Yang pertama, aku firm atas keberangan aku terhadap Zainah Anwar. Sebab yang aku ada cukup kuat. Tak payah aku hurai sebab yang aku nak cerita adalah berkenaan surat Tun Mahathir kepada Kerajaan Kelantan.
Niat Kerajaan Kelantan itu bagus cuma mungkin boleh dipertimbangkan dari segi pelaksanaan yang adil. Dari apa yang aku baca, Hudud hanya mahu dikenakan ke atas umat Islam sahaja. Zainah Anwar pun memahaminya begitu dan dengan penuh kejahilan, dia menulis perihal hukum Allah dari sudut pandang Yahudi. Kepala hangguk dia.
Jika diamati surat Tun Mahathir kepada kerajaan PAS, ada kebenarannya isi surat tersebut. Bagi aku, masalah pihak UMNO/ BN adalah, memandang isu hukum Hudud dalam pandangan seorang pemain politik dan bukan sebagai umat Islam yang bertanggungjawab. masalah PAS pula, meletakkan faktor keadilan dibelakang.
Bagaimana mahu bertanggungjawab? Berbincang dengan lapang dada. Berniat dengan bersungguh-sungguh bahawa hukum Allah ini boleh dihidupkan di bumi Malaysia. Surat Tun Mahathir bertarikh sekitar 1994. Jika mempunyai niat baik, sudah tentu hukum Allah ini sudah terpakai; kalau tidak di seluruh Malaysia Darul Independent setidak-tidaknya di Kelantan.
Mungkin Tun Mahathir pun tidak mempunyai niat untuk melaksanakan hukum Allah (Hudud). Wallahua'lam.
Di mana kertas kerja PAS berkenaan Hudud? Sila dedahkan pada umum. Yang jahil mungkin boleh mulai faham dan yang kafir mungkin boleh terima. Kalau kertas kerja pun takda, jangan jaja hal ini berlebihan.
penulis blog dan yang lain-lain termasuk pemberi komentar perlu berhati-hati, jangan dimurkai Allah hanya kerana mahu menjadi "BALACI POLITIK" merangkap "ANJING POLITIK" yang patuh dan taat pada parti politik anutan masing-masing.
Karpal Singh, kau pun kena diam. Jangan berlebih sangat. Hanya kerana kau peguam, jangan sangka umat Islam takut sangat dengan hukuman dunia. Diam jika tidak faham.
Video dibawah adalah bagus untuk memulakan pemahaman asas terhadap isu Hudud kerajaan Kelantan dan keengganan Tun Mahathir pada 1994.
No comments:
Post a Comment
Tulislah komen dengan berhemah. Penulis blog Harimau Menaip tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang pelanggaran undang-undang yang terhasil dari penulisan Tuan-Puan samada penulis Harimau Menaip perasan atau tidak.