Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

31.5.10

Peluru Israel dibayar oleh Rakyat Malaysia?

"Sah UMNO/APCO DAN APCO/ UMNO. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz telah memberitahu Dewan Rakyat kontrak yang dimenterai oleh kerajaan Malaysia dengan firma perunding dari Israel APCO worldwide bernilai RM77 juta." petikan dari sini.


Rakyat Malaysia berkerajaankan Barisan Nasional.
Barisan Nasional didominasi oleh UMNO.
Presiden UMNO = Perdana Menteri.
Duit Kerajaan = Duit Rakyat Malaysia.


Oleh yang demikian, Ketua Pemuda UMNO jangan nak MEMEKAK!

Jangan dambakan publisiti murah. Desak Pemimpin atasan UMNO bersumpah laknat bahawa mereka tiada kaitan dengan APCO. Jika tidak, sila bertanggungjawab atas peluru-peluru Israel yang sudah merobek tubuh umat Islam!

12 comments:

ISAC said...

Apa yang tersurat APCO bukan dimiliki 100% oleh Yahudi...

Bagaimana pula dengan mereka yang saban hari menikmati Kentucky, Mc Donald, Pizza, Kit Kat, Nestle, Filem2 Holywood, Nike, Adidas dll... Industri makanan, hiburan, pakaian dan peralatan sukan milik "Yahudi" di negara kita sahaja menyumbangkan berbillion US Dollar setahun???

Harimau-Menaip said...

ISAC;

Tiadakah lagi syarikat yang tiada langsung peratusan pemilikan Yahudi?

Tentunya ada. Dan, soalan seterusnya, Tuan boleh jawab sendiri.

Unknown said...

Askar Israel ni main ganas pulak, diserangnya konvoi kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza, Palestin. 15 dikhabarkan terbunuh & ramai lagi cedera. Status 12 warga kita tak tau nak kata.

Bahaya bermain api dgn Israel ni.

reno said...

itu ajaelah senjata kita, lepas boikot, boikot.... malu rasanya pada diri sendiri.. unta padang pasir pun lagi baik ...

Wake UP! said...

Oleh itu, umat Islam harus menguasai ilmu agar dapat membantu sesama Islam yang ditindas Yahudi.

Jangan asyik berdengki sesama sendiri dan menjatuhkan sesama Islam.

ISAC said...

DSAI sendiri pernah menggunakan wang kerajaan, USD 5 Juta untuk menaikkan "imej dirinya" semasa menjadi TPM pada tahun 1997/98. Syarikat yang digunakan juga ada mempunyai hak milikan Yahudi.
Bahkan Yayasan Masa Depan Yang Diterajui oleh DSAI juga mendapat dana dari Yahudi. Sila lihat akuan bersumpah Dato' Murat, ex pegawai tinggi bank negara.

Ada perbezaan di antara Yahudi dengan Zionis.

Anonymous said...

Salam Tok Rimau,

Syarikat yang berpangkalan di US, dan ada orang Yahudi sebagai pemegang sahamnya, what is the fuss?

Lainlah ianya berpangkalan di Israel dan dikuasai oleh 100% Yahudi.

Kalau macam tu, banyak lagi syarikat-syarikat yang berpangkalan di US dan dipunyai oleh 100% Yahudi, sebagai contoh... Bill Gates, Michael Dell, Steve Jobs semua nya Yahudi, dan barang-barang keluaran mereka digunakan oleh hampir kesemua mereka yang menggunakan komputer. tetapi tiada pula si bodoh-bodoh memekak, bising kononnya Malaysia bersekongkol dengan Yahudi menembak rakyat Palestin.

Cuma, RM77 juta tu agak mahal untuk tugas PR, membazir. Terima Kasih.

