Gua neutral walaupun dalam dompet gua ada kad keahlian satu parti yang semua orang kenal (bukan KITA). Gua pun pangkah ikut naluri gua. Salahkah gua kalau tidak bersetuju dan tidak menyokong pemimpin parti gua? Tidak. Gua bukannya dilahirkan untuk menjadi pengikut dan pak turut; gua dilahirkan untuk memimpin. Gua yakin perkara itu.
Gua suka Dr. Asri sejak zaman beliau berdebat dengan Astora Jabat. Orang nak cop dia apa pun gua tak kisah. Dia tak pernah ajar gua benda tak baik. Kalau lu kata dia Wahabbi, lu kena dengar ceramah dia dulu. Setakat dengar cakap orang, lu tak layak nak hukum sesiapa.
Macam ada seorang makcik di FELDA Palong 8, bercerita tentang konek Anwar Ibrahim. Bila gua tanya sumber mana dia dapat, dia kata Paklong Bidin yang cerita kat dia. Siap panggil "Nuar Belalai". Gua percaya Paklong Bidin adalah pembaca tegar blog Parpukari (gua sayang Parpukari...sebagai saudara seIslam).
Gua bukan macam makcik tu bai. Lu betul gua angguk bersetuju. Kalau lu tak betul, takkan gua ontok ye tak? Gua tak betul pun gua rela dikritik. Ada pernah gua buang komen korang? Yang mencarut dan rasis tu gua pangkah la...
Cerita gua dah habis..Dengar pendapat Dr. Asri pulak:
Salam Bro..respek dan saspek..Dr Asri bukan wahabi..tapi seseorang yg membawa pemikiran terbuka tentang islam dalam kehidupan secara total..
ReplyDelete