28.7.11

Datuk Saifuddin Abdullah: Negara Dahulu, Bukan Parti

Pemimpin UMNO yang paling gua segani adalah Datuk Saifuddin Abdullah. Dia tak bodoh macam KJ dan tak bangang macam Azeez. Kalau ada 10 pemimpin UMNO seperti beliau, maka gua pasti akan naikkan panji- panji UMNO di blog ini dan TIDAK AKAN BERPOLITIK NEUTRAL LAGI.

Ikut formula atuk gua, orang macam Datuk Saifuddin ni, hayat politiknya tak lama. Tak percaya, korang tunggu pasca PRU-13.

Kepercayaan gua sekarang, selagi gua masih tengok kempen zaman tok Adam dalam RTM dan TV3 (tidak lupa Utusan), selagi itu gua percaya UMNO akan tewas teruk pada PRU-13. Itu gua yakin sangat-sangat!

Sebab itu gua rasa tidak salah menegur pemimpin kerana pemimpin itu tidak maksum. Kaedahnya sahaja yang perlu kita fikirkan. Jika kaedah tidak beradab yang kita pilih, tidak juga ia salah kerana itu adalah hak kita bukan? Cuma, perlukah kita utamakan hak dan membawa imej buruk seorang Muslim? Gua juga selalu terlebih...maka gua juga tidak maksum.

Akhir qalam, Salut buat Datuk Saifuddin kerana mengikis pandangan sinikal rakyat terhadap mentaliti pemimpin UMNO.




1 comment:

  1. Negara itu matlamat,baik kerajaan dan puak pembangkang mahukan negara yang aman,selamat dan makmur.
    Adakah pendapat atau fahaman kita sama pada setiap individu yang berfikiran atau berkehendak baik?Baik untuk saya tak semestinya baik kepada orang lain.
    Paling penting ialah jalan atau kaedah yang digunakan untuk mencapai matlamat itu.Satu daripada caranya ialah melalui parti.
    Pertama jalan dulu kemudian baru matlamat.Jalan yang lurus menghasilkan matlamat yang bagus.
    Jalan yang jelek takkan sampai pada matlamat.

    ReplyDelete

Tulislah komen dengan berhemah. Penulis blog Harimau Menaip tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang pelanggaran undang-undang yang terhasil dari penulisan Tuan-Puan samada penulis Harimau Menaip perasan atau tidak.