6.9.09

Menjawab Persoalan Haji Haji Haji Munir.

kalau blog ni bukan milik cina DAP, aku cabar ko keluarkan article yg sama utk boikot McDonald yg dipunyai vincent Tan.kalau ko tak keluar boikot McD, sah la kau blog Cina DAP. hj.munir { dari komentar ini - Pembohongan Dalam Iklan KFC? }

Harimau nak tanya, Haji Munir ni dah berapa kali pergi menunaikan Haji? Bukan apa, kalau sudah tiga kali, Harimau nak panggil Haji Haji Haji Munir (macam drama Qalesya - yang tak pi terawikh mesti tahu).

Haji, saya akan pautkan sesuatu perbincangan mengenai McDonald yang saya perolehi dari laman Web PPIM.

Klik http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/comment.php?comment.news.679

Harimau: sampai hati Haji Haji Haji Munir kata blog ini milik Cina DAP?

7 comments:

  1. Salam Haji Harimau,

    Hang dah pi Haji berapa kali, boleh aku ulang macam yang hang buat tu. ha..ha..ha..

    Aku kadang2 tu sayu juga bila anak2 sebut pasal dah lama tak makan KFC dan bubur McDonald.

    Tapi setakat ini Alhamdulillah, semuanya mendengar kata, dah hampir setahun rasanya tak jejak kaki kesana.

    Nak KFC goreng jer kat umah, banyak tepung goreng yang ranggup la ni, nak bubur masak jer sendiri, tiru jelah resepi diorang.

    Yang penting duit aku tak mengalir untuk sumbangan pembunuhan umat Islam.

    Tak begitu tuan haji..haji..haji.. Munir, kita yang kawal nafsu dan ahli keluarga kita, tepuk dada tanya selero....

    ReplyDelete
  2. Bro.,

    Terus-terang den nak khobar, maso orang umah den mengandung, dio nak makan KFC. Serba salah den dibueknya. Tapi den tak boli. Den buek macam hang buek.

    Dan...den bolum poie Haji laie...

    Hehehehe..

    ReplyDelete
  3. belum pernah ada kes dalam dunia tak makan ayam kfc & mcd akan mati haji woi....
    tok wan aku dulu bagi anak cucu dia makan ayam kampung masak rebus,cicah air asam jer....
    elok jer belajar sampai phd,bekas ketua hakim sorang tuh...
    elok pak haji pegi mekah lagi 13x baru clear....

    ReplyDelete
  4. lain kali kalau nak menulis kena ada ilmu dek oii. jgn main hentam ikut emosi.

    KFC tu org melayu punya, KFC yg melabur di m'sia 20 thn lebih dulu tak sama dgn KFC yg ada hari ini.

    Skrg hanya tinggal beberapa persent saja yg dipunyai oleh pelabur asing.

    malah KFC malaysia jadi mentor for south east asia. M'sia yg bekalkan kepakaran dsbnya bagi asia tenggara.

    brapa banyak orang melayu islam yg dapat manfaat dari perniagaan KFC, cuba kau cerita sket?? dari bawah sampai la franchais KFC, banyak org melayu dpt manfaat.

    cuba kau ada duit sejuta nak buka franchais Mc.D, boleh ka?? tak boleh sbb Mc.D tak da franchaiss, HQ yg kontrol semua branch dia.

    dari kilang ayam di tangkak yg dipunyai oleh seorg cina tapi skrg dah dikuasai oleh org2 melayu islam.

    dulu majoriti pengeluar ayam daging dipunyai oleh mereka berbangsa cina. maka kalau tuntutan harga ayam utk dinaikkan tak dipenuhi oleh org2 kjaan islam melayu maka mereka akan bakar anak2 ayam.

    sehinggalah k'jaan terpaksa ambil alih dan ada korporat melayu yg nak tolong k'jaan kurangkan bebanan. itu dinamakan jihad perniagaan.

    keuntungan dari KFC ni aku dgr tan sri ali nak beli keseluruhan saham KFC di US, dan jadi milik melayu islam sepenuhnya. Allahakbar.

    bagus kalau kau ada sikap yg tak mau satu sen pun duit islam jatuh ke jew/yahudi.

    tapi kau kena perlu ingat sama , komputer yg kau gunakan tu utk memfitnah pun, dan software bill gates adalah penyumbang utama kepada gerakan jew/yahudi.

    di mekah di depan masjidil haram ada kedai KFC,( dlm bangunan hilton) kedai McD tak ada. fikir2kan la.

    banyak lagi baca , baru boleh gelar diri tu harimau.

    Ismail
    Penang

    ReplyDelete
  5. """Orang Bawahan Yang Berminda Merdeka. Dilahirkan bukan untuk dijadikan hamba manusia. Mempunyai tugasan yang sukar; amanat Agama dan bangsanya."""

    kalau dihayati kata2 adik harimau diatas ni memang macam nampak baik. tapi kulit yg baik saja tidak cukup.

    umur adik pun masih mentah baru 31thn. tidak mengapa buat salah tapi mesti mahu cepat belajar.

    kena berlaku adil dalam pemikiran, dan jangan lokek untuk berfikir.

    salam singgah
    Zul.

    ReplyDelete
  6. salam.. tuan harimau.

    saya nak tanya kalo cina mesti cina dap ke? mca , gerakan bukan cina ke??

    ReplyDelete
  7. Tonka,

    Cina itu adalah satu kaum...tidak kiralah mana parti yang dianutinya.

    Tuan Zul,

    31 tahun memang terlalu mentah. Tapi, kalau diikut prinsip Tuan itu, maka sampai kiamat lah perubahan ke arah kebaikan yang diidamkan tidak kesampaian.

    Tuan mesti dah tua kan? Tu yang jeles ngan den tu..hehehehe..gurau jek.

    ReplyDelete

Tulislah komen dengan berhemah. Penulis blog Harimau Menaip tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang pelanggaran undang-undang yang terhasil dari penulisan Tuan-Puan samada penulis Harimau Menaip perasan atau tidak.