangunan dikatakan rasuah, kalau tak buat dikatakan tak ambil peduli..semua serba salah.
Inilah dia Politik Malaysia. Realitinya perPaduan Melayu TerUrai di Manek Urai. Sedihkan, bayangkan kalau UMNO dan PAS bersatu...betapa kuatnya bangsa dan Agama kita. Semua akan segan dan hormat pada kita..
Tak salah Mak Cik berangan-angan sesuatu yang baik untuk Bangsa dan Agama kita. Ingin sangat tengok Melayu Bersatu.
ye tak ye gak. maki hamun tapi jambatan nakkk...mana boleyyy...
ReplyDeletealim
tun,
ReplyDeletecerita pasal jambatan bila beend menang tu teman teringat perpaduan yg dilaung2kan. yang kelakarnya politik di malaysia tak menjunjung perlembagaan malaysia itu sendiri. jadi slogan 1malaya itu hanya retorik saja.
melayuangkat,
takkan 2-3 tahun ni baru amno dan media haprak mereka sibuk pasal perpaduan? selama 20 tahun kelantan bukan dlm beend kenapa kerajaan negeri dilayan bukan seperti negeri2 yg lain? adakah negeri kelantan itu tak termasuk dlm takrifan seperti perlembagaan malaysia?
kalau setakat menahan peruntukn negeri sekadar utk merencatkan pembangunan negeri tersebut itu adalah politik tak matang amno yg memakan diri mereka buat jangka panjang. perkara ini amno tak sedar dan makcik pun tak akan sedar.
Saudara Harimau,
ReplyDeleteKalau fikir dengan lebih mendalam, diskaun tol 20% selepas 80 kali menggunakan tol memang efektif. Ambil situasi di Kuala Lumpur dan Selangor di mana pemandu melalui 2 hentian tol untuk sampai ke tempat kerja. Jadi sehari beliau bayar 4 kali. Bermakna sebulan sekurang-kurangnya 80 kali.
Belum dicampur dengan hari minggu keluar berjalan-jalan.
Jadi kiraaan kerajaan memang betul dan saya rasa memang ramai akan menikmati faedah.
Saya ambil contoh di Pulau Pinang pula. Dari Penanti ke Seberang Jaya kena lalui Tol BKE pergi dan balik. Kemudian ke Butterworth melalui Tol Sungai Nyior. Jumlah sehari kena bayar RM3.60. Sebulan RM72.00. Dapat diskaun 20% jadi tinggal RM60.80 saja.
Sebagai rakyat Pulau Pinang jadilah dapat 20% diskaun ni daripada tunggu janji Pakatan Rakyat nak hapus Tol Sungai Nyior tu yang tak pernah dipenuhi sampai sekarang.
Terima kasih Najib. Rakyat diutamakan.
Apa yang dibuat oleh kerajaan BN dibawah DS Najib sememangnya lebih banyak retorik dan populis saja..Hanya mereka yang tidak tahu berfikir dan menilai yang mengkagumi kunun rakyat didahulukan pencapaian diutamaka. Ini semuanya hanya slogan. BN/UMNO SUDAH TIDAK RELEVEN !!!
ReplyDeleteTok Rimau..
ReplyDeleteBaru tahu...UMNO kalau baling Batu Sembunyi Tangan...Kalau Bagi,Ambik balik, Buruk Siku..
Apa yang di war-warkan oleh Kerajaan BN semua RETORIK sahaja..
Macam Cerita Nabi di Taif...Tak perlu Malaikat musnahkan Taif...Kalau sekarang ini Penduduk Taif tidak memilih Islam insyaallah..anak-anak mereka akan megikut islam...Renungkan bersama..
Wassalammmmmmmmmm
Tuan Faiz;
ReplyDeletemaknanya, rakyat Malaysia hanya terdiri daripada orang Penang dengan orang KL?
Suruh Daqto Najib cari formula yang menyeluruh.
Kalau tak, jangan pakai slogan "Satu Malaysia".
He he he..
ReplyDeleteKalau betul adil..bagi jer kat 60 kali..apa susah...ini taruk 80 kali...akai ada ka?
Mengapa 80, bukan 60 bukan 40... lu fikirlah sendiri...
Tanya.. katakanlah kalau haritu BN menang di Manek Urai, duit siapa dia guna untuk bina jambatan? Duit kerajaan Malaysia atau duit BN?
ReplyDeleteIngat, janji parti politik bukan janji kerajaan. kalau parti politik yang berjanji, maka parti politik kena tunaikan dengan duit parti politik sendiri. kalau kerajaan yang janji, duit itu duit rakyat, tidak kira siapa mereka dan siapa yang mereka pilih. kalau itu tidak boleh bezakan, jangan tulis benda-benda macam ni.
bodoh sangat nak berjanji perkara yang asal-asal sudah wajib dilaksanakan oleh mana-mana kerajaan pun. pembangunan sepatutnya tidak mengira fahaman politik, tidak mengira sempadan DUN pilihan raya dan paling penting, tidak mengira bangsa/kaum.
sepatutnya bunyi yang betul,
"Kalau BN menang di Manek Urai, kami akan minta/desak/lobi untuk kerajaan bina sebuah jambatan di sini!"
bukan,
"Kami akan bina jambatan di sini kalau BN menang!"
Nampak beza?
Atau masih bebal?
Aku tahu, kamu akan tanya, apa bezanya kalau dia nak cakap mana satu pun.
BEZA. Kalau dah berjanji seperti ayat pertama itu, maknanya BN menggunakan jentera kerajaan.
KERAJAAN - bukan milik BN, PAS, PKR, DAP atau mana-mana parti politik. Itu milik rakyat!
Void Dance,
ReplyDeleteBetul kata kamu cuma emosi sangat nampak.
Cool bro.
Kenapa nak buat jamabatan time pilihanraya aje..time lain masa merintah dulu sal tak buat ek? Boleh ke tulis cam ni..ntah..apa apa pun Takbir!
ReplyDelete