6.9.09

Bodoh Macam Lembu.



Teringat Harimau zaman main ragbi di sekolah berasrama penuh dulu, imej "Ultimate Warrior" memijak kepala Singa akan dikibarkan tatkala 2 pasukan seteru utama iaitu STJ Warrior dan SDAR "Lion" bertemu. Tidak Harimau sangka, ada juga si dungu yang akan merealitikan imej tersebut; cuma subjek utama bukan seorang "warrior" dan yang dipijak cuma bangkai seekor lembu yang tiada dosa.


Bukankah spesis lembu ini yang sering ditumbangkan pabila tiba Hari raya Korban? Dan diagihkan pada fakir-fakir miskin?


Apa mesej sebenar si dungu-si dungu ini? Menghina agama Hindu atau perli pentadbiran Tan Sri Khalid? Perlukah kepala lembu turut serta di dalam perarakan dan bantahan tersebut?


Kalau dulu Harimau mencela umat Islam menyertai vigil, celaan serupa juga dilemparkan buat mereka yang bertanggungjawab membawa lembu dalam perarakan itu.


Niat mereka betul tetapi tindakan yang dilakukan macam orang yang bodoh. Ya. Bodoh macam Lembu!

Harimau: si bodoh mana pula yang beria-ia memegang kalimat hijau tu? Itukah ratib zikir golongan ini? Wallahualam.

4 comments:

  1. dulu di ajak berbincang, khalid dan rodziah buat bodo. la ni bila penduduk dah marah.... baru terhegeh2 nak sua muka....nasib baekk tak kena baling kasut. hahaha

    ReplyDelete
  2. Salam bang rimau..bang rimau dlu skolah maner? STJ ke Sdar? batch taun brp? sajer nk tau..teringat taim jd stjrian dlu.ragbi mmg top..skrg mcm hampeh..

    ReplyDelete
  3. ini pasal umno ngan pemikiran rasist dorang. memang bodoh.
    first hina agama orang lain
    pastu hina lembu tu pulak sedangkan lembu itu adalah Hamba Allah juga.

    kuil dekat ngan rumah bukan alasan untuk jadi rasist.

    ReplyDelete
  4. Anonymous,

    Saya dulu STJ. Batch tahun bila? Hang congaklah sendiri.

    Form 4 kena tendang sebab kes disiplin. Panas baran dan gengster tak bertempat. Kes belasah pengawas yang kebetulan seorang anak polis PULAPAH (sekarang PULAPOL).

    Nyosa den poiitt!

    ReplyDelete

Tulislah komen dengan berhemah. Penulis blog Harimau Menaip tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang pelanggaran undang-undang yang terhasil dari penulisan Tuan-Puan samada penulis Harimau Menaip perasan atau tidak.