Maksudnya: Diriwayatkan daripada Abdullah r.a katanya, Rasulullah SAW
bersabda: “Barangsiapa yang meminta-minta sedekah sedangkan dia kaya
yakni padanya apa yang mencukupinya, maka pada hari Qiamat kelak akan
menimpa mukanya kesan luka, calar dan kesan gigitan. Lalu dia bertanya
kepada Rasulullah: Wahai Rasulullah! Apakah maksud kaya? Jawab baginda:
Lima puluh dirham atau nilaiannya daripada emas[1].
Al-Sahanfuri
di dalam menghuraikan hadis ini menyatakan bahawa mereka yang kaya
adalah haram meminta sedekah atau zakat. Maksud kaya ialah mereka yang
memiliki harta untuk makan dan minum serta keperluan asasi dalam setiap
waktu atau kebanyakan waktu[2].
[1] Abu Daud Sulaiman bin Al-Asy ‘ath (M275H), Sunan Abi Daud, Maktabah Al-Ma ‘aarif, Al-Riyadh, Kitab Al-Zakah, hlm 282.
[2] Khalil Ahmad Al-Sahanfuri (M1346H), Bazlu Al-majhud Fi Hall Abi Daud, Dar Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah, Beirut, jilid 8, hlm 153-154.
-------------------
Aku mulakan penulisan dengan petikan Hadith dari blog Zuridan. Mungkin ia tidak tepat untuk aku jadikan hujah kepada tajuk aku di atas, namun sekurang-kurangnya kita mengetahui bahawa Sang Kaya mempunyai kekangan dalam isu zakat.
Berita yang tidak sedap aku dengar adalah apabila ada Pak Menteri yang dengan amat mudah menggunakan wang zakat sebagai penggunaan ketika beliau terlibat dalam kes qazaf DSAI.
Apa sahaja alasan kalian bagi mempertahankan Pak Menteri ini, kepala otak dan akal milik Allah Azza Wa Jalla ini tidak mampu menerimanya.
Bagaimana aku mahu menerima jika ramai asnaf yang sukar dibantu dengan wang zakat? Bagaimana aku mahu terima jika pemurtadan yang berleluasa khabarnya berpunca dari kegagalan mereka dibantu oleh Pusat zakat? Bagaimana aku mahu terima jika proses permohonannya amat rumit namun tidak bagi Sang Kaya?
Jika kalian kata BOLEH dan menghalalkan tindakan Pak Menteri, maka bolehlah aku pinjam duit zakat untuk berniaga dan akan pulangkan apabila sudah untung?
Ini adalah penyelewengan yang nyata!
Sejak sekian lama saya dan beberapa orang lain menyebut tentang adanya perkara yang tidak kena dalam pengurusan harta dan kewangan badan-badan agama di negara ini. Ya, itu telah mengundang rasa tidak puas sesetengah pihak. Namun, kita terpaksa nyatakan. Apa tidaknya, berbilion wang zakat dan selainnya diperuntukkan untuk umat Islam, tetapi keadaan yang kita lihat terus menyayat hati, sehingga ada keluarga yang terpaksa hidup di bawah jambatan di KL seperti yang dilaporkan media baru-baru ini (Hidup Bawah Jambatan) . Ke mana pergi segala peruntukan ini. Kita kehairanan, wang zakat ratusan juta, namun si miskin terus menderita. Dapatan zakat berlipat-lipat, si miskin terus merempat. ‘Hantu’ manakah yang mencuri atau menipu wang zakat kita, sehingga yang berhak tidak memperolehinya? Tangan-tangan siapakah gerangan? Jembalang di hutan, atau lebai berserban? yang menggunakan nama syaitan, atau yang menggunakan nama Tuhan? Akhirnya wang umat Islam ketirisan dan kecurian.(Minda Tajdid)
Apa yang kita perlu lakukan? Pertama, kita perlu tidak meredhai tindakan Pak Menteri tersebut. Kedua, adalah TUKAR. Samada TUKAR KERAJAAN ATAU TUKAR MENTERI ATAU TUKAR PROSEDUR ATAU TUKAR SISTEM; ITU TERPULANG KEPADA AKAL TUAN-TUAN.
Yang pastinya, ada yang perlu ditukar dan diubah.
pautan isu penyelewangan wang zakat dan dokumen dari Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Negara: klik sini.
Sokong 100% cadangan Pak Belang tu.... Saya pun dah lama bengkek bila dapat tahu duit zakat hanya berjaya dikutip TAPI tak pernah dihabiskan untuk asnaf yang memerlukan... Kenapa perlu ia disimpan, dilaburkan, diguna oleh sesetengah orang besar? Sedangkan ia wajar diserahkan kembali kepada yang berhak mendapatnya. InsyaAllah masalah kemiskinan dll gejala seperti murtad dapat dibasmi// dikurangkan jika perlaksanaan penyaluran wang zakat adalah effisien hingga sampai kepada setiap mereka yang berhak.
ReplyDelete