Aku pernah membaca sebuah kisah namun aku tidak menyiarkannya kerana meragui darjat hadith tersebut. Jika sesiapa dapat memastikannya maklumkan padaku.
Tuan Ronasina, kisah dibawah lah yang aku maksudkan. Baca dan hadam betul-betul. Kau insan terpilih bro. Kau dan isteri cukup tabah.
Bertolak dari keimanan inilah, Junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W memberitahu bahawa seseorang yang kematian anaknya, lalu dia bersabar dan mengucap istirja’ ( berkata ‘Inna lillahi wa inna ilaihi roji’un’ ), Allah akan membina baginya sebuah rumah di dalam syurga namanya Baitul Hamdi (Rumah kepujian ). Nabi bersaabda yang bererti: (Apabila mati seorang anak hamba itu, Allah bertanya kepada MalaikatNya, “ Apakah kamu telah mencabut nyawa anak hambaKu ? “, lalu mereka menjawab “ Ya”. Allah berkata lagi “ Apakah kamu mengambil nyawa buah hatinya ?” mereka menjawab “ Ya “. Lalu Allah bertanya kepada MalaikatNya lagi “Apakah yang hambaKu kata ?”Jawab Malaikat “ Dia memuji engkau (mengucapkan Alhamdulillah) dan mengucapkan Inna Lillah Wa Inna Ilaihi Roji’un. Lalu Allah berkata “ Binalah bagi hambaKu ini sebuah rumah di dalam Syurga dan kamu namakannya Baitul Hamdi.”dari SINI.
Hasil dari kesabarannya juga ialah jalan ke Syurga dan hijab dari api neraka. Sabda Nabi S.A.W yang bererti: ( Tidaklah ada dari kamu seorang perempuan yang mati tiga orang anaknya, melainkan anak-anaknya itu menjadi hijab baginya ( bagi perempuan itu ) dari Api Neraka. Seorang perempuan telah bertanya “ sekiranya dua orang ?” sabda Rasulullah S.A.W “ walaupun 2 orang.”
Sabda Nabi S.A.W yang bererti “ Tidaklah ada dari dua orang muslim ( sepasang suami isteri ) yang kematian tiga anaknya yang belum sampai umurnya melainkan dibawa anak-anak itu pada Hari Kiamat sehingga ke pintu Syurga, lalu dikatakan kepada mereka.. masuklah kamu semua ke dalam Syurga. Mereka menjawab “ ( kami tidak akan masuk ) sehingga ibubapa kami masuk”. Lalu dikatakan kepada anak-anak itu “ masuklah kamu semua dan juga ibubapa kamu.”
Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment
Tulislah komen dengan berhemah. Penulis blog Harimau Menaip tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang pelanggaran undang-undang yang terhasil dari penulisan Tuan-Puan samada penulis Harimau Menaip perasan atau tidak.