Benar, Datin Seri Rosmah bukanlah pelajar genius atau berpendidikan tinggi atau mempunyai gelaran Doktor di pangkal nama; namun itu tidak menjadi suatu syarat dalam pada seseorang individu untuk menjadi seorang Canselor. Maka, jawatan sebagai Canselor yang diperolehi Datin seri Rosmah TIDAK WAJAR dipersoalkan melainkan terdapat hujah yang kukuh untuk menyokong penentangan tersebut.
Dalam surat bantahan 5 November lalu, mereka mendakwa Rosmah "tidak memiliki keunggulan keilmuan yang sewajibnya ada pada gedung ilmu." { sini }
Bangsat sangatkah taraf pendidikan Datin Seri Rosmah hinggakan frasa tersebut diungkapkan? Menurut Wikipedia:
Rosmah mendapat pendidikan menengah di Kolej Tunku Kurshiah, Negeri Sembilan. Beliau seorang yang pandai dan dikatakan selalu mendapat tempat teratas dalam kelas. Selain itu beliau juga aktif dalam aktiviti sukan seperti badminton, hoki dan bola jaring. Beliau juga sukakan hiburan dan selalu mengambil bahagian dalam nyanyian, tarian dan lakonan semasa di sekolah.
Beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, di mana beliau mendapat ijazah dalam bidang antropologi dan sosiologi. Selepas menamatkan ijazah, beliau menyertai Bank Pertanian Malaysia sebagai eksekutif pada tahun 1975. Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran ke Lousiana State University, Amerika Syarikat, dan berjaya mendapat Sarjana Sains dalam sosiologi dan pertanian.
Selepas kembali ke Malaysia pada tahun 1983, beliau menyertai syarikat Island and Peninsular Berhad sebagai Pengurus Pembangunan Perniagaan.
Siapa pula pilihan Siswa/Siswi UNISEL? DSAI? Bengap ke kepala Siswa/Siswi UNISEL? Kita susuri taraf pendidikan DSAI dahulu.
Semasa kecil, beliau bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Stowell, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Kemudian, beliau meneruskan pengajian persekolahan menengahnya di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dari tahun 1960 hingga 1966. Semasa di MCKK, beliau aktif dalam Persatuan Bahasa Melayu dan wakil pemidato sekolahnya. Beliau juga pernah dilantik sebagai Ketua Pengawas MCKK. Semasa di MCKK, Anwar mengenali Sanusi Junid, Kamaruddin Jaafar dan Yahaya Ahmad. Selepas itu pada tahun 1967, beliau melanjutkan pelajaran tinggi di Universiti Malaya dalam Pengajian Melayu (Sastera).
Rasanya, tiada apa yang hebat dari Resume DSAI. Dari apa yang Harimau baca melalui e-akhbar, tidaklah pula si Siswa-siswi UNISEL menamakan mana-mana individu yang mereka rasakan layak memegang jawatan Canselor.Ia mungkin disebabkan oleh :
- Siswa-siswi UNISEL sengaja membakar api politik kampus.
- Siswa-siswi UNISEL mahu juga menjadi jaguh politik kampus seperti siswa-siswi UiTM.
- Malaysia sudah ketandusan orang bijak-pandai.
- Senario mutakhir, yang mana orang bijak kelihatan bodoh (contoh: Naib canselor di dalam Debat Anwar - Shabery) telah mempengaruhi tindak-tanduk siswa-siswi UNISEL.
Persoalan terakhir, yang mana satu asbab nya?
Harimau: bukan penyokong Rosmah apatahlagi pecacai politik sesiapa. Sekadar tertanya-tanya.
Salam Tok Ghimau...
ReplyDeleteLamo borcuti yo...
Biaso la api-api perkauman politik kampus dah mula menular...mano budak UM yang hebat bebenor tuh...mak bapak suruh poie belajar...tapi sibuk mengutuk orang!
Cuti sobab sibuk bonar.
ReplyDeleteAdo banyak "kebengangan" dalam benak seperti keceluparan Manoharan...tapi dek terlalu sibuk, maka tak sompek nak tulis.
Assalamualaikum anakku Harimau,
ReplyDeleteMereka tiada ISU yang sebenarnya hendak kutuk Najib dan BN. Cari punya cari, terpersaan pulak UNISEL ini ada kaitan dengan Rosmah. Jadi apa lagi.
Tak mengapalah kalau digantikan DS Rosmah pun tak jadi kudis pada beliau. Beliau pun bertimbun aktiviti negara lain, pada mereka yang menghargai kebaikan beliau.
Kesian UNISEL.. Universiti baru setahun jagung, prestasi entah ke mana..politik yang lebih lebih..
Susah susah suruh sahaja Khalid Ibrahim lantik Elizabeth Wong ganti DS Rosmah...they will all live happily ever after. Kita pastikan anak-anak kita tak ke Unisel. Baru semua SHUT UP.
Mengabihkan boreh den ajo..
daripada rosmah jadi nc unisel..layak lagi nenek aku!!!
ReplyDeleteasal x meletup sudah la kampus UNISEL tu...
ReplyDeleteWaalaikumussalam Ibu dan Anonymous-anonymous yang lain;
ReplyDeleteSiswa-siswi UNISEL perlu fikir benda lain. Siapa jadi Canselor...bukan hal mereka.
Melainkan Canselor itu membuat pelajaran mereka terganggu atau mengakibatkan LAN (MQA) ditarik balik atau menjatuhkan maruah Universiti.
Rasanya, belum lagi.
tun salleh abbas ok x?
ReplyDeleteBagus juga pencalonan kamu tu...mmmm...yang muda sikit ada tak?
ReplyDeletedah bagus sgt ke budak2 UNISEL tu?
ReplyDeleteTun Salleh Abas???
ReplyDeleteTak sesuailah...Unisel tak ade Law..Kalau boleh carilah tokoh yang neutral bukan Politik..yang boleh menyumbang kepada pembangunan Universiti..Tapi kalau nak bagi pelajar UNisel senag cari kerja ..bagilah kepada tokoh Keparat kat malaysia ..he he he he..macam masa ITM dengan Ani Arope..
Wassalammmmmmm
salam
ReplyDeletemungkin tuan lupa letak satu profil pengalaman beliau :
'visiting lecturer George Washington university:
Karya buku : Gelombang Kebangkitan Asia
Terdapat sejumlah kertas kerja dan ucaptama yang beliau buat sewaktu dijemput ke Seminar Antarabangsa (bersifat sosial,sains,politik d.l.l)(kalau rajin, cari sendiri)
Ingat,Buya Hamka pun dapat gelaran Prof bukan disebabkan pendidikan formal tapi melalui 'pengalaman' dan pengetahuan beliau.
Begitu juga Syeikh Mustafa Masyhur yang juga mendapat ilmu secara tidak formal.
Berbalik pada Rosmah.Dari segi pendidikan formal?mungkin ya 'sama taraf' dengan Anwar.Pengalaman dan tahap pengetahuan yang diperolehi?
Saya bukan penyokong Anwar.Tapi kalau ada hujah yang boleh dibidas mengenai 'kelebihan' Anwar dari Rosmah, saya alu-alukan.
alahai busak2 unisel...
ReplyDeletelatik je sape2 yg korang pk ok...
bukannye apepun unisel tu..
result cam clake pun leh masuk...ahaks...