Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

4.9.09

Pembohongan Dalam Iklan KFC?

Kawan Harimau kata beliau kena "kencing" dengan KFC. Lain yang diiklan dan lain yang dihidangkan. Boss KFC (Tan Sri Muhammad Ali) ada sebut tentang Jihad Bisnes tetapi sedarkah beliau bahawa perkara seperti ini adalah dilarang dalam Islam? Jihad Bisnes yang beliau nyatakan tentu tidak melibatkan pembohongan didalam intipatinya.

Bolehkah KFC disaman oleh teman Harimau? Atau wajarkah kita memboikot KFC?




13 comments:

panji alam said...

saya pun dh tertipu..

seBokSebOK said...

sudah adat berniaga...
cerita mesti gempak!

seboksebokseboksebok dtg menyebok!

sydeen said...

ish..org dah lama boikot KFC ni... btol la mahathir cakap, melayu mudah lupa

Keylee Daud said...

proksi kapitals...atuk asal dah ajar camgitu ...hahahha...(M) tak da beza HQ tetap sama

maklong sufina said...

laaaa..kan dah suruh boikot...apasal order lg...teman masih boikot...
boikot tetap boikot....

Harimau-Menaip said...

Den tahulah kita boikot...tapi ada gak yang tidak..

anggaplah post ni macam suatu reminder buat yang lupa...

mountdweller said...

Salam Tok Rimau.

Dasar Yahudi, tidak sah kalau tidak menipu dan berbohong.

mudz said...

Aku dah boikot...sampai mati aku boikot.....aku tak mati ....semata-mata kerana tak makan KFC....ramai orang dikuasai perut sendiri...

Anonymous said...

astagfirullah. kalau bisness org cina kamu buat mcm ni kan baguss. hei entah lah malaysia ku. politik punya pasal.

Anonymous said...

Tu la kan dah berapa kali cakap, takyah dok harap la kat syarikat luar lagi ( Yahudi la tu ). Kan kita dah ada produk tempatan. RADIX FREID CHICKEN (RFC). mai la join HPA ramai2. Bantu pasarkan produk halal. Bukankah itu tanggungjawab kita. Bandingkan sendiri. Ayam organic ( makan jagung/habbatussauda') penyembelih pun tak ragu2 dah. Rasa lagi hebat, kesihatan pun taklah tergugat.

BhYm said...

Salam...
Buat Sdr Bila Harimau Sudah Menaip...
Adakah kesilapan iklan tu besar sangat kesannya pada set hidangan..
Kita diberi pilihan samada hendak terus membeli atau tidak selepas mencuba sesuatu produk...tak kira apa pun produk tu..
Saya antara individu bercadang nak boikot KFC dulu2 atas alasan boikot produk yahudi... tetapi setelah dihalusi tanpa emosi, saya lupakan niat itu..
Saya rasa saya kena tabik spring dengan Tan Sri Muhammad Ali Hashim yang melontarkan idea utk mengambil alih saham QSR dan seterusnya menguasai satu bisnes yang amat menguntungkan..
Saya utarakan satu sudut bisnes hiliran...membela ayam untuk bekalan kepada KFC..adakah Sdr BHSM tahu berapa ramai entrapeneur bumiputera yang telah menerima faedahnya...
Begitu juga dgn masalah ayam sembelih... Kita selalu dihantui dgn masalah status sembelihan ayam oleh pembekal ayam yang mempunyai sijil halal JAKIM... apakah kita lupa penyembelih ayam menjalankan tugas sambil hisap rokok gudang garam dulu? ... akan tetapi saya amat menyakini status sembelihan ayam KFC...

Hujung-hujung... saya bukan suka sangat KFC dari sudut kesihatan.. sesekali makan tu bolehlah.. beli untuk meraikan harijadi anak..paling2 setahun 5-6 kali je..
Tapi kalau nak kutuk KFC sampai mcm tu sekali...saya rasa kurang adil tuan...
Harap2 En Jamaludin Ali dapat jelaskan kebaikkan yang KFC buat untuk masyarakat di Malaysia...
Harap2 Tan Sri dapat menguasai saham KFC diluar negara...agar masalah ayam halal/ daging halal dapat dikurangkan/diatasi diperingkat global...

Anonymous said...

kalau blog ni bukan milik cina DAP, aku cabar ko keluarkan article yg sama utk boikot McDonald yg dipunyai vincent Tan.

kalau ko tak keluar boikot McD, sah la kau blog Cina DAP.

hj.munir

ha ha ha said...

ha ha ha..

Tu ler pasal kalau masuk KFC aku biasa order yang biasa aje...takut kena tipu iklan...he he he..

Aku bab KFC aku kurang Boikot..sebab dia ada kebaikan bagi industri orang Islam Malaysia walaupun pada dasarnya Syarikat itu masih lagi milik Yahudi. Kat US pun KFC bukan popular sangat. Kalau aku tak mahu KFC ..aku beli Ayamas garenti Orang Malaysia punyer syrikat QSR gak...he he he..

Tapi McD ni memang kalau boleh aku cuba untuk mengelakkanya sebab ia kepunyaan Vincent Tan, lagi satu ia kepunyaan Yahudi juga..lebih baik aku layan Burger Ramli dari McD ..he he he..tak pun Burger Hadari (Ini yang aku baru dengar ha ha ha ha)..

wassalammmmmmmmm