Joe Labi

dubaque said...

salam bro,
cuma satu jer yang wa kongfius, isu dia sekarang nie ialah kekejaman israel, sebagai blogger bila harimau mula menaip wa rasa lu sepatutnyer lebih pro-active, bukan mencari cari alasan yang kurang asasnya

salam bro, keep on writing

Anonymous said...

didepan mata rakyat terang serta jelas mahashit telah mengunakan duit rakyat untok merobek rakyat.mahafiraun mahashit mahathir kalaulah benar anti israel hapuskan bn/umno/apco,janganlah nak berkokok ekor bergelumang ngan taik haramjadah.rakyat akan tetap menolak kamu walau apa pun yang engkau laungkan.

Harimau-Menaip said...

Kira-kiranya mudah.

Kita bersihkan diri kita dan negara kita dahulu. Baru kita lakukan sesuatu pada Israel. Kalau tak, macam orang Munafik rasanya.

Bab KFC la, Mc D la, Pizza Hut la...tindakan memboikot boleh datang dari umat Islam sendiri.Sebab itu saya tak sentuh. Lagipun, dulu pun saya dah tulis bab tu.

Namun, apa yang kita boleh buat jika kerajaan menggunakan APCO sebagai Tuan Penasihat? Maka, Kerajaan juga yang perlu melakukan sesuatu kan?

Bab DSAI tu, ia umpama kita mengungkit datok-nenek kita yang menganut agama Hindu. Senang cerita, tak payah ungkit kisah lama. Nanti takde sudahnya.

Seno Madiun said...

Palestina mesti kita tolong 'by doing' dengan perbaikan negara kita. Salm kenal buat rakan2 di Malaysia dari Akhuki di Jkarta Indonesia syukrn

Anonymous said...

Secara logiknya ada ke apa apa barangan dan services di dunia ni yang 100% tiada kaitan dgn yahudi. Even kat arab saudi, Aramco , syarikat minyak Arab saudi yg di kuasai Amerika, juga mmepunyai eksekutif bangsa Amerika yang berketurunan Yahudi yang berkerja di tanah arab Saudi. waimma kalau kita lihat kilang plastic di Malaysia pun terpaksa inport 'resin' dari luar negara. 'Resin' ini bukankah barasaskan hasilan pertroleum. Banyak sykt peroleum siapa eksekutifnya?

Sebenarnya kita tak boleh paranoid. betul kerajaan menggunapakai APCO sebagai usaha untuk memulihkan hubungan ekonomi dgn Amerika. Dalam dunia ni APCO di iktiraf sebagai service provider yang terbaik. salahkah kitu gunakan khidmat yang terbaik untuk memberi manfaat kepada negara kita dari segi perkembangan ekonomi. Kalau ada sebuah firma Islam yang mempunyai kemampuan yg sama, saya percaya kerajaan akan menngunapakai mereka. Tetapi hakikatnya tiada. Sedangkan di timur tengah, banyak syarikat milik kerajaan arab menggunakan kepakaran yahudi dalam membangunkan negara mereka.

Sebenarnya DR Mahathir dah cakap 20 tahun yang lepas. Untuk Islam kembali kuat, hanya dua perkara perlu di titkberatkan iaitu ILMU DAN KESATUAN. Apabila kita menguasai ilmu dan melalui ilmu kita mempenagruhi dunia..barulah kita boleh ubahkan paksi dunia daripada barat ke Islam.. Bayangkan 12 juta bangsa Yahudi menguasai dunia kerana mereka berilmu cthnya Albert einstein, Steven Spielberg...
Masalahnya kita suka melihat benda dari sudut yang sempit. Sekadar kita boikot Mc Donald..tak kebulur Israel. tetapi yang nyata Islam melayu yang bekerja di Mc Donald akan hilang mata pencarian.

Marilah kita sama sama mencari ilmu, mengukuhkan ekonomi, menjalin persaudaraan, menpelopori teknologi dan mempertajamkan minda dan pemikiran. Barulah kita boleh menerajui dunia...Mungkin bukan sekarang tetapi kita mesti menjadi asas kepada kemakmuran dan kebangkitan Islam generasi akan datang..